Tuesday, September 28, 2010

Duit ni kadang-kadang ada bau

Siang tadi hujan. Jadi, nak ke mana-mana perlulah menggunakan kereta. Lupakan sekejap hal minyak. Sebab dah gaji masuk hari ni. Jangan la nak bising-bising.

Jadi, sebelum keluar dari rumah, bersiap bagai permaisuri untuk ke pekan Seri Kembangan. Sembur minyak wangi bagai nak pergi berpeleseran di disko. Rambut letak gel banyak-banyak bagi nampak pacak. Tak pacak pun sebab rambut tu dah degil. Celaka.

Luar hujan lebat. Capai beg. Kunci kereta. Kunci rumah. Sarung kasut Converse. Dan menapak keluar rumah.

Buka pintu depan.


Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati bila dah buka pintu.


Auntie cleaner ni buat-buat rajin pulak menyapu depan rumah aku.



Melayang jugak RM3.

4 comments:

syakila said...

aik, dah rm3 lak eh? heee. dlu rm2 je. dah naek lak.

Anonymous said...

sani dengan auntie cleaner tu betul2 ada chemistry...hehehe

-en.sani- said...

syak: auntie tu pun seiring wawasan 2020 gak kot...

-en.sani- said...

anony: biasa la tu...org pemurah biasanya dgn org kuat pow...