Wednesday, September 29, 2010

Majid Driving School - Menonton bola

Petang itu, Majid tiada buat apa-apa. Langit pukul 5 petang memang suam-suam kuku nak menurun suhu. Jadi, Majid dapat satu idea yang sangat kampung iaitu bersiar-siar di taman bunga.

Oleh kerana taman bunga hanyalah tak sampai satu marhalah dari rumah Majid, maka jalan kaki adalah lebih menjimatkan.

Semasa berjalan ke taman bunga, Majid melalui satu padang bola yang berwarna oren. Maksudnya, padang itu tiada rumput hijau, hanya tanah. Majid menggeleng kepala mengenangkan masa depan bola sepak Malaysia.

Tiba-tiba, Majid membatalkan hasrat ke taman bunga dan membuat keputusan untuk menonton perlawanan bola yang dimainkan oleh anak-anak kampung tersebut. Nampak interesting juga, fikir Majid. Ada dua tiga orang juga budak-budak itu yang Majid kenal.

Penonton di tepi padang ada lebih kurang lima belas. Dan Majid paling lain daripada yang lain kerana botak tengah.




Hiruk-pikuk budak-budak di tengah padang.


" Main macam lahanat laaa!!! "

" Weii, kau naik laa..."

" Lari la laju sikit, cibaiii! "

" Yang kau naik ramai-ramai ni apahal??!! "

" Sini...sini..bola!!! "


Itu antara dialog budak-budak main bola yang mengisi halwa telinga.


Tiba-tiba, bola yang sebiji itu ditendang keluar. Bola menuju ke arah Majid.

Majid menahan menggunakan kepala lutut. Seorang pemain nampak berlari ke arah Majid untuk membuat lontaran ke dalam. Budak itu Majid kenal sangat. Rahim, anak ketua kampung.


" Weii, push up...push up...push up laaa!!! " jerit Rahim nak keluar anak tekak ke rakan sepasukan.

" Push up!!! " jerit Rahim memberi arahan supaya rakan-rakannya naik.


Tiba-tiba,


" Woi, Rahim! " jerit Majid yang berada di belakang Rahim.


Rahim menoleh. " Ye pakcik. "


" Kau tau tak push up tu apa? " kata Majid.


Rahim hanya diam merenung mata Majid.


" Push up tu sejenis coli, " kata Majid tegas.

4 comments:

hani said...

sani nk try coli ke? jom pg kodai hani blikan..haha

khai. ehem. said...

hani apa lucah-lucah ni. ontok baik2. kahkahkahkahkah!

-en.sani- said...

hani, jangan nak mengada...kene cubit mulut kang...

-en.sani- said...

keril: ontok baik2 waklu...duduk ontok2 la...ontok2=diam2