Saturday, September 4, 2010

Ucapan mohor besar hari raya

Aku tengok, sekarang tengah trend budak-budak UiTM, UIA, UKM, UPM, Universiti Kuala Lumpur, Kolej Risda, Universiti Nurhaliza, Universiti Harun Salim Bachik dan yang sama waktu dengannya balik ke kampung halaman masing-masing. Nak sambut raya la katakan. Terutama yang budak-budak baru first semester. Dia punya excited nak balik kampung macam baru menang motor peraduan Power Root.

Raya lagi seminggu. Aku ucapkan kepada budak-budak khususnya makwe-makwe yang sudah mula pulang berhari raya tak kiralah yang naik bas, keretapi tanahliat melayu, kakak jemput, pakwe jemput, naik motosikal, naik kapalterbang, naik proton saga, awan guling, atau pulang bersama hantu saka, pulanglah berhati-hati. Kerana Ops Sikap tak mengenal erti anda anak polis, anak JPJ, anak ketua kampung, anak DO, anak bekas skinhead Terminal One, anak Mbok Miah dan sebagainya.

Selamat berhari raya. Selamat menonton filem-filem Razak Mohaideen dan rancangan Glee. Pulang awal bermakna, kena kemas rumah. Lupakan la nak rilek-rilek lurus badan baring atas sofa sambil kipas speed 5 tala ke muka. Kuih raya tak siap lagi tu cik kak. Mak kat dapur buat kuih sepit tu takkan tak tolong? Langsir kat rumah tu siapa nak masuk dia punya pencangkuk? Ha, jawab.

Aku pulak kalau balik awal-awal kang, dah tentu kena siap-siap masuk hutan pergi cari kerbau nak buat rendang. Jadi, aku ambil langkah bijak dengan balik kampung pada sehari sebelum raya. Rancanglah cuti dengan bijak.

Oleh kerana komputer aku dah rosak, nak online pun kena pergi opis dulu, jadi, tak sempatlah aku editkan kad raya untuk kau orang. Jadi, bagi ambik semangat raya ni, walaupun takde kad raya dan apa ke bala semua tu, izinkan saya melontarkan serangkap dua pantun versi raya ditujukan khas untuk kau orang.



Jika tuan ke bazar ramadan,
Bangla di tembok dihina jangan,
Jika ikutkan hati bangla,
tulang rusuk tuan dikarate sudah...

Gunung Daik bercabang tiga,
Highway Karak sesak sampai ke sudah,
Jika tuan bersikap baik,
Ops Sikap juga bersikap baik...


Ah, takde bakat sungguh berpantun.




Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari En.sani dan Lisa Surihani! Wuuuuu.......

No comments: