Monday, September 20, 2010

Pengalaman aku handle budak-budak datang beraya

TOK...TOK...TOK...


Kacau betul. Nak tengok Epilog Syurga Cinta pun tak senang. Aku deras bangun dari katil dan memakai baju t-shirt lengan panjang di atas sofa supaya tampak lebih muslimin.

Aku bukak pintu rumah. Slow-slow.

Jenguk.

Ada 3-4 orang budak lelaki dalam lingkungan 10-12 tahun berdiri di depan rumah aku dengan muka mintak pelempang. Salah seorang daripadanya aku syak pernah meminta aku mercun bola masa bulan puasa itu hari. Dua orang daripadanya lengkap berbaju melayu sekolah agama sampin hijau. Yang paling tinggi tu, songkok nak senget. Macam gampang.



" Kami datang nak beraya, pakcik..." kata salah seorang yang berbaju melayu.

" Owh, beraya? Kau anak siapa? " jawab aku dengan sedikit kekerasan.

" Husin, " jawabnya tanpa gerun.

" Kau orang dah buat dua kesalahan dekat sini, kau orang tau? " kata aku sambil kerut kening.

" Ha? Kesalahan apa pakcik? " kata budak tersebut.


Dua daripada budak itu dah berbisik sesama sendiri. Yang budak paling tinggi tu dah berpeluh dahi. Bibir dah putih. Ini kalau aku sergah memang malam karang dia mengigau. Jadi, bagi mengelak dari mak budak tu susah bangun malam, aku sedikit slow.


" Kesalahan pertama, ini rumah bujang. Perabot takde. Kuih raya apatah lagi. Kau orang nak makan batang mop? " kata aku.


Mereka mengangguk faham. Budak yang paling tinggi dah mula bisik kat kawan-kawan supaya mengambil langkah bijak dengan beredar.


" Kesalahan kedua, dan paling berat. Yang korang panggil aku pakcik apahal? " kataku lagi.




***




Aku korek tabung yang diperbuat daripada botol Listerine, dan bagi sorang 50 sen. Itu pun masa beredar nak cakap bisik-bisik. Mengumpat la tu!

4 comments:

karibu said...

hahahha...aku jadi budak pun tak puas hati!!!

Anonymous said...

lain kali dah tau idup bujang...sediakan biskut dan oren ajo..ado gak barang nak di hidang bilo tetamu datang..hehehehehehe

-en.sani- said...

karibu :kau mata duitan...mmg

-en.sani- said...

anony: biskot ngan oren tak sehina umah takde perabot...