Wednesday, September 1, 2010

Angan-angan raya saya

Esok nak shopping. Nak turun Melaka buat ke 3 kalinya dalam minggu ni saja. Peh. Dah ada kereta, rata kau jalan ye Sani?



Berikut adalah senarai angan-angan aku menjelang hari raya nanti :

1) Seluar jeans Lee / Levi's
2) Kasut Nike apa gampang nama entah, dah lupa
3) Baju melayu warna hijau lembut bertatahkan batu nilam yang bertindak sebagai butang
4) Sependa raya
5) Sandal Dr Cardin untuk pakai beraya rumah kawan yang dalam sawah
6) Laptop VAIO warna hijau
7) Mitsubishi Lancer GT2.0 kaler putih
8) Sepasang memerang buat penyambut tetamu rumah terbuka
9) Empat ekor antelop untuk perhiasan bucu rumah


Orang kata, kalau time-time takde duit ni, berangan memang sedap. Dah banyak duit besok, kabur la mata kau. Semua pandang ke joli semata.

Oh ya, esok kalau jumpa aku jalan-jalan area Melaka, janganlah segan-segan nak tegur. Boleh jugak aku pow belanja Baskin Robbin semangkuk dua.



p/s : Babi, kempunan aku nak makan Baskin Robbin kat Mahkota Parade itu hari, duit tinggal RM20, last-last makan aiskrim mekdi. Itu pun mata dah berkaca-kaca tanda terharu...

6 comments:

tengku_fir21 said...

haha...
ader spenda edition raya kerr..lalalal

-en.sani- said...

ada beb...sape cakap takde...takkan raya pun nak pakai sependa serupa roti jala...kan?

hani said...

b4 ni sani pkai spenda serupe roti jala la eh? hehehhe

pencinta kedamaian said...

hahahaa spender ek

untuk pompuan tkde??kah2

-en.sani- said...

hani:jangan nak mengada hani....heheh

-en.sani- said...

pencinta kedamaian: tulis bukan main banyak, nape time sependa yg disebut2?