Thursday, February 18, 2010

Pemakanan aku yang paling dahsyat hari ini

Petang tadi, aku pergi layan memancing udang dekat Dengkil. Dapat juga sekilo buat modal jual balik dekat kawan kerja. Hidup dah macam nelayan dah aku ni. Ah, aku suka, sukahati aku la. Aku memancing macam biasa. Umpun-umpun memang aku bawa sendiri dari rumah. Potong kecil-kecil. Udang makan mata berkaca dek kerana sedap umpun-umpun aku.

Sebelum balik, aku tengok orang ramai dekat bahu jalan sebelah kanan. Aku mula tak sedap hati. Ini kalau tak kemalangan ngeri, roadblock JPJ, tak pun budak-budak tabliq. Oh, sangkaan aku meleset. Itu hanya pasar malam. Serta merta aku rasa lapar. Tak sedap hati pula kalau tak singgah. Jadi aku singgah dengan matlamat beli nasi goreng. Ini kalau tak makan, sah-sah esok pagi baru aku tergerak nak makan ni.

Nasi goreng sebungkus dengan ayam goreng. Cukup. Nak banyak-banyak tunggu aku kahwin dengan manager bank. Aku start motor, terus balik tanpa fikir panjang. Dalam kepala dah terbayang nasi goreng. Tapi, pemanduan motor aku masih lagi macam orang agama-agama, sopan dan ala-ala JPJ.

Sampai rumah, buka pintu, tak sempat-sempat nak makan. Makin sedap pula ayam goreng tu dia punya bau. Aku tau itu syaitan punya godaan. Mana ada ayam goreng tepung pasar malam bau macam Kenny Roger's Rosters. Tak munasabah sungguh.

Aku buka bungkus nasi goreng dengan ayam goreng. Aku buka tv, sambil aku tengok tv layan makan nasi goreng okay juga. Sebelum makan, aku mulakan dengan 'Bismillah...' diikuti dengan doa makan. Kau ingat aku jahil sangat? Kau silap kat situ.

Tengah makan, aku terfikir. Sedap pulak nasi goreng murah brader pasar malam tu buat. Selalu biasa-biasa je. Nak kata dia bubuh dadah, merepek sungguh. Dadah sekarang mahal. Lagi mahal dari daun kari. Atau ini hanya kerana perut aku betul-betul lapar? Ah. Nikmat tu jangan ditolak, kata aku dalam hati. Berselera betul aku makan. Macam kanak-kanak mendapat lolipop orang tua-tua cakap.

Alhamdulillah...selesai makan. Kenyang perut aku. Sebelum bangun nak kemas meja apa patut, aku diam. Aku rasa tak sedap hati.


Sekarang, baru aku ingat. Sebelum makan tadi, aku lupa nak basuh tangan. Patut lah rasa umpun-umpun.

4 comments:

Anonymous said...

huhu,

rasa umpun-umpun mcm ner? best?

Anonymous said...

gelojoh sgt kau tu
gaya penulisan mcm alim2 malu.
tp..
hhuahuahua

ensani said...

rasa umpun-umpun dekat dengan rasa nasik goreng...

ensani said...

tak cukup agama ke entry aku kali ni?