Sunday, February 28, 2010

Sila pastikan silibus KBSM di sekolah diperbaharui sekerap mungkin. Kementerian Pelajaran, sila ambil berat. Ini benda serius.

Lebih kurang 2-3 tahun yang lepas, aku sedang duduk di atas buaian di hadapan rumah dekat kampung aku. Sila bayangkan buaian itu berada di depan pintu pagar dan diperbuat daripada besi, dengan kerangka bulat dan boleh memuatkan 4 penumpang badan 2-3 pemeluk bagi satu-satu masa sambil bila digerakkan, buaian itu berbunyi krek krok krek krok. Tolong jangan bayangkan buaian yang gantung dekat dahan pokok dengan tempat duduk jenama Silverstone. Rumah aku rumah teres. Tak ada pokok. Kaktus ada. Merepek sungguh buaian sangkut dekat pokok kaktus.

Aku tengok 3 orang makcik dalam lingkungan 50-an sedang berborak-borak depan rumah sebelah sambil tunggu lori ikan. Ada seorang makcik tu gincu tak mahu kalah. Kaler nak orang muda, merah jambu. Aku mula buat andaian yang makcik tu nak goda india yang bawa lori ikan tu. Boleh jadi juga, sebab india tu ada juga iras-iras Rajinikant. Makcik itu memang hantu drama tamil. Cakap saja siapa, Rajinikant, B Sathiananthan, John Johnny Jonathan, Zed Zaidi, semua dia kenal. Dia pernah cerita masa dia datang raya beberapa bulan sebelum itu yang mengatakan Rajinikant tu hensem macam arwah suami dia. Ah. Lantak lah makcik.

Sedang berbual-bual tanya anak tak balik ke cuti ni, aku terus menangkap perbualan mereka yang aku rasa begitu menarik perhatian.

Makcik A : Semalam aku pergi Melaka dengan anak aku. Dia bawak pergi makan ikan bakar. Lepas tu, ada la satu keluarga mat saleh ni. Anak dia lawa-lawa. 2 orang. Kecik lagi. Dalam 4-5 tahun. Pandai betul anak mat saleh tu. Bijak-bijak.

Makcik B : Bijak macam mana?

Makcik A : Iye la. Patutlah mat saleh ni bijak. Kecik-kecik lagi mak bapak dia dah ajar cakap omputeh!



*Bunyi cengkerik



Makcik B dan makcik gincu merah jambu senyap. Bantah tidak, setuju pun tidak. Aku terus paling dekat tempat lain. Dada berombak tahan gelak. Aku faham. Aku tak salahkan makcik A. Mungkin zaman makcik A sekolah dulu silibus Geografi dan Kajian Tempatan masih dalam cadangan. Buku atlas pun tak ada lagi. Mungkin juga majalah URTV dan Maskulin sedang menguasai pasaran ketika itu. Merepek. Maskulin baru lagi.



Makcik B terus matikan perbualan oleh kerana sudah terdengar hon lori ikan. Makcik yang gincu merah jambu serta merta adjust anak tudung.



***

Makcik gincu merah jambu beredar dari lori ikan dengan 2 ekor ikan kembung kecik. Ketara sangat makcik oi...Agak-agak la...

4 comments:

Anonymous said...

makcik 2 mmg ketara...hahahaha~

en.sani said...

makcik tu terbaik dr segi fesyen kt kampung aku...

hani said...

hehe pape pon klaka!..haha

en.sani said...

spongebob lg klaka la hanii...