Sunday, May 23, 2010

Acute broncitis kembali lagi

Hari ini aku macam demam. Aku bangun tidur pagi tadi, tekak rasa lain macam. Sakit betul. Aku cuba bercakap sendirian untuk menguji suara. Keluar suara David Archuleta. Aku yakin, itu bukan suara aku. Jadi, aku membuat kesimpulan di sini, aku mengalami sakit tekak dan demam.

Aku rasa dahi, panas sedikit. Apabila aku di dalam tandas semasa nak gosok gigi, aku cuba buang kahak yang membelenggu tekak.

Kahak berdarah.

Peh.

Aku teringat tragedi aku diserang acute broncitis semasa aku Tingkatan 4 dahulu. 2 minggu juga aku MC sampai kurus. Kepada sesiapa yang yang tak tahu apa itu acute broncitis, sila google sendiri. Manja betul semua aku nak sediakan bahan. Aku tengah sakit okay!

Simptom-simptom itu sama seperti sekarang. Kahak berdarah. Tekak rasa perit sampai tak boleh bercakap. Malah, karaoke juga tak boleh. Makan nasik boleh. YM pun boleh.

Aku cari ubat yang aku ambil minggu lepas masa diserang migrain di klinik MMU. Ubat demam dan ubat selsema. Oleh kerana ada sedikit selsema, jadi, aku putuskan untuk makan ubat-ubat tersebut. Ubat batuk Wood's sejak beli malam tadi, dah setengah botol aku telan. Kurang berkesan. Entah ubat batuk apa yang berkesan entah. Sama je hasilnya. Makan la ubat batuk cap kepala ibu dan anak baik, cap kapal api baik, batuk jugak.

Oleh kerana aku dah makan ubat selsema tadi, badan aku jadi sedikit lemah, mata pun kuyu. Kawan serumah mempersoalkan kenapa bibir aku kering dan tidak seseksi dulu. Aku malas layan. Beliau tak tahu aku tengah demam. Aku tak banyak bercakap hari ini.

***

Malam tadi, aku ada cakap dengan sorang makwe. Kalaulah dapat duduk satu tempat yang indah sambil makan aiskrim malam ini, kan best. Lain kali saja sape-sape nak teman aku makan aiskrim.

Ada seorang kawan SMS aku pagi tadi.

" Bro, tak pergi mancing? "


Aku jawab dengan penuh kasih sayang,

" Aku mengalami acute broncitis la gampang..."


" Apa binatang tu? " dia balas.

" Sebuah lagu sedih. "

12 comments:

juleha.aripen said...

apa binatang penyakit tu? terangkan. tak nak google.

en.sani said...

oh...tau penyakit ni pun dari doktor...tgk dia tulis kat sijil sakit.

sejenis jangkitan kuman di trakea sehingga ke paru2 sehingga menyebabkan dinosaur bertelur dan membiak sehingga sebijik komet gergasi menghentam bumi lalu dinosaur pun pupus.

malas google...hah! aku pun malas.

hani said...

ceh2..sani malas2 pon carik jgk..hehe sani sgt romantik tok pminat die..hahahaha

en.sani said...

kena la jaga pelanggan kan hani kan...romantik tu takla...tp, hati yg suci tu ade la sikit...

karibu said...

ape penyakit tu? tak penah dgr..

en.sani said...

eh...carik la sendri...aku bukan doktor..

hani said...

fuiyo..sani ade customer..hikhikhik

en.sani said...

haha...customer ayah dia...

juleha.aripen said...

haha,padan muka kena google.

en.sani said...

hani!! budak ni dia pakai pukau...paksa kite google...lalalalal~

hani said...

woo..men pukau2 ye..nah sani sumbt ekor iguana kt die..nnti die xpndai pukau da..heheh

en.sani said...

blah la ekor iguana...terpandang katak pun dah mengigau...