Semalam, aku tengok movie yang agak best juga. Lama aku tak tengok movie berkualiti macam ni. A Beautiful Mind. Berlandaskan kisah benar seorang penerima Anugerah Nobel 1994, John Nash yang mengalami penyakit schizophrenia iaitu penyakit yang mengakibatkan beliau berhalusinasi dan hidup di dunia khayalannya sendiri.
John Nash, yang dilakonkan oleh Russell Crowe adalah seorang pakar matematik yang pelik, diterima masuk ke Princeton University mengambil jurusan matematik, ditempatkan di bilik berseorangan sehinggalah beliau berkhayal mendapat seorang rakan sebilik, Charles Herman yang banyak mempengaruhi pembelajarannya dan menceriakan harinya.
Sehinggalah John Nash menjadi pensyarah di Massachusetts Institute of Technology dan berkenalan dengan pelajarnya sendiri, Alicia Larde yang dilakonkan Jennifer Connelly yang kemudian mereka pun berkahwin.
Lima tahun berlalu, Nash diundang oleh Kementerian Pertahanan US, Pentagon untuk menghuraikan kod bom rahsia pihak Rusia. William Parcher menguruskan projek rahsia yang sedang dijalankan Nash itu. Sehinggakan pada satu hari, satu kejadian yang mengakibatkannya takut dan fobia semasa menjalankan tugas, beliau berkonflik dengan watak khayalannya iaitu William Parcher sendiri sehingga beliau dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Satu persatu watak khayalannya dirungkaikan termasuk rakan sebiliknya semasa belajar, Charles Herman dan anak perempuannya.
Mula dari sini, isterinya tidak putus-putus memberikannya semangat dan membantu Nash pulih dengan meyakinkan semua yang dikerjakan sebelum ini yang dikatakan Top Secret kerajaan, adalah khayalan Nash semata-mata. Beberapa bulan kemudian, Nash keluar dari hospital dan dibekalkan dengan ubat anti-psikotic bagi memulihkan dirinya.
Akibat dari ubat berkenaan, Nash telah hilang keupayaannya dalam matematik dan lebih memburukkan keadaan, telah 'mati pucuk' yang mengakibatkan isterinya mengalami tekanan. Dalam diam, Nash berhenti mengambil ubat tersebut, mengakibatkan beliau mengalami kembali situasi yang pernah menghantui dirinya, dan lebih teruk, hampir membunuh anaknya sendiri dalam tab mandi.
Dari situ, kesabaran seorang isteri dicabar, dan dengan berbekalkan cinta dan kesetiaan, Alicia tak putus-putus membantu Nash dalam mengatasi masalah itu. Walaupun tidak lagi mengambil ubat sakit jiwa, Nash sudah boleh mengawal khayalan walaupun ia datang hampir setiap masa.
Dengan kasih sayang dan kesabaran seorang isteri, dan simpati kawan-kawan, Nash akhirnya berjaya mengatasi masalah itu dan mendapat tempat sebagai pensyarah di Massachusetts Institute of Technology.
John Nash akhirnya dicalonkan untuk Hadiah Nobel 1994 dan memenanginya. Beliau banyak menyumbang kepada negara hasil kebijaksanaannya dalam merungkai kod matematik. John Nash masih hidup sehingga kini dan masih mengajar di situ.
Weh, cerita ni buat aku tak sedar air mata dah bertakung.Serius weh. Lakonan Russel Crowe memang terbaik. Amacam, lepas ni boleh tak aku jadi pengkritik filem? Setakat Adlin Aman Ramli, selamba je aku tepuk-tepuk bahu lepas ni.
Yang kau orang tu, daripada kau tengok cerita Anak Mami la, Anak Mami The Movie la, Anak Mami Junior la, Anak Mami Kembali la, Anak Mami vs Nana Tanjung la, baik kau orang tengok cerita ini. Dapat jugak pengetahuan. Berlandaskan biografi sebenar penerima Hadiah Nobel, John Nash.
***SELAMAT MENONTON
Untuk kawan-kawan, ini masih Blog En Sani. Jangan tukar siaran anda.
Sunday, May 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Terbaekkkk..........
adakah perlu kau berkata begitu?
terbaek jugak..
baeekkkk punya...eh, hani...ingat sape td..
ooo...da ade skandal ngn dak karibu niih..sani lpe hani plak ek..tape2 tadehal la der
hahaha...tak hingin aku gay dgn karibu ni...
Post a Comment