Tuesday, May 18, 2010

Kami the series #1

Pukul 12.30 tengahari. Loceng habis sekolah tidak berbunyi seperti biasa. Mungkin suiz loceng rosak barangkali. Ataupun pengawas yang ditugaskan untuk memicit loceng tersebut MC akibat keracunan makanan.

Budak-budak dalam kelas dah resah nak keluar. Cikgu Faridah melihat jam di tangan. Dia sedikit senyum.


" Okay murid-murid, kita sambung kelas esok. Jangan lupa buat kerja sekolah yang cikgu bagi tadi. Loceng tengah repair tu."


Kata Cikgu Faridah itu sekaligus merungkai segalanya tentang misteri ketidakbunyian loceng tamat persekolahan. Kami sebagai murid-murid darjah 3 Tanjung menghela nafas lega. Ingatkan waktu persekolahan ditambah. Tiada pula notis kepada ibubapa dan penjaga tentang itu.

Selesai memasukkan buku ke dalam beg, aku dan Hafis menapak keluar sambil bergurau senda tentang gambar di belakang beg Hafis. Hafis berkeras mengatakan gambar itu adalah gambar Batman. Aku menafikan sebab mana ada Batman warna merah jambu. Lagipun, tanduk yang di atas kepalanya itu sedikit melengkung. Berat ke tanduk iblis.

Sampai saja di depan pintu pagar sekolah, Hafis memberikan cadangan bernas. Cuaca pulak tengah panas terik.


" Sani, paneh la. Macam dokek nerako. Jom boli aiskrim nak? "

Macamlah si Hafis ni pernah masuk neraka.

" Den takdo duit la. Kau la belanjo..." aku balas sambil raba dalam kocek seluar.

" Den memang nak belanjo kau pun. Tapi, den tak ghoti la nak sobut namo aiskrim yang keluar kek tv tu. Kau ghoti tak?" kata Hafis.

" Aiskrim Cornetto?"

" Aha...tu la deh. Tengok kek tv, sodap lak nampak eh. Nak boli, susah lak nak nyobut eh. Apo namo eh tadi? Kometo?" kata Hafis.

" Cornetto la! " balas aku.



Ibu bapa Hafis memang boleh dikatakan agak berada. Sehari pergi sekolah, duit belanja nak cecah RM 3. Aku pulak wan bagi belanja baru 50 sen. Bagai langit dan bumi dia punya jarak kewangan. Sayang sekali Hafis ni sedikit lurus bendul dan cakap pun pelat-pelat lagi. Mungkin mak bapak dia tak pernah lempang dia sejak kecil. Tu sebab pelat kot.

Kami balik sekolah sama-sama naik bas sekolah. Tapi, bas sekolah hari ini datang sedikit lambat. Mungkin sedang menjalani ujian Puspakom barangkali. Banyak pulak duit uncle bas tu nak rasuah pegawai Puspakom bagi lulus.

Aku dan Hafis menuju ke apek jual aiskrim di tepi pondok telefon. Tak ramai hari itu yang membeli aiskrim. Mungkin kesan daripada ekonomi ibubapa mereka. Mungkin juga cikgu sekolah awal-awal dah mintak derma nak buat perhiasan kelas. Yang membeli aiskrim betul-betul insan yang agak berada dan yang mempraktikkan amalan menabung untuk wawasan 2020.

" Apek, aiskrim Cornetto bagi 2! " aku berkata.

Apek jual aiskrim terus menghulurkan kami 2 batang aiskrim. Perisa vanila dan coklat. Aku belek-belek dekat label. Tiada pun perkataan Cornetto. Ah, lantak lah. Janji rupa bentuk dia sama.

" Berapa ringgit? " Hafis bertanya kepada apek.

" Semua 2 ringgit."

Hafis menghulurkan 2 keping duit syiling RM1 kepada apek. Aku dan Hafis terus berlalu dari situ sambil membuka pembalut aiskrim. Ceria sangat rupa Hafis masa itu. Mengalahkan mendapat loteri dia punya ceria. Aku pun turut sama gembira. Bukan senang nak dapat makan aiskrim ni. 3 tahun baru 2 batang aiskrim mahal macam ni aku dapat makan. Terima kasih ke Hafis.

Hari makin panas. Budak-budak yang kalis panas leka main pasir di tapak pembinaan pagar di tepi sekolah. Hairan aku dengan kulit diorang. Tahan betul panas. Aku syak diorang kenan biawak. Kulit jenis tebal macam tilam toto.

Aku dan Hafis berehat di bawah pokok yang rendang. Kami berbual-bual kosong mengenai cerita Doraemon semalam sambil makan aiskrim. Aiskrim itu sedikit-sedikit mencair dan mengenai baju aku. Bertompok-tompok coklat di baju. Memang kesan degil.

" Lambat betul uncle bas ni! " rungut Hafis selepas menghabiskan sisa aiskrimnya.

" Dio poie baiki bas kot." aku berkata.

" Jom panjat bukit pasir tu nak? Sapo sampai dulu dio monang." Hafis mengajak aku.

" Jom! " balas aku sambil terus berlari menuju ke bukit pasir tersebut.


Belum sempat aku nak mendaki bukit tersebut, kaki aku tersadung sebiji batu sebesar punumbuk budak.


GEDEBISSHH!!


Penuh muka aku dengan pasir. Aku terjatuh dengan kurang bergaya. Itulah akibat kalau tak minum susu pagi-pagi. Hafis datang menghulurkan bantuan dengan tergelak.




BERSAMBUNG....

2 comments:

karibu said...

"Mungkin mak bapak dia tak pernah lempang dia sejak kecil. Tu sebab pelat kot."

mcm sial...hahahaha

en.sani said...

pelat doh...sampai skang aku ingt suara dia camne...kemain lembik lg...dah besar skang jadi mat rempit tegar...mcm gampang.