Monday, May 17, 2010

Pergi mampus sama orang bank

Mesin ATM dekat Tampin ni memang ramai pulak pakcik-pakcik nak keluar duit. Yang aku pergi keluar duit masa opis hour ni apasal, memang la pakcik-pakcik je ada keluar town. Petang-petang sikit barulah ada orang kerja kerajaan, makcik cleaner, budak sekolah, pekerja swasta, budak rambut kuning dan cikgu praktikal.

Pakcik yang pertama cucuk-cucuk kad. Tak berjaya. Dia berusaha berulang kali. Tapi tidak juga berhasil. Pakcik yang kedua cuba menghulurkan bantuan. Hasilnya tetap sama. Pakcik yang pertama ambil keputusan untuk bertanya orang bank.

Pakcik yang kedua ambil alih mesin ATM. Aku sangkakan pakcik kedua ini mampu melakukan yang terbaik menerusi lagaknya yang menjadi jurulatih pakcik yang pertama tadi. Sangkaan aku meleset. Pakcik yang kedua sengih-sengih sambil merungut. Mata jeling ke aku. Pakcik yang kedua ambil keputusan untuk mengikut jejak langkah pakcik yang pertama iaitu berjumpa orang bank. Kad TESCO barangkali dia cucuk, tak sama saiz, fikir aku.

Kini giliran aku ambil alih mesin ATM. Aku dengan tenang mencucuk kad CIMB ke lubang yang disediakan. Sedikit keras. Kuat sikit aku tekan. Ah. Kenapa tak boleh ni? Aku belek-belek kad ATM mana tahu terbalik ke apa. Atau salah kad pula. Aku cuba sekali lagi. Tak berjaya. Mula buat aku baran. Aku ketuk sedikit dekat lubang kad. Mana tahu boleh mengubah situasi. Cuba masuk kad. Hasil mengecewakan.

Sebelum sempat aku terajang mesin tersebut, aku ternampak pakcik pertama dan pakcik kedua keluar dari pintu bank bersama orang bank yang diadukan masalah tadi menuju ke mesin ATM.

Aku mengundur untuk memberi laluan kepada orang bank buat kerja teknikal. Lagak juga gayanya. Mengalahkan pengurus bank. Entah-entah opis boy je.

Pakcik pertama sound aku, "Tak boleh masuk jugak?"

"Tak. Apasal ntah..."

Pakcik pertama menunjukkan caranya beliau memasukkan kad diperhatikan oleh orang bank.

"Ha, tak boleh masuk..." kata pakcik pertama.



Orang bank berkata,

"La, memang la tak boleh, ini lubang keluar resit pakcik..."


***


Yang aku punya bodoh pergi ikut pakcik tu cucuk kad siapa suruh?

Akhir-akhir ni cepat betul aku terpengaruh. Tengok Iron Man terpengaruh. Tengok Robin Hood terpengaruh. Tengok Fahrin Ahmad terpengaruh. Tengok mat rempit terpengaruh. Tengok Chef Wan terpengaruh. Sampaikan tengok pakcik keluar duit pun terpengaruh.

Dr Fadzilah Kamsah ada menyebut, orang yang cepat terpengaruh ni otak dia tajam.

Betul ke tuan-tuan?

4 comments:

Anonymous said...

Memang orang yang terpengaruh otak dier tajam...penuh dengan kebanggangan

en.sani said...

baghus la begitu...ok...nak start buat formula kejap...

karibu said...

tak sangka kau sebijak ikan lumba-lumba...hahahha

en.sani said...

utk pengetahuan kau, ikan lumba2 lebih bijak dari kambing...ok?