Tuesday, August 31, 2010

I want nobody...

I want nobody, nobody but Choo...( Papp...papp..)
I want nobody, nobody but Choo...( Papp...papp..)


Aku pergi shopping mall dengar lagu ni. Ke tandas Parkson dengar lagu ni. Ke kedai bundle dengar lagu ni. Drive kereta dengar lagu ni. Bergurau dengan kucing dengar lagu ni. Bazar ramadan dengar lagu ni. Pendek kata, lagu ni memang jadi buah mulut orang ramai sekarang ni.

Agak lama jugaklah lagu ni. Aku je kurang amik tau. Tapi, tadi aku Youtube, terbukak plak lagu ni.

Peh. Comel-comel makwe dia.


Cuma, aku terfikir, bertuah betul budak nama Choo tu kan?

Diari bershopping

Akhir-akhir ni, aku rasa tak berapa nak kacak. Pergi mana-mana pun rasa tak sedap. Keadaan tak terurus dengan rambut letak gel lebih kurang, baju serabai. Badan pun tak berapa semangat sangat bulan-bulan puasa ni. Makan semangat pulak tu.

Semalam, aku dan emak ke Melaka. Dataran Pahlawan Megamall. Saja jalan-jalan cari baju raya. Ini kalau dapat sambar seluar jeans sehelai pun dah kira puas hati.

Sampai di hadapan satu kedai baju, ada amoi gamit-gamit tangan sambil pelawa masuk ke kedainya.


" Abang hensem, mari tengok dalam. Diskaun manyak maa..." kata itu amoi sleng cina.



Aku tolak cara lembut, walaupun dia panggil aku hensem.



Sambil jalan, aku cakap dengan mak tak pandang muka.


" Kira hensem jugak orang ni kan, mak? "


Mak buat-buat jadi patung cendana. Aku senyum nipis. Diam tanda setuju.

Selamat Hari Merdeka yang ke lima puluh ribu enam ratus dua puluh lapan

Aku tengah penat ni. Tapi, oleh kerana aku beristerikan blog, jadi kena jugak layan-layan blog ni walaupun penat. Gila mithali perangai aku, baru drive balik dari kampung rehat apa semua takde, dah nak layan-layan isteri.

Untung-untung tahun depan dapat 'baby merdeka'. Keh keh keh...



p/s : Aku syak kereta aku ada membela jin. Kalau tidak, masakan masa lagu Slam nak keluar, dia buat-buat off cd player? ( Duit lagi tu...)

Saturday, August 28, 2010

Pasca raya - Balik kampung lagi

Ini hari aku nak balik kampung lagi. Tapi, bila check-check dalam almari, aku rasa lain macam. Baju aku semua dah angkut bawak balik kampung minggu lepas. Jadi, yang tinggal hanyalah kain baju yang tak sedap dipakai untuk balik kampung seperti kemeja lengan panjang, blazer, tali leher, jaket musim salji dan juga satu set seluar baju yang aku bawak pergi memancing haruan semalam.

Tompok tanah dekat buntut seluar. Dengan bau ikan haruan. Kalau aku pakai bawak balik kampung jugak baju mancing semalam, memang mendatangkan buah mulut orang ramai.

Ah. Balik kampung pakai seluar pendek baju jaket musim salji, apa adahal ye tak? Barulah rasa macam baru balik dari Kanada. Biar bukak sikit mata orang kampung!

Friday, August 27, 2010

Pasca raya - Ke luar negara

Man : Wei, mana kau? Aku call, sms manjang tak dapat!

Aku : Bayan Lepas. Baru nak bertolak ke sempadan Palestin.

Man : Hah! Buat apa kau?

Aku : Takdelah, orang kata, dekat sana mercun bola tengah banyak. Murah-murah!



Baru bangun tidur la dol! Penat bawak kereta 2-3 hari lepas pun tak habis lagi. Nak balas SMS lu buat apa? Lu bukan makwe pun!

Pasca raya - Cuti

Aku balik kampung 2-3 hari ni. Maklumlah, nak musim-musim raya ni, kena la balik kampung, angkat mercun papan dalam lima enam deck, mercun bola dalam pat belas kotak, thunder king, thunder clap, thunder plus dan apa ke bala semua tu. Keh keh keh. Tipu je lah. Mula la nak mengadu dekat polis tu. Cis.

Sebenarnya, aku balik kampung ada hal penting. Dengar cerita sekarang, budak Justin Bieber ke hape entah nama dia. Memang tengah naik budak tu.

Jadinya, aku balik kampung, nak tukar fesyen rambut macam Justin Bieber la. Barulah makwe-makwe histeria raya nanti. Tak begitu?






Kerja nak mencarut je budak Justin ni.

" Hey babi, babi, babi uuuu...
babi, babi, babi uuu..."

Hey budak, dapat lempang kau...



Oh, ya. Minggu ni dan minggu depan, 3 kali jugak aku akan ulang alik dari Cyberjaya ke Tampin ke Melaka. Barulah spirit nak beraya tu menaik. Ye tak?






* Amacam Keril, rancak tak aku menipu sekarang? Belajar dari kau semua ni tau tak?

Tuesday, August 24, 2010

Epilog Cinta Amsterdam ke Taman Clonlee

" Awak tinggalkan saya, please... " katanya memandang ke ufuk timur.

" Tak mungkin Lisa. Kita telah berjanji...untuk sehidup semati..." balas aku selaku hero.

" Awak, saya bukanlah perempuan baik-baik..." balasnya.

" Hanya kerana awak telah memijak seekor kumbang, awak sudah katakan yang awak bukan perempuan baik? " Aku terus merangkul tangannya. Sejuk tangannya. Sebab baru lepas memegang plastik cendol.

Aku tarik mukanya. Menghadap aku. Titis-titis jernih bertakung di hujung matanya, menunggu masa untuk jatuh.

Belum sempat aku bersuara lagi, titis jernih itu jatuh dan pecah berderai di atas sebaris semut hitam yang sedang berpindah busut.


" Mana diri awak yang saya kenal dulu? Mana Lisa yang tabah dulu? " soalku lagi.


Dia tunduk. Tak mampu berkata-kata lagi. Badannya ku rasa lemah sekali.

Dia merapatkan badannya, seraya menekup mukanya ke dadaku. Dari situ aku dengar tangisan kecil. Aku terus mengeratkan rangkulanku. Di lehernya berlecak dengan peluh. Aku capai tuala good morning di kocek seluarku dan melapikkan di lehernya tadi bagi tak terjejas ke tanganku.


" Saya minta maaf..." katanya tersekat-sekat.





" Awak, mamak cendol tu datang. Nak cendol lagi? " kataku lembut.


" Nak. Nak cendol jagung... "


***


Amacam. Boleh tak aku tulis novel cinta? Macam gampang kan?

Pukul 3 pagi ni otak tengah aktif. Orang tua-tua cakap, membaca pukul 2-3 pagi ni, dah besar boleh jadi doktor.

Sunday, August 22, 2010

Dangdut

Akhir-akhir ni Zeck kerap juga menonton YouTube lagu-lagu dangdut indonesia yang bahasanya agak jarang kedengaran sama ada di rumah-rumah kongsi mahupun di bus stand. Lagu-lagu dangdut yang jarang-jarang dimainkan di radio Malaysia. Di mana lagu-lagu dangdut itu bukan sekadar lagu dangdut, tetapi pakej dengan tarian erotik makwe-makwe yang memakai skirt pendek dan hanya mengenakan baju bersaiz budak dipotong berbentuk silinder menampakkan bahagian bahu. Ketat sungguh.

Makanya, tiap-tiap harilah Zeck layan lagu dangdut di opis. Tak kira bulan puasa. Tak kira Maghrib. Tak kira malam. Tak kira cuti umum. Dangdut sahaja yang Zeck dengar. Dengan lirik bahasa yang betul-betul piaw indonnya itu sehinggakan indon sendiri pun tak tahu itu bahasa mereka. Ada sesetengah part, Zeck sama sing along dan terbitlah ayat-ayat yang kadang-kadang aku tak berapa paham. Ngomong kenterr gituk sehh, misalnya.

Oleh kerana aku kerap bekerja dengan Zeck, maka, kerap jugalah aku terserempak beliau menonton YouTube lagu dangdut. Aku pulak jenis tak masuk dek akalku punya lagu. Mana nak masuk beb, jiwa aku kan penuh ranjau onak berduri. Paling kurang pun layan Bon Jovi dengan Spoon. Ada ke lagu dangdut? Taste macam tan sri-tan sri betul. Aku masuk opis lagu dangdut, keluar opis lagu dangdut. Nak berbuka puasa pun lagu dangdut. Baca doa berbuka puasa lirik dangdut je aku belum pernah dengar dari mulut Zeck.



Oleh kerana penuh satu hari tu jadual Zeck di opis menonton dangdut di YouTube, jadi aku pun ambil kunci motor dan keluar mengambil angin.




Petang itu sungguh redup. Lembut je warna langit nak bertukar ke senja. Burung-burung gagak menyanyi riang sambil menggeledah tong sampah. Rama-rama pulang mencari sarang. Beberapa ekor memerang turut pulang ke sarang sambil memikul beberapa kilo ikan cencaru sebagai bekalan musim salji.



Tiba-tiba, mulut aku termenyanyi...


" Kalau bulan bisa ngomong, ooyaaahhh...."



Aku rasa sungguh gampang.

Ke pasar ramadan Dengkil

Lebih kurang pukul 6 pagi, tahu-tahu aku terlelap.

***

Bangun-bangun je, aku tengok jam tangan. Peh. Dah pukul 5.45 petang! Lambat sangat dah ni nak ke pasar ramadan Dengkil.

Jadi, aku pun mandi bersiap lebih kurang. Aku terus pecut naik motor ke Dengkil.


Panas sungguh petang tu. Dia punya panas pun lain macam. Macam tengahari.

Sampai saja pekan Dengkil, suasana dia tak macam nak waktu berbuka. Selalu time-time macam ni, dia punya jem jalan kereta bersusun-susun memang mendatangkan angin satu badan. Hari ini, kereta tak banyak pulak. Lalulintas berjalan lancar macam info trafik radio cakap. Takde yang tergopoh gapah nak ke pasar ramadan.


Sampai depan tapak pasar ramadan, lagi lah aku pelik. Yang ada cuma tapak pasar. Tahulah hari ni hari Ahad. Takkan pasar ramadan pun bercuti? Ah. Time-time nak berbuka ni, sorang pun tak pacak khemah lagi ke? Pelik.





Tiba-tiba, aku rasa tak sedap hati. Pandang ke jam tangan. Aku ambil keputusan singgah ke satu kedai berdekatan.


" Amoi, kasi tukar ini bateri jam! " kata aku separuh menjerit.



Jam pukul 1.50 tengahari.
Kukirakan terleka
dari permainanmu
semakin ku meronta
semakin lemas terasa

Kini ku tak terdaya lagi
untuk terbang menyusur angin
tambatlah aku di sini
atau lepaskan saja seksa ini

Sekali lagi,
Buat kau yang tak bisa aku miliki
tapi aku tahu kau menyayangiku...

Saturday, August 21, 2010

Rosyam Nor tu pun kadang-kadang banyak masalah jugak...

Malam tadi, aku rasa tak sedap hati. Jiwa pun rasa tak keruan. Buat ini salah. Buat itu salah. Hati tak tenteram ni memang boleh bawa ke berlawan kalau silap sikit. Nasib baik aku bukan jenis yang suka berlawan. Silap sikit berlawan. Lagipun, kalau berlawan pun, bukan aku yang menang.


Bila rasa tak sedap hati, bawak kereta pun rasa dah takde spirit. Tekan minyak nak laju-laju saja. Gear pulak main tukar-tukar macam nak berlumba.





Jadi, semasa aku memandu, aku ternampak satu pasar mini. Aku pun singgah la pasar mini tu.


Beli aiskrim Cornetto.

Peh. Dia punya sedap...



***



Selamat berbuka weh! Sekarang pukul 7.15 malam. Satu hape pun aku tak beli nak berbuka. Air kosong tu kadang-kadang kalau minum dengan ikhlas, memang rasa macam lencikang orang agama-agama cakap.

Handphone yang....

Oleh kerana handphone paling utama aku telah mengalami kerosakan pada bahagian pendengaran, yakni jika orang call, aku tak dengar apa-apa kecuali orang yang call sahaja dengar aku terpekik terlolong, ke mana-mana sahaja aku pergi sekarang akan membawa earphone jika ingin bercakap telefon. Menyusahkan. Tapi aku tak merungut. Kerana itu dugaan. Allah yang turunkan dugaan.

Jadi, tak hairanlah kalau kau orang jumpa aku mana-mana nampak wayar earphone tu berselirat kat leher bawak ke telinga sangkut ke baju. Tak hairan jugalah aku kena pandang slek dekat makcik jual makan kat pasar ramadan sebab wayar earphone tu masuk dalam kuah kari dia.


Mood takde beb sebenarnya ni. Rasa nak tumbuk je Zed Zaidi ni. (Tengah tengok drama ramadan)

Thursday, August 19, 2010

Selamat berpuasa (belated)

Ada orang marah aku tak ucap selamat sempena bulan puasa ni.

Baiklah. Sempena bulan ramadan yang sudah masuk minggu kedua ni, aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan. Perbanyakkan ibadah. Kurangkan karaoke. Semoga makwe pasar ramadan memberi respond yang baik sekaligus menjalin silaturrahim sesama insan. Tak guna duit juta-juta dalam bank kalau mengurat makwe pasar ramadan pun tak lepas.


Kepada sesiapa yang mempunyai perangai mengirim kad raya secara pos, bolehlah membuat demikian kepada aku juga. Lagipun, apa guna beli peti surat mahal-mahal siap rambu-ramba kalau posmen tak singgah hantar surat, ye tak?


en.sani
1061 Taman Indah
Jalan Kolam Air
73000 Tampin
Negeri Sembilan Darul Ranggi


Alah, baru semalam aku baca surat khabar, pos kad raya cuma 50 sen. Mahal lagi air lencikang.

Wednesday, August 18, 2010

Ditegur Man Laksa

Yahoo Messenger.


Man : Sani, dulu kau sekolah kat Tampin kan?

Aku : Aha. Nape?

Man : La, camne boleh tak kenal? Kau pernah nampak aku?

Aku : Erm, ntah. Tak perasan. Aku jarang keluar jauh-jauh masa sekolah.

Man : Aku dulu Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin. Kau sekolah mana?

Aku : Sekolah Menengah Kebangsaan Eddie Hamid.


***

Alah, gurau macam tu pun nak merajuk. Rileks la Man. Macam budak shuffle la perangai.

Tuesday, August 17, 2010

RM100++

Petang sebelum ke pasar ramadan Dengkil, aku singgah ke bank berdekatan. Keadaan kewangan dalam beg duit memang betul-betul mendatangkan keinsafan bahawa berjimat cermat itu adalah amalan mulia.

Keluar RM100. Mesin ATM bersifat keji dengan tidak mengeluarkan resit. Cis. Taulah baki tinggal sikit. Selepas memberi sekuntum tendangan padu ke mesin ATM yang amat Decepticon tersebut, aku berlari masuk ke dalam kereta. Hujan lebat petang itu.

Duit RM100 tu macam-macam bermain dalam fikiran. Duit makan buka puasa je dah tak cukup nak back-up sampai ke hujung bulan dapat gaji. Itu belum masuk duit minyak, duit beli topup, budak tabhligh mintak derma, digoda amoi menjual buku kanak-kanak. Haih. Macam-macam dugaan bulan puasa ni.


Adik perempuan aku yang bekerja di Giant Tampin, tiba-tiba sms,


" Salam along, kau nak beli set home theatre tak? Giant buat clearence stock... Nak raya ni, beli la..."


Aku keluar dari kereta, aku paranawei pokok kelapa berdekatan.
Buat kau yang tak bisa aku miliki,
tapi aku tahu kau menyayangiku.

Janganlah kau fikirkan hal-hal yang rumit itu,
kerana kelak bisa buat kau menangis sendiri.

Aku akan sentiasa ada disisimu...

Roti inti kelapa

Semasa sedang berada di opis tadi, perut rasa lapar. Maklumlah, berbuka ala kadar gulai siput sedut dengan nasik putih 50 sen. Air pulak lencikang siap pakej buah kembang semangkuk tak kembang-kembang. Kalau makcik tu ada depan aku sekarang, memang aku tenyeh-tenyeh buah kembang semangkuk tu kat mata dia kasi sedar sikit. Tau je lah kau orang, buah kembang semangkuk tu kalau tak kembang, keras macam bola golf. Ah, bila masa aku pernah makan bola golf ni? Misteri betul.

Di opis, mataku tertancap pada satu buku roti di atas almari. Roti inti kelapa. Sekali pandang memang tak sedap. Tetapi, dua kali pandang, masih tak sedap lagi pun. Kali ketiga aku pandang , walaupun tetap tak nampak sedap, tapinya peduli apa aku tak sedap. Janji perut tak lapar.

Oleh kerana dalam opis hanya ada aku dan Zeck, aku pun meminta kebenaran lisan.

" Zeck, ni siapa punya roti ni, aku makan eh? "

" Ambik la. Aku punya tu. Lebih tadi bawak dari rumah..." jawab Zeck sambil mata tengok YouTube. Lagu Juliana Banos. Macam gampang.


Aku pun membuka bungkusan roti yang berikat gelang getah itu.

Semut kecik-kecik banyak. Semut kaler merah. Dari luar plastik hingga dah bersarang bawak ke inti kelapa. Peh. Ini kalau makan sekor semut pun orang cakap dah jadi pelupa, kalau termakan banyak-banyak semut, mau hilang ingatan ni.

Semut itu kucar-kacir melarikan diri ke dalam roti. Sempat juga seekor dua yang aku tangkap. Tapi aku lepas cara baik di atas lantai.


" Weh, Zeck. Roti kau ni dah bersemut..." kata aku ke Zeck.


Zeck pandang sebentar ke muka aku.


" Alaa...bukan ada tulang pun... " jawab Zeck tenang.



Sambil mengangguk tanda setuju, aku makan roti tersebut dengan mata berkaca-kaca.

Zeck mata tengok Youtube. Lagu Juliana Banos.

Monday, August 16, 2010

Pasar ramadan Putra Perdana

Aku dengar, pasar ramadan dekat Putra Perdana ada jual ikan duyung salai. Merasa jugak aku daging Maya Karin ni karang.

Sunday, August 15, 2010

Perut dan tauladan

Perut aku sekarang rasa sebu. Dia punya rasa menyucuk-nyucuk lepas tu pakej dengan rasa nak muntah memang level paling tinggi. Silap duduk dia sakit. Silap baring dia sakit. Silap cakap pun dia sakit. Berborak dengan orang pun hari ini rasa dah tak into sangat. Borak la pasal mancing siakap ke, berbuka rendang pelanduk ke, dicium Maya Karin ke, aku dah tak layan.


Nak dekat 2 kilo jugak rambutan aku sahur tadi sambil dengar lagu raya.

Kau orang jangan follow sangat. Aku special kes. Jenis takdak duit nak sahur...

" Eh, best la kau buka puasa dekat Cyberjaya...cool sial! " SMS seorang kawan lama.

Cyberjaya, Cyberjaya jugak. Tak semestinya nama Cyberjaya makan benda-benda yang cyber seperti keyboard, facebook dan kabel LAN. Kuey teow goreng pucat juga aku makan berbuka tadi. Minum pun air kosong.

Ini kalau raya tahun ni aku tak kurus jugak, memang aku pergi buat pembedahan plastik.

Saturday, August 14, 2010

Ramadan ini sungguh mencabar

Setakat ini, baru satu hari aku lepas pergi pasar ramadan. Itu pun masa dekat Tampin. Wan suruh beli murtabak.

Pukul 6 petang, aku ke Stadium Mini Tampin di mana tapak parkingnya di-convert menjadi tapak pasar ramadan. Misi aku memang nak cari murtabak je. Ada khabar angin yang mengatakan murtabak dekat Tampin setanding dengan Starbucks. Ah, nampak sangat tipunya.

***

Pukul 6.30 petang, aku keluar dari pasar ramadan dengan murtabak sekeping. Tapi badan pulak rasa lain macam. Rasa macam baru lepas buat dosa besar.

Dengan berbekalkan ilmu agama masa tingkatan 5 dulu, aku mula membuat hitung secara logik. Pahala puasa aku hari itu tinggal suku markah je lagi aku rasa.




Yang makwe-makwe datang pasar ramadan tu, tolong la pakai kasi nampak agama-agama sikit. Orang lain yang dapat effect tahu tak? Betis je dah berpuluh pasang aku terpaksa tengok. Belum masuk dada lagi. Macam-macam pesen dah.

Pengalaman sahur tahun ini

Sudah 4 hari berpuasa tahun ini. Selain bercuti selama 3 hari dan balik kampung makan sup tulang dan kuih badak berendam, bila masuk hari ke-3 dan ke-4 ni aku puasa di Cyberjaya, dia punya dugaan dekat area perut memang mencabar.

Kau orang bayangkan 2 hari di Cyberjaya, dua-dua sahur tak boleh harap nak back-up ke siang.



Sahur hari ke-3

Aku balik dari kampung pukul 10 malam. Sampai ke Cyberjaya singgah opis, bagi cempedak goreng kepada kawan-kawan yang melahar tak dapat buka kat rumah. Borak pung pang pung pang balik rumah dah pukul 12.30 tengah malam. Mandi-mandi terus tidur. Sebab karang nak kena sahur, wan dah bekal nasik dengan gulai daging. Memang terbaik.

Treet...

Ah. Bunyi alarm, aku tak pandang kiri kanan terus bangun dari katil basuh muka dan hidang nasik dengan lauk gulai daging. Makan atas katil je. Barulah nampak macam indie.

Makan.

Dah separuh nasik habis,

Treet...

SMS masuk. Ada makwe SMS aku, cakap dia tengah study. Aku tengok ke jam atas meja.

Pukul 2 pagi.

Aku rasa sungguh sebak. Macam mana bunyi alarm sahur dengan bunyi SMS pun aku dah tak boleh beza?




Sahur hari ke-4

Senja itu, aku berbuka di rumah Rizal. Orang rumah dia masak ikan siakap, sambal udang dan air soya cencorot. Ah, tipu sangat bunyinya. Soya cincau la.

Pukul 10 malam selepas berterawih di depan TV, kami pergi kedai mamak, kawan Rizal nak jumpa. Borak pung pang pung pang pasal pemanasan global, kes pembuangan bayi di bulan ramadan, bekas YB bunuh skandal sendiri, memancing memerang, diganggu syaitan di siang hari dan Tiger Woods.

Tak sedar jam sudah pukul 2.15 pagi. Makan apa semua takde padahal dekat kedai mamak. Tak terlintas langsung nak tapau ke apa roti pisang ke, nasi beryani ke, mee goreng kurang pedas ke.

Ah, takpe. Balik ni karang makan la. Lagipun ada roti dengan air fresh oren dekat rumah.

Pukul 2.35 pagi sampai rumah dan terus nak mandi...

Okay, buang perkataan 'mandi' tadi, sebab sedar-sedar dah pukul 10 pagi. Itu pun ada makwe SMS borak pasal kawin-kawin.



***


Sekarang baru pukul 3 petang.



Yang TV3 ni merepek nak siar ulang-ulang iklan Jalan-Jalan Carik Makan ni apahal? Boikot karang, tak dapat pulak tengok Epilog Syurga Cinta.

Friday, August 13, 2010

Seorang kawan tunjukkan dekat aku ada sorang budak mana salah hantar SMS ke dia.

" Awk, kiter nk g klz ni if ader paper msg kiter ekz..."

Agak-agak macam mana kau nak balas? Bunyi macam jenama mesin rumput pun ada. Terus aku bayang budak tu dressing Lady Gaga.

Monday, August 9, 2010

Muncung

Tadi, ada seorang makwe SMS aku.


Dia : Sani, kamu katne skang?

Aku : Tengah keja la sayang oi. Nape?

Dia : Woh, masa tengah makan, nampak orang serupa kamu kat PD ni!

Aku : Tipulah. Ade je kat Cyberjaya ni. Ah, dia yang ingat kat kita.

Dia : Betul. Muncung dia serupa kamu! Tak sangka kalau tengok depan-depan muncung kamu tu betul-betul seksi. Haha!!!



Celaka. Lain takde ke nak tengok? Nak jugak tengok muncung aku.

( Jam-jam tu aku pergi cermin tengok muncung sendiri.)

Menipu kecil-kecilan

Tolong jangan bagitau bos aku esok aku nak ambik MC sambung cuti 2 hari nak balik kampung berpuasa di sana. Bos besar aku setahu aku tak tau aku ada blog. Jadi, sesiapa para pembaca di sini jangan la nak memandai-mandai pergi pecah rahsia bagi link url blog aku dekat bos pulak. Bernanah rusuk kau orang nanti aku tumbuk.


MC? Masalah nak amik MC?

Alah. Macam la kau orang tak pernah berlakon depan doktor muka macam nak mati kasi ada kesian nak bagi cuti sakit? Benda 2 minit jumpa doktor, takkan tak boleh buat. Ye tak? Ah. Menipu kekasih tu rancak benar aku tengok. Takkan nak tipu doktor pun tak boleh.


" Awak kat mana ni? Saya SMS tak jawab. "

" Saya busy ni, tengah buat kira-kira kadar keuntungan syarikat. "


Padahal tengah mancing siakap.

Saturday, August 7, 2010

Pengalaman aku dicucuk projek gajah putih

Petang tadi semasa beriadah di tepian taman di pesisir Tasik Cyberjaya dengan menyarung sandal Crocs, aku telah ternampak satu tempat strategik untuk memancing. Tempat itu merupakan satu parit yang habitatnya ikan haruan. Sebagai pemancing tegar, sekilas ikan di air, ku tahu lelaki wanitanya. Oh, lupa. Takde ikan pun masa tu. Saja bagi kesan dramatik.

Dipendekkan cerita, tepi parit tersebut terdapat batang konkrit tak siap. Ah, biasalah. Projek gajah putih. Cakap karang marah.

Dekat konkrit itu ada pancang-pancang besi yang nampak merbahaya kepada masyarakat. Silap langkah, boleh mencium neraka.

Oleh kerana pancang besi tersebut menjadi tempat terbaik untuk aku bertenggek melihat kelibat ikan di parit, dan tiada papan tanda 'Awas, jangan berdiri di sini', aku pun terus memijak konkrit tersebut.

KRAKKK!!!


Aduh. Kecuaian langkah aku mengakibatkan pancang besi itu tembus di tepi sandal Crocs aku. Celah ibu jari kaki. Darah. Sandal Crocs warna putih itu dibasahi darah merah.

Perlahan-lahan aku menarik kaki untuk melepasi pancang besi tersebut. Mujurlah tidak serius sehingga mengakibatkan kecederaan hamstring dan tulang tendon(sumpah aku tak tau apa itu tulang tendon, pakai sebut je).

Aku pulang ke rumah dengan berjalan kaki kerana aku tiada kereta.


***


Selepas mandi tadi, aku rasa lain macam.

Aku check ibu jari kaki aku yang berdarah petang tadi. Aku belek betul-betul.

Oh. Tiada luka. Pelik betul.


Sekarang baru aku ingat yang petang tadi sampai ke senja, aku tidur dekat bilik je.

Kepala lutut

Beberapa malam ni, aku punya kepala lutut sebelah kiri rasa berdenyut-denyut. Semua angkara dikejar anjing minggu lepas. Dia punya denyut kadang-kadang boleh bawak ke mimpi. Bunyi pun macam inception.

Nak telan pain killer pulak, ada makwe ni malam tadi nasihat tak baik selalu bergantung ke pain killer. Jadi, aku tak telan la pain killer.

Bangun pagi ni, aku makan durian sambil tengok cerita Adnan Sempit. Kurang pulak rasa sakit kat lutut ni.

Tapinya, sakit tu dah pergi ke perut pulak dah.

Friday, August 6, 2010

Majid Driving School - Ke 7 Eleven

Pagi itu dalam pukul 11. Panas sungguh hari itu. Majid sedang mengajar Ana Syafawati(bukan nama tipu), memandu di pinggir pekan. Air-cond kereta kancil Majid pula macam gampang dia punya pergi. Serupa nafas orang dia punya haba biarpun suis aircond dah tala ke level paling maksimum.

Ana Syafawati muda lagi. Baru 25 tahun. Kalau nak banding dengan Majid, pangkat bapak je tu. Muka pun boleh tahan. Dan cepat belajar. Maklumlah, Majid ni, kalau ajar perempuan, sampai nak rapat-rapat badan. Kalau lelaki, pergi mati la dia nak rapat. Cakap pun pandang ke tingkap.

Ana Syafawati mengesyaki yang Majid ni ada menaruh hati kepadanya dari cara body language dan percakapan yang ada unsur-unsur puisi. Itu belum masuk dia dengar Majid speaking orang putih. Macam haram berterabur.



Sampai satu simpang, semasa Majid rancak mengajar Ana Syafawati memandu dengan nada manja, Majid bersuara,


" Ana, tolong berhenti dekat 7 Eleven tu kejap. Panas pulak hari ni. "

" Okey. " jawab Ana Syafawati.

" Signal ke kiri jangan lupa, " kata Majid lembut.


Ketiak Majid dah berlecak. Nak mengurat makwe pun dah takde semangat. Ana Syafawati kemudian memberhentikan Kancil itu di bahu jalan. Mungkin Majid nak beli minuman sejuk di 7 Eleven. Lagipun, tekak Ana Syafawati dah kering sangat. Untung-untung Majid belanja minum.

" Ana, tunggu sini kejap ye. Abang nak masuk 7E kejap. Panas ni. " kata Majid yang kemudian pantas berlari masuk ke pintu kaca 7 Eleven.

Ana Syafawati tengok tengah belakang Majid dah bertakung air peluh kesan dari baju yang dipakai.


***


10 minit, Majid tak keluar-keluar dari 7 Eleven.

Ana dah naik hangat dalam Kancil sauna milik Majid.

Tiba-tiba, Majid keluar dari pintu 7 Eleven dan berlari masuk ke dalam Kancil. Di tangan Majid kosong tiada apa-apa.



" Apa yang abang beli? Takde bawak apa-apa pun? Tinggal kat kaunter ke? " kata Ana Syafawati kepada Majid.



" La...siapa cakap aku pergi beli barang? Aku sejukkan badan je dalam air-cond tu. Panas kat luar ni... "


Ana Syafawati karate stereng kereta.

Bas

Raya dah nak dekat. Tiket bas balik raya tak beli lagi. Aku tengah risau ni. Nak tulis blog pun dah takde spirit.

Kan best kalau Syarikat Bas Sani Ekspress tu aku yang punya.

Thursday, August 5, 2010

Megi

Sejak aku tengok Mila sedut Mamee Slrrupp di iklan tv, rasa macam sedap pulak. Spirit nak makan mi segera pun macam menaik balik. Dah lama jugak aku tinggalkan benda-benda melibatkan per-megi-an ni. Patut la poket makin kempis. Hari-hari bedal makanan ada keju dengan frankfurter. Adibah Noor pun kempis. Maksud aku kempis poket ye, Kak Adibah. Jangan la sentap pulak.

Lagipun, bukan mahal pun megi sebungkus. Last aku tinggalkan dunia megi ni, harga pun 40 sen lagi.


Aku turun pergi beli dekat mini market tadi, makwe indon tu cakap,

" Seringgit. "

Terus menurun balik spirit nak makan megi. Makan megi kat rumah pun rasa tak ikhlas je.



p/s : jika ianya Maggi, Mamee, Mi Cintan, Hor Liow, dan apa ke bala sekalipun, kita pasti tetap panggil 'megi' kan? Dominan sungguh. Mamak dekat kedai makan tu la punya pengaruh. Budak melayu seronok je ikut.

Monday, August 2, 2010

Pengalaman aku dikejar anjing

1 Ogos 2010, jam 9.15 malam



" Eh, ada anjing la, John..." kata aku kepada John.


Woffffff!!!


Aku dan John yang ketika itu naik ke apartment tingkat 2 tak semena-mena terserempak dengan seekor anjing hitam gaya macam sama duduk menyewa di apartment itu. Aku ajak John pergi cari senjata memandangkan anjing tersebut tidak bersenjata dan nampak lemah dari segala sudut termasuk mata yang agak teddy bear.

Kami menapak ke tepi stor tempat cleaner menyimpan barang. John ambil sebatang pencakar sampah dan aku bersenjatakan penyapu bulu. Kami kembali ke anjing yang nampak tidak tahu jalan turun apartment. Padahal betul-betul dia duduk dekat tangga.

Anjing itu nampak panik dengan kehadiran kami yang bersenjata lengkap. Anjing itu mula berundur ke tepi pintu rumah hujung apartment. Oleh kerana John ada membela anjing di rumahnya, aku berasa amat yakin bahawa John pasti dapat handle ini keadaan dengan sukses.

Kami rapat. Cuba halau anjing itu ke tangga. Laluan koridor yang sempit mengakibatkan aku beri John laluan hadapan. Aku hanya skuad bantuan.

Anjing itu berundur. John jalan pantas ke hadapan. Aku pun turut sama.



Tiba-tiba, Wooffff!!!



Anjing tu patah balik dengan muka bengis. John tiba-tiba patah balik untuk melarikan diri.

Aku yang berada di belakang John terkejut. Terus aku pusing dan start melarikan diri juga. Masing-masing dah nampak anjing itu mula mengejar kami. Memang berderau darah. Senjata kami tadi entah ke mana. Melarikan diri adalah lebih selamat. Aku ingatkan John dah berhenti lari, bila aku berpaling ke belakang, lagi laju dia lari.

John melanggar belakang aku. Dengan keadaan laluan koridor yang sempit, dan berlari sambil memegang senjata sepanjang 5 kaki, adalah kombinasi yang tidak cerdik.

Tiba-tiba,


KEDEGANG...KLETUNGG...POWWW...KCINGGG...PLEPAPP!!!


Bersepah pengampai baju beroda di tengah laluan koridor itu kami langgar. Baju semua bersepah tak keruan di atas lantai. Kenapa perlu ampai baju di koridor? Menteri mana yang ajar?

Aku dan John bergumpal di atas lantai dalam keadaan tertiarap. John siap pijak tengah belakang aku. Aku dah tak kisah itu semua. Aku menoleh ke belakang, risau anjing sudah rapat. Tapi anjing itu mengambil langkah bijak dengan melarikan diri. Kami lega.

Kaki aku terseliuh. Kepala lutut aku rasa longgar akibat terhentak ke lantai. Baju aku berdebu. Tangan John pulak cedera parah di siku. Darah. Sambil dia mengadu sakit di dada akibat tertusuk hujung pencakar sampah.

Aku lihat pengampai baju itu sudah terbalik. Pencakar sampah yang dijadikan John sebagai senjata aku tengok sudah tidak keruan mata pencakarnya, tak serupa pencakar sampah. Tapi serupa bulu hidung. Anjing sudah tiada. Kalau anjing tu rakam macam mana kami bertempiaran lari siap jatuh meniarap atas pengampai baju, lepas tu siap upload dekat Youtube, memang malu.


Sempat jugak aku tengok muka india John berubah putih kejap sebab pucat. Aku ajak John turun.

John mencarut dalam bahasa india. Jika dieja, bermula dengan huruf 'P'. Tapi aku tak faham.

Kami gelak selama setengah jam.

Siri bercakap dengan Shah - Sesi 2

Malam kelmarin, Shah SMS aku. Perbualan kami berat ke majlis perkahwinan Shah pada bulan Jun lepas. Kepada sesiapa tak faham loghat Negeri Sembilan, tolong la jangan google kasi translate. Merepek sangat bunyinya.



Shah : Wei mano kau?

Aku : Weh, den busy sikit ni sobab MMU ado convocation. Kau apo cer? Sonyap yo... Ternak lintah ko?

Shah : Den ado yo la... Mano kau maso kenduri kawin den haritu? Mesej pun takdo, hadiah apo sumo takdo. Camni ko member? Keril pun samo! Poorahhh!!!

Aku : Sapo cakap den tak datang? Den datang sorang time tongah ramai-ramai tu. Den tak sompek jumpo kau sobab den tongah ponek baru balik Johor maso tu. Sepupu den pun nikah samo time ngan kau...

Shah : Apo kau tak jumpo mak dongan apak den hulur angpow ko apo ko... Keril lagi la haram takdo!

Aku : Tongah bulan bai. Nak ngulur apo? Rumput semalu? Gaji tinggal serdak yo... Keril lak baru dapek kojo kerajaan... 3 bulan takdo gaji. Kau jangan risau, rayo ni, den bawak Keril datang umah kau. Kau maki la kitorang pueh-pueh time tu... Den buek lali yo. Erm, rayo ni kau balik Pilah kan? Tak poie hanimun ke Ostrolia ko?




Dan Shah terus tak balas SMS aku lepas tu. Jam pun menunjukkan pukul 10 malam. Paham-paham la aku kalau dah jadi suami orang ni. Dulu masa bujang, pukul 3 pagi pun memekak tak tentu hala lagi kat Restoran Subaidah tu join multi-level.

Sunday, August 1, 2010

Hari raya boleh tangguh bulan lain tak, weh?

Sejak akhir-akhir ni, walaupun sibuk dan baru dapat gaji, perbelanjaan harian memang aku sedikit sekat. Mungkin kerana aku risau dengan keadaan poket bila hari raya menjelma kelak. Nak beli baju melayu, beli seluar cap Levi's, beli butang baju melayu, beli mercun, beli kuih sepit. Banyak juga belanja. Itu belum masuk duit raya lagi. Bela kuda belang pun tak banyak belanja itu macam.

Jadi, aku harus bersikap jimat dan berbelanja seperti hari akan datang tiada gaji dah. Malah, setelah difikirkan, menjelang minggu depan, aku perlu selesaikan hutang yang mencecah seribu ringgit juga. Mana nak cekau duit kalau bukan duit gaji beb? Aku bukan seorang Rosyam Noor. Duit banyak muka hensem dagu lekuk. Ah, merepek sangat Rosyam Noor dagu lekuk.



Tiba-tiba, adik lelaki aku SMS,

" Weh, kau ada duit tak? Pinjam. Orang nak beli laptop kat PC Fair la. "


Aku karate bucu katil.