Sunday, August 22, 2010

Dangdut

Akhir-akhir ni Zeck kerap juga menonton YouTube lagu-lagu dangdut indonesia yang bahasanya agak jarang kedengaran sama ada di rumah-rumah kongsi mahupun di bus stand. Lagu-lagu dangdut yang jarang-jarang dimainkan di radio Malaysia. Di mana lagu-lagu dangdut itu bukan sekadar lagu dangdut, tetapi pakej dengan tarian erotik makwe-makwe yang memakai skirt pendek dan hanya mengenakan baju bersaiz budak dipotong berbentuk silinder menampakkan bahagian bahu. Ketat sungguh.

Makanya, tiap-tiap harilah Zeck layan lagu dangdut di opis. Tak kira bulan puasa. Tak kira Maghrib. Tak kira malam. Tak kira cuti umum. Dangdut sahaja yang Zeck dengar. Dengan lirik bahasa yang betul-betul piaw indonnya itu sehinggakan indon sendiri pun tak tahu itu bahasa mereka. Ada sesetengah part, Zeck sama sing along dan terbitlah ayat-ayat yang kadang-kadang aku tak berapa paham. Ngomong kenterr gituk sehh, misalnya.

Oleh kerana aku kerap bekerja dengan Zeck, maka, kerap jugalah aku terserempak beliau menonton YouTube lagu dangdut. Aku pulak jenis tak masuk dek akalku punya lagu. Mana nak masuk beb, jiwa aku kan penuh ranjau onak berduri. Paling kurang pun layan Bon Jovi dengan Spoon. Ada ke lagu dangdut? Taste macam tan sri-tan sri betul. Aku masuk opis lagu dangdut, keluar opis lagu dangdut. Nak berbuka puasa pun lagu dangdut. Baca doa berbuka puasa lirik dangdut je aku belum pernah dengar dari mulut Zeck.



Oleh kerana penuh satu hari tu jadual Zeck di opis menonton dangdut di YouTube, jadi aku pun ambil kunci motor dan keluar mengambil angin.




Petang itu sungguh redup. Lembut je warna langit nak bertukar ke senja. Burung-burung gagak menyanyi riang sambil menggeledah tong sampah. Rama-rama pulang mencari sarang. Beberapa ekor memerang turut pulang ke sarang sambil memikul beberapa kilo ikan cencaru sebagai bekalan musim salji.



Tiba-tiba, mulut aku termenyanyi...


" Kalau bulan bisa ngomong, ooyaaahhh...."



Aku rasa sungguh gampang.

6 comments:

Anonymous said...

hakhakhak.,yang part "ooyaaahhh" tu paling tak tahan

Anonymous said...

Macam lagu tamil ajo lagu ko sani

keril.samad said...

since kita jauh, wa rasa bersalah bila tak mampu kejutkan lu bangun pagi walaupun lu bukan gayboy wa kan. wahahahaha!

en.sani said...

anony : part tu paling menusuk kalbu beb. kalau dah masuk tamil, tipu sangatlah...


keril :cibai la kau keril

phish said...

cinta satu malam terbaek weii..

en.sani said...

ah...tak tau plak lagu ape tu...tolong nyanyi sikit!