Friday, August 6, 2010

Majid Driving School - Ke 7 Eleven

Pagi itu dalam pukul 11. Panas sungguh hari itu. Majid sedang mengajar Ana Syafawati(bukan nama tipu), memandu di pinggir pekan. Air-cond kereta kancil Majid pula macam gampang dia punya pergi. Serupa nafas orang dia punya haba biarpun suis aircond dah tala ke level paling maksimum.

Ana Syafawati muda lagi. Baru 25 tahun. Kalau nak banding dengan Majid, pangkat bapak je tu. Muka pun boleh tahan. Dan cepat belajar. Maklumlah, Majid ni, kalau ajar perempuan, sampai nak rapat-rapat badan. Kalau lelaki, pergi mati la dia nak rapat. Cakap pun pandang ke tingkap.

Ana Syafawati mengesyaki yang Majid ni ada menaruh hati kepadanya dari cara body language dan percakapan yang ada unsur-unsur puisi. Itu belum masuk dia dengar Majid speaking orang putih. Macam haram berterabur.



Sampai satu simpang, semasa Majid rancak mengajar Ana Syafawati memandu dengan nada manja, Majid bersuara,


" Ana, tolong berhenti dekat 7 Eleven tu kejap. Panas pulak hari ni. "

" Okey. " jawab Ana Syafawati.

" Signal ke kiri jangan lupa, " kata Majid lembut.


Ketiak Majid dah berlecak. Nak mengurat makwe pun dah takde semangat. Ana Syafawati kemudian memberhentikan Kancil itu di bahu jalan. Mungkin Majid nak beli minuman sejuk di 7 Eleven. Lagipun, tekak Ana Syafawati dah kering sangat. Untung-untung Majid belanja minum.

" Ana, tunggu sini kejap ye. Abang nak masuk 7E kejap. Panas ni. " kata Majid yang kemudian pantas berlari masuk ke pintu kaca 7 Eleven.

Ana Syafawati tengok tengah belakang Majid dah bertakung air peluh kesan dari baju yang dipakai.


***


10 minit, Majid tak keluar-keluar dari 7 Eleven.

Ana dah naik hangat dalam Kancil sauna milik Majid.

Tiba-tiba, Majid keluar dari pintu 7 Eleven dan berlari masuk ke dalam Kancil. Di tangan Majid kosong tiada apa-apa.



" Apa yang abang beli? Takde bawak apa-apa pun? Tinggal kat kaunter ke? " kata Ana Syafawati kepada Majid.



" La...siapa cakap aku pergi beli barang? Aku sejukkan badan je dalam air-cond tu. Panas kat luar ni... "


Ana Syafawati karate stereng kereta.

2 comments:

mohd faris bin mohd aladin said...

cik sani yg dihormati.
aku nak rembat ko nye status profile bole x wat kat fb ley x.sumpah ak teruja doe

en.sani said...

status profile yg mana?