Saturday, August 14, 2010

Pengalaman sahur tahun ini

Sudah 4 hari berpuasa tahun ini. Selain bercuti selama 3 hari dan balik kampung makan sup tulang dan kuih badak berendam, bila masuk hari ke-3 dan ke-4 ni aku puasa di Cyberjaya, dia punya dugaan dekat area perut memang mencabar.

Kau orang bayangkan 2 hari di Cyberjaya, dua-dua sahur tak boleh harap nak back-up ke siang.



Sahur hari ke-3

Aku balik dari kampung pukul 10 malam. Sampai ke Cyberjaya singgah opis, bagi cempedak goreng kepada kawan-kawan yang melahar tak dapat buka kat rumah. Borak pung pang pung pang balik rumah dah pukul 12.30 tengah malam. Mandi-mandi terus tidur. Sebab karang nak kena sahur, wan dah bekal nasik dengan gulai daging. Memang terbaik.

Treet...

Ah. Bunyi alarm, aku tak pandang kiri kanan terus bangun dari katil basuh muka dan hidang nasik dengan lauk gulai daging. Makan atas katil je. Barulah nampak macam indie.

Makan.

Dah separuh nasik habis,

Treet...

SMS masuk. Ada makwe SMS aku, cakap dia tengah study. Aku tengok ke jam atas meja.

Pukul 2 pagi.

Aku rasa sungguh sebak. Macam mana bunyi alarm sahur dengan bunyi SMS pun aku dah tak boleh beza?




Sahur hari ke-4

Senja itu, aku berbuka di rumah Rizal. Orang rumah dia masak ikan siakap, sambal udang dan air soya cencorot. Ah, tipu sangat bunyinya. Soya cincau la.

Pukul 10 malam selepas berterawih di depan TV, kami pergi kedai mamak, kawan Rizal nak jumpa. Borak pung pang pung pang pasal pemanasan global, kes pembuangan bayi di bulan ramadan, bekas YB bunuh skandal sendiri, memancing memerang, diganggu syaitan di siang hari dan Tiger Woods.

Tak sedar jam sudah pukul 2.15 pagi. Makan apa semua takde padahal dekat kedai mamak. Tak terlintas langsung nak tapau ke apa roti pisang ke, nasi beryani ke, mee goreng kurang pedas ke.

Ah, takpe. Balik ni karang makan la. Lagipun ada roti dengan air fresh oren dekat rumah.

Pukul 2.35 pagi sampai rumah dan terus nak mandi...

Okay, buang perkataan 'mandi' tadi, sebab sedar-sedar dah pukul 10 pagi. Itu pun ada makwe SMS borak pasal kawin-kawin.



***


Sekarang baru pukul 3 petang.



Yang TV3 ni merepek nak siar ulang-ulang iklan Jalan-Jalan Carik Makan ni apahal? Boikot karang, tak dapat pulak tengok Epilog Syurga Cinta.

2 comments:

karibu said...

lapang je tengok rafidah tu...

en.sani said...

ah...lu jgn merepek...langkah body aku dulu, baru sebut nama rafidah tu...