Sunday, September 26, 2010

25 September

Pukul 12 tengah malam. Orang pertama yang terkejut bahawa 25 September adalah hari bersejarah adalah Rizal dan Kak Nor. Tiba-tiba dia nyanyi lagu hari jadi dekat aku masa basuh kereta(Sob...sob...sob...). Yang dah sedia tahu hari itu hari bersejarah adalah seorang makwe yang first sekali telefon dan ucap selamat dengan suara paling manja beliau. Sumpah aku kena buat suara manja jugak.

Kemudian barulah yang lain-lainnya ucap selamat. Sampai bawak ke 4 pagi baru aku lelap sebab bunyi SMS handset aku bunyi orang berperang.

Dan siangnya, ramai juga yang hantar SMS ucap selamat khususnya kawan-kawan facebook. Kalau takde facebook, jangan harap la nak tau.

Okay, kepada sesiapa yang bagi ucapan selamat kepada aku semalam, aku pun nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. Cuma ucap selamat tu tak boleh ganti dengan hadiah je. Kalau tidak, memang kaya aku sekejap.

Moga kau orang semua pun akan merasa tua bila hari jadi kau orang menjelang tiba. Dan tinggalkan perangai-perangai gampang yang kau orang suka buat seperti siul anak dara orang, bawak motor laju-laju dan menyanyi lagu Dafi.




Dah 24 tahun. Cakap pun kena 'berisi' sikit.














Okay, out dulu. Sedap pulak lagu Justin Bieber ni.