Saturday, September 18, 2010

Amarah raya

Aku masuk je kerja selepas bercuti panjang hari raya aidilfitri semalam, mood kerja takde lagi. Jadi, bila diajak berborak benda-benda kerja pun boleh mendatangkan amarah dan ringan saja kaki nak buat paranawei.

Jadi, hari pertama kerja, aku hanya duduk opis dan pandang ke tingkap. Sesekali ada juga aku lepak dekat luar sambil mata menghala ke kolam renang yang berada di bawah bukit. Opis aku atas bukit. Bukan satu masalah besar nak tengok makwe Iran pakai bikini. *Dush!*





Sehinggalah seorang mamat bernama Zali datang naik motor lalu depan aku sambil menjerit,


" Hey, playboy, dah balik dari cuti ke? " dengan nada yang boleh mendatangkan gema bukit.


Aku capai batu jalan sebesar penumbuk, aku baling ke Zali dengan padu.


KLETINGGG....


Nasib baik kena rim motor je, kalau tak memang Hospital Serdang la balasannya.


Muka aku macam playboy ke? Kalau playboy, kenapa takde makwe? Hah? Jawab!

4 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

hahahha. kejam sungguh

en.sani said...

kejam kan?sob...sob...

karibu said...

pehh...muka ensem takde makwe...nmpk bena tipo.

en.sani said...

waw...aku emsem...hahahaha