Oleh kerana cd player dalam kereta aku bersikap hina dengan bunyi yang tidak menyenangkan telinga akibat speaker jahanam, jarang sangat aku naik kereta sorang-sorang dengar lagu. Jadi, inisiatif lain ialah mendengar lagu mp3 melalui handphone dan sudah tentu dengan menggunakan earphone. Jadi, lagu yang keluar sangatlah berbunyi cantik dan terharu.
Tapi, oleh kerana lagu dalam handphone yang berkuantiti 800 lebih buah lagu kerap aku dengar di tempat lain, masa nak tidur misalnya, jadi, adalah bosan mengulang lagu yang sama di dalam kereta. Untuk pengetahuan, jika memandu seorang diri, adalah sukar untuk aku tidak menyanyi terjerit-jerit. Ini serius. Nak-nak lagu Jamal Abdillah. Dahlah suara kami ibarat pinang dibelah dua. Atau kata lain, suara kami seperti pelanduk dua serupa. Okay, lupakan.
Jadi, pada satu petang, aku tergerak untuk mendengar lagu di cd player semasa memandu ke Puchong untuk urusan shopping. Aku memandu memasuki lebuhraya LDP dan melalui tol berbayar RM1.60. Semasa kereta aku beratur panjang, tiba-tiba cd player mengeluarkan lagu Jamal Abdillah melalui stesen radio yang tak hot. Lagu itu bertajuk Tangis Tak Berairmata.
Oleh kerana lagu tersebut termasuk dalam list lagu karaoke, aku pun secara spontan terus menyanyikan lagu dengan muka-muka sekali. Kuat juga aku tarik yang part intro lagu tu. Sekali lagi aku tekankan di sini, kereta sedang beratur nak bayar tol.
Tanpa aku sedari, sebelah kanan aku ialah tukang kutip tol berbentuk makwe. Dan dia menghulur tangan menunggu aku membayar tol RM1.60. Sambil tersenyum. Lesung pipit dia memang buat aku rasa nak menamatkan zaman bujang.
" Sedap suara, bang~ " kata makwe tol lembut.
Tiba-tiba aku rasa malu. Aku bayar RM2.00.
" Keep the change, " kataku penuh karisma.
Aku pecut kereta dengan muka setebal kamus dewan.
Aku cari-cari button 'Like' dalam kereta, tak jumpa.

Nak ku nangis,
tak berairmata,
Nak ku rayu,
pada siapa...
Tanpa aku sedari, sebelah kanan aku ialah tukang kutip tol berbentuk makwe. Dan dia menghulur tangan menunggu aku membayar tol RM1.60. Sambil tersenyum. Lesung pipit dia memang buat aku rasa nak menamatkan zaman bujang.
" Sedap suara, bang~ " kata makwe tol lembut.
Tiba-tiba aku rasa malu. Aku bayar RM2.00.
" Keep the change, " kataku penuh karisma.
Aku pecut kereta dengan muka setebal kamus dewan.
Aku cari-cari button 'Like' dalam kereta, tak jumpa.
7 comments:
hhahaha taw pon maluu.. terjerit2 lagi..hehe
hahahaha ;p
hani: alah...nak malu amenda kalau dah minat...
syak: hahaha...takde motif...hani, tolong pujuk syak jgn gelak lebih2...nnti batal puasa...
gatal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Rasanya tau siapa yg jeles 2..hehe.jeles tanda sayang org tua2 ckp..
masa bila lu letak button like dlm kete?
kene pegi kedai aksesori brothers la dulu...
Post a Comment