Aku belek-belek balik entry-entry sebelum ni, baru aku perasan, yang aku belum habiskan cerita Kami The Series yang mendapat sambutan hangat di kalangan pekerja Myanmar di rumah kongsi area Putrajaya ni. Aku tau, cerita tu bukan best mana pun. Iklan je gebang macam filem Dr Rozmey. Isi macam gampang.
Kalau diizinkan, aku mahu habiskan cerita Kami The Series ni malam ni jugak. Itu pun jika tiada panggilan mengejut daripada Megan Fox mengajak aku keluar berpeleseran seperti budak-budak muda zaman sekarang.
***
Petang tadi, aku bosan. Jadi, aku ambil sekeping kertas bersaiz buku latihan sekolah, dan membuat origami berupa sebuah jet pejuang Batman yang pernah aku reka masa darjah 4 sehingga menjadi fenomena luarbiasa di sekolah. Oleh kerana tahap IQ aku di kelas masa itu adalah antara paling tinggi, walaupun tidak berapa bijak dalam pembelajaran formal, pembuatan origami jet Batman ini menimbulkan suasana kurang selesa kepada cikgu yang mengajar kerana hilangnya tumpuan belajar di kalangan murid-murid di papan hitam. Lepas tu sampah bersepah-sepah.
Kembali ke buat origami. Selesai saja buat origami, adalah menjadi kewajipan aku untuk mencorakkan menggunakan pen. Dah lama skil ini tidak dipraktis. Jadi, aku agak blur nak lukis corak apa.
Jadi, jari jemari aku melukis satu corak spontan.
Gambar hati.
Apakah maksudnya?
Kenapa dalam jet pejuang Batman pun aku nak lukis hati? Aku dah jauh.
Cepat-cepat aku komot-komotkan origami tu. Koyak-koyak. Jangan kantoi dekat kawan. Buang dalam bakul sampah paling dalam.
Lega.
Monday, May 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sANI2...da angau da nii
hehehe...diam suda..
Post a Comment