Saturday, May 1, 2010

Rahasia besar sejak aku darjah 2

Sampai satu masa, pasti orang yang tak sepatut tahu akan tahu juga rahsia besar yang kita simpan. Bergantung kepada masa dan tempoh sahaja. Jadi, sebelum aku malu besar jika aku sudah berusia 50 tahun kelak, baik aku pecahkan rahsia besar yang aku pernah simpan sejak darjah 2 dulu bagi mengelak ia menjadi barah jika aku berumur 50 tahun nanti.

Okay.

Tarik nafas.












Ya Allah. Betul ke apa aku buat ni?















Tolong berikan aku kekuatan.




















Oh, lupa nak hembus nafas. Hembus nafas dulu...Fuh~
















Rahsianya adalah.





















Aku bercita-cita mahu jadi pramugari.



Pramugari untuk WANITA saja ye dik. Mana aku tahu kata lawan untuk pramugari adalah pramugara masa darjah 2 dulu. Habis satu kelas gelakkan aku. Nasib baik aku tak ingat nama cikgu kelas aku masa tu. Kalau tidak, memang aku cari sampai dapat.

Okay, sejak keluar dekat Harian Metro cerita Pramugara Terlampau dulu, memang aku buang niat keji tersebut. Lagipun, ketinggian aku hanya setinggi dada Megan Fox saja. Okay. Korang mesti tertanya-tanya kan, aku pernah jumpa Megan Fox ke?

Jawapan aku adalah, tak pernah.

4 comments:

Anonymous said...

keh3...pramugari tuuu...pecah pewot aku gelakkn ko...

en.sani said...

tolong jangan gelak bagi mengelakkan aku delete ini post....

Anonymous said...

Memang layak pun kau jadi paramugari sani oiiiii...aku tengok ada bakat dan style

en.sani said...

eh...mane ade...tak seswai taw nyah~ i keras ok~