Kadang-kadang lelaki tak tahu dia telah menyakiti hati perempuan, begitu juga perempuan, kadang-kadang tak sedar dah sakiti hati lelaki. Ini bukan isu suka menyakiti atau tak. Hati lelaki berbeza dengan hati perempuan... Jadi, perbezaan itulah yg menjadi konflik. Jika ada satu lagi gender yang lain dari lelaki dan perempuan di dunia ini pun, tuhan pasti takdirkan semuanya berbeza. Persoalannya ialah, mampukah kita menjadikan perbezaan itu tiket untuk keserasian antara satu sama lain? Kita tunggu selepas pesanan penaja...
Peh, aku jawab serupa haram...
Thursday, September 30, 2010
Soalan : knp lelaki suke sakitkn hati pempuan?
Wednesday, September 29, 2010
Berbahasa-basi dengan Shah
Treett...
SMS masuk. Aku belek handset.
Dari Shah.
Aku bukak inbox.
" Wei, musibatul...buek apo? Sonyap yo... "
Aku balas ringkas dan padu,
" Tongah berjimak! "
Celaka. Jenis SMS tak bagi salam terus maki-maki.
Den turun Pilah sok, semang den upah oghang asli Kampung Batu tu buek joghat lontik kek dopan ghumah kau, Shah. Nasib la.

Majid Driving School - Menonton bola
Petang itu, Majid tiada buat apa-apa. Langit pukul 5 petang memang suam-suam kuku nak menurun suhu. Jadi, Majid dapat satu idea yang sangat kampung iaitu bersiar-siar di taman bunga.
Oleh kerana taman bunga hanyalah tak sampai satu marhalah dari rumah Majid, maka jalan kaki adalah lebih menjimatkan.
Semasa berjalan ke taman bunga, Majid melalui satu padang bola yang berwarna oren. Maksudnya, padang itu tiada rumput hijau, hanya tanah. Majid menggeleng kepala mengenangkan masa depan bola sepak Malaysia.
Tiba-tiba, Majid membatalkan hasrat ke taman bunga dan membuat keputusan untuk menonton perlawanan bola yang dimainkan oleh anak-anak kampung tersebut. Nampak interesting juga, fikir Majid. Ada dua tiga orang juga budak-budak itu yang Majid kenal.
Penonton di tepi padang ada lebih kurang lima belas. Dan Majid paling lain daripada yang lain kerana botak tengah.
Hiruk-pikuk budak-budak di tengah padang.
" Main macam lahanat laaa!!! "
" Weii, kau naik laa..."
" Lari la laju sikit, cibaiii! "
" Yang kau naik ramai-ramai ni apahal??!! "
" Sini...sini..bola!!! "
Itu antara dialog budak-budak main bola yang mengisi halwa telinga.
Tiba-tiba, bola yang sebiji itu ditendang keluar. Bola menuju ke arah Majid.
Majid menahan menggunakan kepala lutut. Seorang pemain nampak berlari ke arah Majid untuk membuat lontaran ke dalam. Budak itu Majid kenal sangat. Rahim, anak ketua kampung.
" Weii, push up...push up...push up laaa!!! " jerit Rahim nak keluar anak tekak ke rakan sepasukan.
" Push up!!! " jerit Rahim memberi arahan supaya rakan-rakannya naik.
Tiba-tiba,
" Woi, Rahim! " jerit Majid yang berada di belakang Rahim.
Rahim menoleh. " Ye pakcik. "
" Kau tau tak push up tu apa? " kata Majid.
Rahim hanya diam merenung mata Majid.
" Push up tu sejenis coli, " kata Majid tegas.

Spoon
Bila aku masuk opis, Zeck sedang duduk depan komputer. Aku kurang yakin dia melihat apa. Dari luar opis, mulutnya kelihatan kumat-kamit.
Rupa-rupanya, Zeck sedang dengar lagu Spoon, Memori Sekuntum Rindu. Mulut yang kumat-kamit menandakan Zeck sama-sama sing along lagu tersebut. Dia tetap menyanyikan lagu tersebut tanpa memperdulikan kehadiran aku ke opis.
Dan aku termenung jauh lepas itu memandang ke luar tingkap. Tembus.
" Kalaulah Along Spoon masih hidup, pasti dia akan mati semula jika mendengar Zeck menyanyi lagu itu..." kataku dalam hati.
Rujuk sini.

Mengapa aku dipersalahkan,
mengapa tidak oh dirimu kekasihku...ohh...
Dulu bercinta berjanji sumpah setia,
mengapa kini kau dustai...
" Kalaulah Along Spoon masih hidup, pasti dia akan mati semula jika mendengar Zeck menyanyi lagu itu..." kataku dalam hati.
Rujuk sini.
Tuesday, September 28, 2010
Pengalaman seram aku hari ini
Celaka. Tadi dalam pukul 5 pagi aku dengan Zek nampak hantu. Dekat MMU. Serius. Tak percaya tanya Zek.
Rujuk sini.
Nak cerita lebih lanjut, tunggu aku nak sembahyang sunat istikharah dulu.

Tumbuk
Serius sekarang aku langsung takde mood untuk menulis apa-apa ke blog. Kecualikan update ini.
Perasaan cepat marah, dan orang sekeliling tak puas hati ke aku memang dah lama aku perasan. Serius aku rasa nak tumbuk orang sekarang ni.
Aku cuba bersabar.
Sebab aku dah dewasa. Tumbuk-tumbuk orang ni masa last form 2 aku tinggalkan. Sebab bila aku tumbuk orang, mesti mulut dia pecah.
Aku cuba bersabar.
Lagipun orang yang aku rasa tak puas hati ni dah tua. Tapi perangai memang annoying gile.

Duit ni kadang-kadang ada bau
Siang tadi hujan. Jadi, nak ke mana-mana perlulah menggunakan kereta. Lupakan sekejap hal minyak. Sebab dah gaji masuk hari ni. Jangan la nak bising-bising.
Jadi, sebelum keluar dari rumah, bersiap bagai permaisuri untuk ke pekan Seri Kembangan. Sembur minyak wangi bagai nak pergi berpeleseran di disko. Rambut letak gel banyak-banyak bagi nampak pacak. Tak pacak pun sebab rambut tu dah degil. Celaka.
Luar hujan lebat. Capai beg. Kunci kereta. Kunci rumah. Sarung kasut Converse. Dan menapak keluar rumah.
Buka pintu depan.
Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati bila dah buka pintu.
Auntie cleaner ni buat-buat rajin pulak menyapu depan rumah aku.
Melayang jugak RM3.

Sunday, September 26, 2010
Azam hari lahir
Sempena hari lahir yang ke-24, aku berazam untuk :
a) Bawak kereta/motor/lori/ beskal/kereta kebal dengan slow
b) Mengurat makwe di facebook(blog pun boleh juga, sila amik perhatian)
c) Berjimat cermat khususnya soal makan. Kedai mamak cas lebih, memang aku terbalikkan meja
d) Banyakkan amalan akhirat yang selama ini kerap sangat ditinggalkan
e) Kurangkan minum Pepsi. A&W Root Beer akan dipertimbangkan.(tak minat Coke, so tak payah pun takpe)
f) Kurangkan bercakap benda-benda yang bidaah dan tak masuk akal, mahu bergurau dengan petir misalnya.
g) Mahu lupakan kenangan pahit seperti putus cinta, terserempak Asmawi Ani, digigit Lisa Surihani dan sebagainya.
h) Mula kumpul duit untuk kahwin. Kalau dapat makwe anak jutawan, boleh lupakan hasrat tersebut
i) Perbanyakkan makan sayur-sayuran seperti kobis, taugeh, sawi, bayam, asparagus, capsicum dan rumput karpet
j) Mendaftarkan nama kereta aku sebagai 'Rebecca' (baru semalam aku dapat tau jantina kereta aku)
Okay. Sekarang aku rasa tak sihat area-area kepala. Layan ayam kentaki molek juga ni.

25 September
Pukul 12 tengah malam. Orang pertama yang terkejut bahawa 25 September adalah hari bersejarah adalah Rizal dan Kak Nor. Tiba-tiba dia nyanyi lagu hari jadi dekat aku masa basuh kereta(Sob...sob...sob...). Yang dah sedia tahu hari itu hari bersejarah adalah seorang makwe yang first sekali telefon dan ucap selamat dengan suara paling manja beliau. Sumpah aku kena buat suara manja jugak.
Kemudian barulah yang lain-lainnya ucap selamat. Sampai bawak ke 4 pagi baru aku lelap sebab bunyi SMS handset aku bunyi orang berperang.
Dan siangnya, ramai juga yang hantar SMS ucap selamat khususnya kawan-kawan facebook. Kalau takde facebook, jangan harap la nak tau.
Okay, kepada sesiapa yang bagi ucapan selamat kepada aku semalam, aku pun nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. Cuma ucap selamat tu tak boleh ganti dengan hadiah je. Kalau tidak, memang kaya aku sekejap.
Moga kau orang semua pun akan merasa tua bila hari jadi kau orang menjelang tiba. Dan tinggalkan perangai-perangai gampang yang kau orang suka buat seperti siul anak dara orang, bawak motor laju-laju dan menyanyi lagu Dafi.
Dah 24 tahun. Cakap pun kena 'berisi' sikit.
Okay, out dulu. Sedap pulak lagu Justin Bieber ni.

Friday, September 24, 2010
Smartcard dan makwe
" Abang, saya nak buat smartcard..."
Kata seorang makwe yang muka cun boleh tahan. Pakai seksi. Seluar lengging dengan baju ketat nampak lurah. Bibir merah delima merekah. Mekap macam orang filem. Macam Wan Maimunah pun ada.
Aku search dalam sistem berpandukan nombor ID makwe tersebut.
Noratikah bla...bla...bla...bla...
Pasir Mas, Kelantan.
" Mung dari Kelate ko? " kata aku mengubah loghat bagi sesuai dengan keadaan.
" Aha. Napo, abe pung samo ko? " jawabnya.
" Aha, samo la..."
" Kelate hok mano? "
" Batey Berjuntey! " jawab aku tahan air mata.
***
" Ada gambar passport softcopy? " kata aku ke makwe tersebut.
" Ada. "
" Waktang sini..." kata aku.
Peh. Time nak buat ID, gambar nak berpurdah semacam. Takut kena beduk dengan bapak le tu.

Thursday, September 23, 2010
Masalah online
Sebenarnya komputer dekat rumah dah betul-betul rosak. Jadi, sebarang hal berkaitan online aku serahkan kepada opis dan telepon bimbit aku. Kalau masalah ke dua-dua punca online itu, maka, bermasalah jugalah aktiviti online aku. Faham bukan?
Untung betul makwe-makwe yang ada nombor telefon aku sekarang. Ha. Baru kau orang rasa.
Ah, lagi satu hal, kepada Hani, ni siapa yang mengajar assignment budak-budak UIA translate cerita dari Bahasa Melayu ke loghat Negeri Sembilan ni? Kos apa dia ambik? Batu Kikir jombatan bosi, gulai udang sebelango habih terkirap?

Boring
Semalam aku pergi rumah Rizal oleh kerana rasa boring membelenggu diri. Cewahh...
Orang rumah Rizal buat Milo. Kuih raya ada lagi beberapa balang. Rizal pulak gatal tangan bukak karaoke.
Jadi, aku pun karaoke lagu Jamal Abdillah sambil minum milo dan sental almond london sampai menyembur-nyembur.
Eddie Hamid pun pikir dua tiga kali nak buat itu macam.

Wednesday, September 22, 2010
Terlarangkah ini?
Adakalanya, yang benar itu dia. Yang salah itu kita. Yang ingin diubah tak mungkin akan berubah kerana memang disitulah tempat ia berada. - Ihsan si dia
***
Dia : Awak.
Aku : Ye saya.
Dia : Takde ape-ape la.
Aku : Kenapa, cakap la.
Dia : Ermmm... Saya sayang awak.
***
Aku kena la berlakon macam biasa-biasa. Hakikatnya, dalam hati rasa nak menjerit lepas tu baling mercun papan banyak-banyak dengan bunga api. Macam bodoh kan?
Hampir mustahil untuk aku bercinta dengannya. Tapi, oleh kerana cinta itu hadir dengan sendirinya, maka tak perlulah kita persoalkan siapa yang bersalah.
Aku memang pernah dan sedang jatuh cinta dengan kau! Benda ni memang aku segan nak cakap.
*Yang ni bukan pasal Lisa Surihani. Sumpah beb.

Tuesday, September 21, 2010
Pengalaman pahit di usia muda
Kau tengok gigi dia dah macam fender lori tanah. Bercabang tak tentu arah. Macam mata piano dah selang hitam putih. Taik gigi pulak boleh buat baja organik. Memang aku tengok dah tak selera. Macam mana bini dia boleh handle situasi ni? Untuk cium mulut misalnya? Atau nak...fikir sendiri.
Jangan la sesekali kau lepa taruk minuman rata-rata. Memang manjang dia nak pow. Minum kalau pakai cawan takpe, jenis sekali togok pakai mulut. Bertali air liur dia. Tak bagi karang, tak sedap pulak. Cakap belakang.
Ha. Sekarang nak cerita macam mana ni, air handred plas aku dia dah togok pakai molot. Ewww... Dah la handred plas yang botol 1.5 liter tu. Ada lagi tiga suku botol tu, siapa nak abiskan? Kau nak aku kena penyakit saraf di usia muda ke?

Monday, September 20, 2010
Pengalaman aku handle budak-budak datang beraya
TOK...TOK...TOK...
Kacau betul. Nak tengok Epilog Syurga Cinta pun tak senang. Aku deras bangun dari katil dan memakai baju t-shirt lengan panjang di atas sofa supaya tampak lebih muslimin.
Aku bukak pintu rumah. Slow-slow.
Jenguk.
Ada 3-4 orang budak lelaki dalam lingkungan 10-12 tahun berdiri di depan rumah aku dengan muka mintak pelempang. Salah seorang daripadanya aku syak pernah meminta aku mercun bola masa bulan puasa itu hari. Dua orang daripadanya lengkap berbaju melayu sekolah agama sampin hijau. Yang paling tinggi tu, songkok nak senget. Macam gampang.
" Kami datang nak beraya, pakcik..." kata salah seorang yang berbaju melayu.
" Owh, beraya? Kau anak siapa? " jawab aku dengan sedikit kekerasan.
" Husin, " jawabnya tanpa gerun.
" Kau orang dah buat dua kesalahan dekat sini, kau orang tau? " kata aku sambil kerut kening.
" Ha? Kesalahan apa pakcik? " kata budak tersebut.
Dua daripada budak itu dah berbisik sesama sendiri. Yang budak paling tinggi tu dah berpeluh dahi. Bibir dah putih. Ini kalau aku sergah memang malam karang dia mengigau. Jadi, bagi mengelak dari mak budak tu susah bangun malam, aku sedikit slow.
" Kesalahan pertama, ini rumah bujang. Perabot takde. Kuih raya apatah lagi. Kau orang nak makan batang mop? " kata aku.
Mereka mengangguk faham. Budak yang paling tinggi dah mula bisik kat kawan-kawan supaya mengambil langkah bijak dengan beredar.
" Kesalahan kedua, dan paling berat. Yang korang panggil aku pakcik apahal? " kataku lagi.
***
Aku korek tabung yang diperbuat daripada botol Listerine, dan bagi sorang 50 sen. Itu pun masa beredar nak cakap bisik-bisik. Mengumpat la tu!

Sunday, September 19, 2010
Boipren, boipren jugak. Kaki aku tak kenal boipren kacak ke tak kacak...nak merasa, try la sekali buat aku angin...
Semalam nyaris-nyaris aku nak balik Tampin sebab dapat tau adik perempuan aku tak balik rumah. Memang kalau betul berita tu, malam tadi jugak aku balik.
Jadi, aku telefon makcik yang sekarang ada dekat Tampin.
" Dia dah balik dah, ibu carik dia pukul 1 pagi, merajuk ngan boipren dekat A'Famosa Resort..." kata makcik.
Okay. Sekarang aku dah mula menyampah dekat mamat nama 'boipren' tu. Suruh kawin taknak. Tangguh. Tak cukup duit konon. Kereta baru melingkar tu boleh beli? Bukan aku tak bagi kawin. Dari usung anak dara orang kulu-kilir. Kalau dapat, memang aku jek sekali perut dia kasi hilang selera makan.
Tangan aku kalau baru lepas balik dari bercuti ni memang ringan je. Silap sikit memang batang paip melekat tengah belakang.
Malam tadi aku dah siap dah SMS ke adik lelaki aku berbunyi,
" Jom belasah boipren..."

Saturday, September 18, 2010
Amarah raya
Aku masuk je kerja selepas bercuti panjang hari raya aidilfitri semalam, mood kerja takde lagi. Jadi, bila diajak berborak benda-benda kerja pun boleh mendatangkan amarah dan ringan saja kaki nak buat paranawei.
Jadi, hari pertama kerja, aku hanya duduk opis dan pandang ke tingkap. Sesekali ada juga aku lepak dekat luar sambil mata menghala ke kolam renang yang berada di bawah bukit. Opis aku atas bukit. Bukan satu masalah besar nak tengok makwe Iran pakai bikini. *Dush!*
Sehinggalah seorang mamat bernama Zali datang naik motor lalu depan aku sambil menjerit,
" Hey, playboy, dah balik dari cuti ke? " dengan nada yang boleh mendatangkan gema bukit.
Aku capai batu jalan sebesar penumbuk, aku baling ke Zali dengan padu.
KLETINGGG....
Nasib baik kena rim motor je, kalau tak memang Hospital Serdang la balasannya.
Muka aku macam playboy ke? Kalau playboy, kenapa takde makwe? Hah? Jawab!

Friday, September 17, 2010
Ucapan raya paling abselutli gampang
Banyak-banyak SMS raya, ada satu insan yang hantar SMS raya paling aku segan nak baca. Dahlah makwe yang hantar plak tu.
" Selamat Hari Raya Sani! Sependa raya dah beli belum? "
Woi. Hormat sikit la kat mak aku. Aku tengah drive bawak mak aku, suruh mak aku baca SMS kuat-kuat.
" Biasa la mak, kat KL kalau beraya, sependa ni dah jadi wajib macam ketupat rendang! " jawab aku ke mak penuh wawasan.

Kembali makan gaji
Okay. Testing...
Testing...
Testing one two three...
Peh. Lama cuti tak usik komputer, dia punya kekok lain macam.
Puas jugak aku cari butang 'Shift' nak tukar huruf besar. Keh keh keh.

Wednesday, September 8, 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri ke-24!
Telah terluka seribu hati, baru kau sedar kau berhutang maaf,
Telah terpajak seribu perasaan, baru kau sedar kau berhutang sayang,
Buat apa minta maaf?
Tunggu saja bila raya...
***
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari aku sendiri. Mohon ampun jika terkasar bahasa kepada semua pembaca . b l o g . e n . s a n i . samada anda pembaca tegar, pengikut setia, pembaca senyap-senyap, pembaca invisible, anonymous, adik-adik angkat, ex girlfriend, pakcik jual burger, makcik cleaner, tukang kebun sekolah, pegawai JPJ dan semua yang pernah mengenali aku.
Maaf zahir dan batin jika sepanjang penulisan aku ada menyebut secara sengaja atau tak sengaja nama kau orang atau individu yang kau orang minat, Tomok misalnya, ini hanya sekadar penulisan naif dari aku tanpa sebarang unsur-unsur paksaan dari mana-mana pihak ketiga.
Esok aku balik kampung. Baik kau orang jangan datang beraya rumah aku, sebab rumah aku ada bela unikorn. Unikorn itu sungguh garang dan makan Whiskas.

Tuesday, September 7, 2010
Pengalaman aku dengan makwe tol
Oleh kerana cd player dalam kereta aku bersikap hina dengan bunyi yang tidak menyenangkan telinga akibat speaker jahanam, jarang sangat aku naik kereta sorang-sorang dengar lagu. Jadi, inisiatif lain ialah mendengar lagu mp3 melalui handphone dan sudah tentu dengan menggunakan earphone. Jadi, lagu yang keluar sangatlah berbunyi cantik dan terharu.
Tapi, oleh kerana lagu dalam handphone yang berkuantiti 800 lebih buah lagu kerap aku dengar di tempat lain, masa nak tidur misalnya, jadi, adalah bosan mengulang lagu yang sama di dalam kereta. Untuk pengetahuan, jika memandu seorang diri, adalah sukar untuk aku tidak menyanyi terjerit-jerit. Ini serius. Nak-nak lagu Jamal Abdillah. Dahlah suara kami ibarat pinang dibelah dua. Atau kata lain, suara kami seperti pelanduk dua serupa. Okay, lupakan.
Jadi, pada satu petang, aku tergerak untuk mendengar lagu di cd player semasa memandu ke Puchong untuk urusan shopping. Aku memandu memasuki lebuhraya LDP dan melalui tol berbayar RM1.60. Semasa kereta aku beratur panjang, tiba-tiba cd player mengeluarkan lagu Jamal Abdillah melalui stesen radio yang tak hot. Lagu itu bertajuk Tangis Tak Berairmata.
Oleh kerana lagu tersebut termasuk dalam list lagu karaoke, aku pun secara spontan terus menyanyikan lagu dengan muka-muka sekali. Kuat juga aku tarik yang part intro lagu tu. Sekali lagi aku tekankan di sini, kereta sedang beratur nak bayar tol.
Tanpa aku sedari, sebelah kanan aku ialah tukang kutip tol berbentuk makwe. Dan dia menghulur tangan menunggu aku membayar tol RM1.60. Sambil tersenyum. Lesung pipit dia memang buat aku rasa nak menamatkan zaman bujang.
" Sedap suara, bang~ " kata makwe tol lembut.
Tiba-tiba aku rasa malu. Aku bayar RM2.00.
" Keep the change, " kataku penuh karisma.
Aku pecut kereta dengan muka setebal kamus dewan.
Aku cari-cari button 'Like' dalam kereta, tak jumpa.

Nak ku nangis,
tak berairmata,
Nak ku rayu,
pada siapa...
Tanpa aku sedari, sebelah kanan aku ialah tukang kutip tol berbentuk makwe. Dan dia menghulur tangan menunggu aku membayar tol RM1.60. Sambil tersenyum. Lesung pipit dia memang buat aku rasa nak menamatkan zaman bujang.
" Sedap suara, bang~ " kata makwe tol lembut.
Tiba-tiba aku rasa malu. Aku bayar RM2.00.
" Keep the change, " kataku penuh karisma.
Aku pecut kereta dengan muka setebal kamus dewan.
Aku cari-cari button 'Like' dalam kereta, tak jumpa.
Monday, September 6, 2010
Ke pasar ramadan terakhir
Hujung-hujung bulan puasa ni, rasanya lebih molek jika aku ke pasar ramadan dapatkan feel puasa last-last minit. Jadinya, petang tadi aku ke pasar ramadan Dengkil dalam hujan rintik-rintik bersama Rizal selaku tukang pandang slek brader-brader yang bersikap keji dengan menjadikan laluan pasar ramadan yang sesak dengan cara drive-thru naik motor. Ini kalau ekzos terkena kaki aku, memang aku amuk.
Tak banyak yang aku beli. Dan buat pertama kalinya ramadan tahun ini aku beli kuih muih yang tampak lazat beraneka warna dan berdekorasi merepek seperti kuih tepung pelita yang dibungkus elok dengan daun pandan. Tak lupa juga popia goreng yang mempunyai panjang luarbiasa (Wau, panjang ye noks..). Ada juga kuih badak berendam yang tampak mulus dari pandangan mata. Harga semua sekeping 40 sen. Mahal memang mahal. Takpelah. Dah hari-hari terakhir ramadan.
***
Berbuka puasa pun tiba,
Kuih tepung pelita tebal daun dari isi.
Popia goreng panjang luarbiasa, isi hanya taugeh dan sedikit rumput-rumput bagi warna.
Kuih badak berendam, ada yang tepung je lebih. Bila aku gigit nak cari inti kelapa, yang ada cuma tepung. Macam haram!
Akak-akak yang jual kuih tu, kalau tak pergi umrah jugak tahun ni, tak tau la aku.

Resipi raya
Kalau nak merasa rendang memerang dengan kulit rambai datanglah beraya ke rumah aku di Tampin. Dengar cakap-cakap sedara-mara aku, begitulah resipinya pagi raya pertama sebelum kami sekeluarga masuk hutan menjerat pelandok untuk prepare rendang raya hari kedua.
Saturday, September 4, 2010
Nak keluau amende kalau hujan kasau-kasau dia turun, lahabau~
Aku dalam opis, tengah baca suratkhabar, Zeck masuk.
Baju Zeck sikit basah. Hujan di luar.
" Zeck, lebat ke hujan? " soal aku.
" Takde le lebat nau. Tapi kasau-kasau le die turun..." jawab Zeck sambil kibas-kibas baju.
Peh, memang klasik.
Jam-jam tu aku terbayang aku naik River Cruise Sungai Melaka lalu depan bangunan kaler merah.
***
Hujan pulak hari ni. Nak balik rumah pun tak boleh. Zeck pun ada sebelah aku.
" Zeck, payung kat opis ni ada kan? " kata aku.
" Ade, tapi cube kau tengok sendiri payung tu, aku pun tak selera..." jawab Zeck.
" Kenapa? "
" Kau bau payung tu, bau kucing beghanak..."
Aku pelik betul dengan Zeck ni. Banyak pulak masa dia pergi cium kucing beranak. Benda-benda tak senonoh tu, rajin je dia buat.

Ucapan mohor besar hari raya
Aku tengok, sekarang tengah trend budak-budak UiTM, UIA, UKM, UPM, Universiti Kuala Lumpur, Kolej Risda, Universiti Nurhaliza, Universiti Harun Salim Bachik dan yang sama waktu dengannya balik ke kampung halaman masing-masing. Nak sambut raya la katakan. Terutama yang budak-budak baru first semester. Dia punya excited nak balik kampung macam baru menang motor peraduan Power Root.
Raya lagi seminggu. Aku ucapkan kepada budak-budak khususnya makwe-makwe yang sudah mula pulang berhari raya tak kiralah yang naik bas, keretapi tanahliat melayu, kakak jemput, pakwe jemput, naik motosikal, naik kapalterbang, naik proton saga, awan guling, atau pulang bersama hantu saka, pulanglah berhati-hati. Kerana Ops Sikap tak mengenal erti anda anak polis, anak JPJ, anak ketua kampung, anak DO, anak bekas skinhead Terminal One, anak Mbok Miah dan sebagainya.
Selamat berhari raya. Selamat menonton filem-filem Razak Mohaideen dan rancangan Glee. Pulang awal bermakna, kena kemas rumah. Lupakan la nak rilek-rilek lurus badan baring atas sofa sambil kipas speed 5 tala ke muka. Kuih raya tak siap lagi tu cik kak. Mak kat dapur buat kuih sepit tu takkan tak tolong? Langsir kat rumah tu siapa nak masuk dia punya pencangkuk? Ha, jawab.
Aku pulak kalau balik awal-awal kang, dah tentu kena siap-siap masuk hutan pergi cari kerbau nak buat rendang. Jadi, aku ambil langkah bijak dengan balik kampung pada sehari sebelum raya. Rancanglah cuti dengan bijak.
Oleh kerana komputer aku dah rosak, nak online pun kena pergi opis dulu, jadi, tak sempatlah aku editkan kad raya untuk kau orang. Jadi, bagi ambik semangat raya ni, walaupun takde kad raya dan apa ke bala semua tu, izinkan saya melontarkan serangkap dua pantun versi raya ditujukan khas untuk kau orang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari En.sani dan Lisa Surihani! Wuuuuu.......

Jika tuan ke bazar ramadan,Ah, takde bakat sungguh berpantun.
Bangla di tembok dihina jangan,
Jika ikutkan hati bangla,
tulang rusuk tuan dikarate sudah...
Gunung Daik bercabang tiga,
Highway Karak sesak sampai ke sudah,
Jika tuan bersikap baik,
Ops Sikap juga bersikap baik...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari En.sani dan Lisa Surihani! Wuuuuu.......
Hari raya milennium
Aidilfitri 2009
" Okay budak-budak, kau orang nak makan kuih ke, nak duit raya je?" kata aku.
" Erm, nak makan sate! " jawab budak lelaki paling pendek. Hingus berlecak lagi kat hidung.
" Erm, celah mana sate? " kata aku.
" Celah bedah! "
Nak lempang karang, takde pertalian darah.
Budak-budak sekarang dia punya fikiran lain macam sikit. Celik bangun pagi, tengok astro. Tidur pukul 2 pagi. Aku masa umur-umur dia orang, tengah rancak main tanah lagi. Kena sergah dek lipas sikit, dah demam panas, kencing malam.

Friday, September 3, 2010
Nak-nak 24 tahun ni, berani dia lain macam
Aku baru lepas keluar opis bos. Aku baru lepas melawan cakap bos dengan gaya cekak pinggang. Orang-orang macam ni kena lawan sikit, baru dia menggelabah. Kau ingat suara aku tak besar jugak ke? Perangai dah la macam tamil.
Yes, ketar jugak lutut orang tua tu aku cekak pinggang pandang senget-senget. Terus dia sokong untuk aku naik gaji. Amacam? Budak-budak umur 24 kau ingat boleh makan senang-senang? Ini darah Gianfranco Zola la. Menyerah sekali tidak!
*p/s : Kepada makwe-makwe yang tak kenal Gianfranco Zola, google je la. Manja sangat ni apahal? Aku marah ni tanda sayang. Keh keh keh...

Wednesday, September 1, 2010
Angan-angan raya saya
Esok nak shopping. Nak turun Melaka buat ke 3 kalinya dalam minggu ni saja. Peh. Dah ada kereta, rata kau jalan ye Sani?
Berikut adalah senarai angan-angan aku menjelang hari raya nanti :
1) Seluar jeans Lee / Levi's
2) Kasut Nike apa gampang nama entah, dah lupa
3) Baju melayu warna hijau lembut bertatahkan batu nilam yang bertindak sebagai butang
4) Sependa raya
5) Sandal Dr Cardin untuk pakai beraya rumah kawan yang dalam sawah
6) Laptop VAIO warna hijau
7) Mitsubishi Lancer GT2.0 kaler putih
8) Sepasang memerang buat penyambut tetamu rumah terbuka
9) Empat ekor antelop untuk perhiasan bucu rumah
Orang kata, kalau time-time takde duit ni, berangan memang sedap. Dah banyak duit besok, kabur la mata kau. Semua pandang ke joli semata.
Oh ya, esok kalau jumpa aku jalan-jalan area Melaka, janganlah segan-segan nak tegur. Boleh jugak aku pow belanja Baskin Robbin semangkuk dua.
p/s : Babi, kempunan aku nak makan Baskin Robbin kat Mahkota Parade itu hari, duit tinggal RM20, last-last makan aiskrim mekdi. Itu pun mata dah berkaca-kaca tanda terharu...

Majid Driving School - Menjelang Hari Raya
POOOMMMMMM!!!
" Oh mak kau bulldog!!! " latah Majid.
" Celaka punya budak-budak! Mana sajalah dia dapat mercun tu?! Pom sana, pang sini! " jerit Majid lagi tatkala beliau sedang rancak berborak dengan Bilal Seman di hadapan surau.
" Nak buat macam mana, Majid. Lagi dilarang budak-budak ni, lagi nak dimainnya..." balas Bilal Seman pula.
" Tak tahu ke sakit jantung ke kita ni, buatnya padam nyawa jam-jam ni, tak sempat aku nak bertaubat..." sambung Majid lagi.
Majid mata liar pandang ke arah padang yang disinari cahaya bulan tengah. Sayup-sayup je dengar budak-budak ketawa riang sambil membakar mercun.
" Sabar je lah Majid. Kita ni orang surau. Kena banyak bersabar..." kata Bilal Seman.
" Yelah...Ikutkan hati, nak je aku tenyehkan mercun thunder king tu ke mulut budak-budak ni... " kata Majid.
" Tan...tander...apa tu Majid? " soal Bilal Seman ke Majid.
" Thunder king tu nama mercun, Bilal. Tu lah, dulu suruh belajar kimia pergi curi buah pelam!" jawab Majid berang.
" Okay, fine... " Bilal Seman balas.
***
Majid sampai di hadapan rumah setelah habis berjemaah terawih di surau. Bilal Seman mengambil laluan ke rumahnya yang bersebelahan rumah Majid. Majid tidak masuk ke pintu utama rumah, tetapi terus ke stor belakang. Niatnya hanya satu. Ingin membalas dendam ke budak-budak main mercun tadi.
Majid menggeledah stor yang sarat dengan barang-barang berkebun miliknya. Di satu sudut, Majid ternampak satu tin Milo bersaiz 3 kilo. Dalam tin itu bukan Milo. Tapi lebih bertenaga dari Milo. Dalam tv tu orang cakap minum Milo sihat dan kuat. Merepek je semua tu.
" Ha...jumpa pun... " Majid bermonolog sendirian.
Majid membuka penutup tin Milo dengan hujung parang.
Ada karbaid.
***
" Haa...Alhamdulillah, sedar dah pun... " kata Bilal Seman.
Di sebelah Bilal Seman ialah isteri Majid. Dan beberapa jiran terdekat, Long Sepiah, Mahmud Kengkang dan Rahim Alfonso. Majid rasa lemah. Badannya tidak dapat bergerak bebas.
" Itulah bang, macam budak-budak! " kata Marjinah, isteri Majid.
" Dah tau skil main meriam tu dah berkarat, tak payah lah sekali bubuh karbaid dalam batang paip sampai 2 kilo, Majid oi! " kata Bilal Seman.
" Nasib baik abang tercampak tepi parit, buatnya lemas dalam parit tu, tak ke janda saya ni, bang? " kata Marjinah lagi. Kali ini dengan nada keras sikit.
Mata Majid layu tanda akur. Tanda bersalah.
" Mar... " kata Majid ke isterinya.
" Ye "
" Panggil nurse, abang nak makan. Suruh dia suap..." kata Majid.
" Tak padan dengan gongak, badan tiga suku dah berbalut kain putih, nak menggatal lagi? "
DEBIKKK!!!
Bengkok tulang rusuk Majid dikarate Marginah.

Subscribe to:
Posts (Atom)