Tuesday, July 13, 2010

Pengalaman aku menjejak hantu MMU

Malam tadi, aku dan Zek bercerita mengenai pengalaman Zek nampak hantu di sebuah bangunan MMU. Aku pura-pura berani. Aku ajak Zek ke tempat kejadian pada pukul 2 pagi tadi. Berdekatan studio. Menurut Zek, dia nampak perempuan rambut panjang muka cantik jenguk dekat dia beberapa minggu lepas. Seminggu juga Zek demam.

Kami tahu, tempat itu memang horror. Banyak cerita kurang enak dekat bangunan itu. Yang nampak orang tua baju hitam janggut panjang macam Gandalf. Yang nampak toyol main lif. Lif tiba-tiba terbukak takde orang. Perempuan bertaring tanpa lipstick. Yang dengar orang menyanyi lagu Winter Sonata . Yang diganggu unikorn. Ditegur Malek Noor. Disampuk Terminator. Dikacau Misha Omar. Haih. Macam-macam lah.

Aku jalan dulu dengan langkah besar. Dada pun bidang. Pura-pura berlagak berani dengan Zek. Aku tahu, Zek berani. Sambil itu pegang handset di tangan. Slow-slow set nombor telefon rakan-rakan terdekat kalau ada kecemasan. Atau sekurang-kurangnya telefon Rakan Cop.

Sampai satu lorong gelap yang agak sunyi, satu tembok berdekatan tandas,


" Kletang!!! "


Dada aku bagai nak jatuh. Aku menjerit spontan.


***



Kucing itu sungguh nakal. Yang nak mengawan atas tembok tu apahal?


Kenapa handset aku jadi mangsa baling? Jahat betul tangan ni.

Nasib baik Sony Ericcson murah. Kalau yang mahal tadi? Misha Omar nak ganti?

2 comments:

hani said...

seb bek la xmelatah..esh2~..abes kejantanan sani!hahaha

-en.sani- said...

sape ckp melatah ni?sori sket...