Monday, July 12, 2010

Majid Driving School - Ke Tabung Haji

Hari itu Majid dan isterinya turun ke pekan untuk urusan Tabung Haji. Nama saja ada akaun Tabung Haji, tapi jumlah dalam akaun Majid hanya cukup-cukup buat pergi beli ikan cencaru sekilo. Isteri Majid, Marjinah nasib baik ada sifat menyimpan. Tak guna ada laki, tapi takde duit, menurut jiran-jiran sebelah menyebelah rumah yang dengar sendiri melalui mulut Marjinah yang mengutuk suaminya sendiri. Neraka paling dalam ditempatkan nanti, nasihat jiran sebelah rumahnya, Asmira yang tidak miss walau sekalipun sesi mengumpat tak ingat azan Zohor. Petang-petang tengok telenovela.

Masa ambil nombor giliran, Majid melihat nombor di papan nombor. Lambat lagi. Ada la dalam 15 orang punya turn.

" Mar, kau tunggu sini, aku nak keluar, hisap rokok kejap. " kata Majid.

Marjinah hanya mengangguk sambil mata tak putus-putus menonton televisyen yang disediakan pihak Tabung Haji. Memang banyak untung Tabung Haji sekarang, fikir Marjinah sambil melayan drama lakonan Jalaluddin Hassan.


Majid menyalakan rokok Gudang Garamnya sambil bersandar di tiang hadapan Tabung Haji. Sambil kelihatan seorang kutu rayau berjalan terhuyung hayang menuju ke arahnya. Dari pengamatannya, kutu itu berada di bawah pengaruh gam danlop. Macam mana nak masuk syurga, fikir Majid.

Di seberang jalan kelihatan 3 orang anggota polis sedang memerhatikan kutu tersebut dari tadi. Setiap anggota polis tersebut tersisip kemas di pinggang masing-masing sepucuk pistol. Itu kalau dia tembak kutu rayau dari jarak itu, memang senang-senang bersepai otak kutu tu, fikir Majid.

Majid menyedut asap Gudang Garamnya dalam-dalam, dan melepaskan perlahan-lahan macam orang lama.



Tiba-tiba,

" Bang!!! Bang!!! "


Majid menggelupur terkejut. Sangkaannya tadi mungkin betul. Polis tersebut mungkin menembak kutu rayau tersebut. Panik betul Majid. Dia langsung tak menoleh ke kutu tersebut, kerana beliau ada mabuk darah. Sambil itu, Majid mencari tempat sembunyi bagi mengelak peluru sesat. Selang 5 saat kendian, Majid terdengar lagi,


" Bang!!! Bang!!! "


Kali ini lain benar bunyinya. Majid keluar dari tembok persembunyiannya.


Di pintu kaca Tabung Haji, isterinya menjulurkan kepala mencari Majid,


" Bang!!! Cepatlah sikit masuk. Buat apa menyorok belakang tembok tu? Dah sampai turn kita ni! "


Majid lihat kutu rayau tadi sengih-sengih duduk di tangga. Sambil 3 orang polis seberang jalan mengurat makwe lalu lalang.


" Aku kena henti minum air daun ketum ni nampaknya..." fikir Majid sambil buat muka india.

10 comments:

mohd faris bin mohd aladin said...

aku tak benti gelak wey.

-en.sani- said...

ah...tak baik la kau ni...jgn gelak lama2...nnti bawa ke dosa...keh3...

syakila said...

hehe. leh lak cam2. adeh. kelakar la. haha

-en.sani- said...

leh camtu ape cik syakila? hehehe

karibu said...

mcm celaka cerita....hahahaa...adehhh

-en.sani- said...

ni lagi sorang. dah, mainan syaitan tu, g amik wudhuk..

syakila said...

hahaha berangan sampai cam2 sekali. kelakar gile. mcm nk golek2 gelak. haha. tp masih leh cover. hahaha

-en.sani- said...

eh, jgn la sampai golek2...tak manis dipandang jiran..

elunnisa said...

hahaha...bang! kite bc dgn bygkan bunyi pistol tau x.hahha...lawak la..=p

-en.sani- said...

hehe...bang, dah turn kita