Saturday, July 10, 2010

Majid Driving School

Sedang kereta yang dibawa oleh Afendi keluar melalui simpang tiga, Majid yang bertindak sebagai cikgu mengajar memandu berkata.

" Himpit lorong kiri. Ekor mata kena main peranan penting tengok signboard. "

Afendi budak baru tamat SPM mengangguk. Minggu depan, dia ada ujian JPJ. Impiannya untuk memiliki lesen memandu kereta bakal tercapai. Sudah tentu bapanya memberi lesen besar jika mahu keluar naik kereta ke pekan nanti. Sudah terbayang dalam kepala otak Afendi untuk memasang angan-angan menambah sikit aksesori dan meningkatkan kelajuan Toyota Corolla milik bapanya.

Majid lihat Afendi sedari tadi hanya diam. Sepatah Majid cakap, hanya dibalas oleh anggukan Afendi. Bosan pula di hati Majid. Kalau pelajarnya itu seorang makwe, sudah tentu banyak point-point penting Majid ingin bicarakan. Kejadah apa mahu guna ayat bunga-bunga dengan Afendi?

" Okay, kau tengok signboard kawasan sekolah. Had laju 30 km/j. Slow sikit. "

Afendi mengangguk lagi. Afendi memang ada darah gemuruh. Sejak kecil, kalau sedang apa-apa test, memang dia akan gemuruh. Tak kiralah test apa. Malah, sikap suka melatahnya lebih memburukkan keadaan.


Majid ingin menguji Afendi yang nampak agak membosankan itu.

" Ha. Kau terlepas satu signboard tadi..." kata Majid tiba-tiba.

" Ha? Terlepas? Signboard apa? " jawab Afendi terketar-ketar.

" Signboard Tanah Perkuburan Kg. Gembala! " kata Majid menahan gelak.

" Jadi, saya kena buat apa sekarang ni bang? " kata Afendi makin panik.

" Tadah tangan, sedekah al-fatihah!!! " jawab Majid seraya terhambur gelaknya.


Afendi yang panik, terkejut dengan gelak kuat oleh Majid dalam kereta Kancil itu. Serta merta Afendi melatah dengan menadah tangan seperti orang ingin berdoa.

" Al- fatihah! " kata Afendi spontan.



Dan selekoh depan itu tiada divider. Tapi ada parit.


***


" Afendi, kenapa kau tak cakap kau ada latah? " kata Majid.

Afendi hanya geleng kepala seperti sebelum-sebelum. Sepatah pun tidak keluar dari mulutnya.

" Best jugak makanan dekat sini kan? " kata Majid.

Majid menghabiskan makanan yang terhidang di katil hospital sambil melihat punggung jururawat yang lalu lalang di depannya. Kedua-dua belah kakinya bersimen. Sambil kepala Afendi berbalut sampai ke kening dan tangannya macam antena rumah kongsi. Banyak besi bercabang. Mereka ditempatkan di satu wad yang sama.

Ada manik-manik kaca yang keluar di hujung mata Afendi.

4 comments:

fndrocka said...

haaaa...jangan buat main dgn latah orang...parah jawabnya.kadang2 ke kubur.

-en.sani- said...

keh3....tau2...kalau tak cukup lagi pahala, jgn dibuat2...

karibu said...

ni citer baru ke beb?

-en.sani- said...

aha.sila undi