Friday, December 24, 2010

Jo Qusary, tiap kali aku nak melukis, dia jadi macam ni...

Pagi tadi, aku bangun pagi. Macam gampang ayat mula-mula. Tujuan aku bangun pagi adalah untuk kencing je. Lepas kencing, aku rasa tak puas hati. Jadi, aku rasa nak melukis. Sebelum melukis, aku lihat jam, baru pukul 5 pagi. Aku buka tingkap luas-luas. Dari tingkap, kelihatan beberapa ekor beruang ginzi sedang bersiap-sedia masuk ke hutan untuk mencari rezeki.

Aku sedut udara pagi dalam-dalam. Dua ekor langsuir sempat mengucapkan selamat pagi kepada aku. Aku balas ikhlas.

Aku ambil sketch book aku, dan pencil case berwarna hijau florencent. Dan start melukis atas lantai. Ye, aku lukis atas lantai sebab meja dalam bilik aku dah penuh dengan komputer, tivi, henpon, kabel, cd, megi dan beberapa pangsa sarang semut.

Jadinya, aku lukis la bulatan permulaan untuk mewakili lukisan pertama.


***

Aku sedar jam 9 pagi.

Sekian.



Jo Qusary

8 comments:

Jo Qusary said...

kalo ko makan megi tu siap2 mungkin dpt jimatkan lebih ruang kat meja utk melukis... sekurangnya segiempat dan segitiga sempat juga dilukis pd waktu pagi tersebut...

-en.sani- said...

kahkahkah! perli memerli kan amalan hidup rakyat!

Jo Qusary said...

tapi aku ada sindrom asperger, jadi aku tak tau perli-memerli tu apa dan camne... hm.

-en.sani- said...

takpe2...aku paham..:) sindrom itu sgt cute sebenarnya... aku suke...

Anonymous said...

bulatan macam bulan?? bulan dodoikan lah tu. sampai koi 9 baru tesedar kan. haha!..O

-en.sani- said...

ah...itu semua pelesu!

Anonymous said...

gahahahahahahahaha! jgn cuba dalihkan syg~.. O

-en.sani- said...

malas layan