Monday, December 6, 2010

Soraya, mimpi dan RXZ...

Tadi tak sihat, jadi aku tidur kat rumah dari pagi bawak ke petang. Itu pun terjaga Yus call aku sebab nak pinjam Soraya buat cari duit tepi merempit dengan RXZ indon kat highway baru. Ehsan cakap, motor aku boleh tahan dia punya pikap sekarang. Baru masuk gear 3, nak dibuatnya wheely. Soraya ni dengan orang lain, bukan main ambik hati. Dengan tuan sendiri, dibuatnya mati enjin banyak-banyak kali.

Cerita indonesia petang-petang ni kadang-kadang menyakitkan hati pun ada. Jenis cerita taknak kalah, baca doa ada api-api. Berlawan dengan jin. Berdamping dengan pari-pari. Kadang-kadang kalau iman di dada tak cukup, boleh bawak ke dalam tidur. Celaka.

Tadi, time tidur ada mimpi tak elok. Mimpi basuh baju ni kadang-kadang menyakitkan hati jugak dibuatnya. Dah bangun je tidur, tengok baju kotor belambak dalam bakul. Jatuh jugak rasanya moral.



Orang tak sihat memang cakap merepek-repek.

2 comments:

Pije. said...

aku selalu mimpi masuk toilet nak kencing.
tapi tak boleh sebab toilet sempit lah,kotor sgt lah.
sekali terjaga rupanya perot aku tengah kronik nak kencing.
nasib baiiiiiiiikkk.

makan ubat.

-en.sani- said...

kehkehkeh...org kata, kencing semasa tidur ni mengekalkan keremajaan...