Thursday, December 23, 2010

Tengkujuh, Santa Claus dan stokin

Sekarang ni musim sejuk. Hujan memanjang. Kadang-kadang turun salji dekat Cyberjaya ni. Itu pun kebetulan pukul 3 pagi aku dekat luar,tiba-tiba ada seketul salji jatuh dekat atas kepala aku. Aku pegang salji itu dan ingin menghebahkan kepada warga apartment, tapi memandangkan mereka sedang elok dibuai mimpi indah, aku pendamkan saja. Masa aku nak ambil kamera untuk bukti kukuh salji turun di Cyberjaya, salji itu pun cair. Bermakna, tak dapatlah kau orang bayangkan kebenaran cerita aku tu. Beberapa ekor Santa Claus yang sedang bertenggek di atas pokok pinang juga menunjukkan isyarat 'senyap' sambil membalut hadiah mengejar due date.


Pagi semalam, aku tidur lewat dalam pukul 6 pagi. Jadinya, pagi itu hujan juga. Memang tengah sedap-sedap tidur. Tak kerja pulak tu.

Indah diulit selimut tebal dengan badan dalam posisi janin.



"WAAARGGHHH!!!" tiba-tiba aku menjerit dalam pukul 8 pagi.


Kaki sebelah kanan cramp sebab sejuk melampau.


***


Jadi, malam tadi, sebelum tidur, aku buat warm-up dan lompat bintang. Dan tidur pakai stokin. Celaka, tidur pakai stokin ni sedap rupanya. Macam tengah melanjutkan pelajaran di Kanada dia punya perasaan. Bangun pagi je mata berkaca-kaca teringat keluarga di kampung halaman. Cewah!

7 comments:

nuwuwuda said...

hahahaha...ada-ada je en sani nih...

musya said...

hahahahaha. adeh. lawak la.

Anonymous said...

woh~ tido pakai stukinn. soooooooooooo cute lah! lepas ni amek gambar eh pakai stukin.. O

Jo Qusary said...

gantung satu lagi stokin kat pendiang api supaya Santa Claus boleh tinggalkan hadiah...

-en.sani- said...

nuwuwuda: mesti la ade2...kalo takde2 kang susah plak...

musya:adeh tu tak sesuai utk lawak...adeh tu utk sakit...

anony: ah...sume bende nak...selera mcm kerebo...

jo: dah...dah gantung stokin besar2...supaya hadiah pun besar2...peh,kira ok jugak bilik aku ade pendiang api kan...takpe2,esok nak beli tukul besi, buat satu pendiang api la...

cikzuzu said...

gantung stokin yang baru beli, jangan yang bacin macam bau kau tu, nanti santa claus pengsan tak dapat balik kanada.

-en.sani- said...

u ni,jgn la bagitau bau i kt orang ramai...tau la u dah bau...segan taw~kahkahkah!