Wednesday, March 31, 2010

Kontrak

Masa aku kecik-kecik dulu, perkataan KONTRAK aku ingat berat ke lelaki indonesia bekerja angkat batu bata, bancuh simen, lepas tu buat dinding nak cipta bangunan.

Bila aku dah besar, baru aku tahu, KONTRAK boleh bawak gaduh. Amacam bro? Siapa-siapa nak join? Jangan bawa parang. Bekal maki dalam dada cukup.

Tuesday, March 30, 2010

Siri bercakap dengan takdir

Dengan sedikit sentuhan metafora, aku mahu akhiri hari aku sebelum tidur dengan secangkir soalan untuk kau orang semua hayati dan renungi. Tak kiralah pembaca tetap, tukang komen tetap, yang melabel diri sebagai anonymous, pembaca tegar tanpa label, dan tukang layan senyap-senyap, minta bagi sedikit pendapat dan ayat semangat. Benda serius-serius macam ini kadang-kadang kalau ayat dengan sedikit komedi, orang cakap boleh mengurangkan tekanan dengan jawapan yang bakal diberi.

Tak banyak aku punya ayat. Cuma mahu cakap, kalau esok-esok aku dilantik jadi Batman, perlukah aku teruskan lagi menulis blog ni? Ini hal bukan main-main. Senja tadi aku dah terlanggar seekor kelawar masa naik motor. Sebelum aku lelap mata nak tidur kejap lagi, baik aku tanya ini soalan. Buatnya malam ni jugak aku mimpi kelawar datang dalam mimpi, habislah. Aku bukan pandai sangat nak cakap orang putih sleng Amerika. Buatnya dia tanya apakah ibu negeri Pensylvania, apa aku nak jawab?

-en.sani-



Aku harap aku masih ingat password blog aku bila aku bangun esok pagi.

Monday, March 29, 2010

Siri bercakap dengan anak bos

Setahun lebih juga aku kerja dekat Melaka lepas habis belajar. Paling dikenang, pasti kerja sebagai pelukis sambilan merangkap kerani, merangkap mat despatch, merangkap tukang photostat dan tukang makan nasik. Jawatan memang banyak dan berat. Gaji saja macam celaka. Jual kacang putih pun lagi masyuk.

Bos aku perempuan. Pangkat mak aku juga. Tapi banyak karenah. Anak 5 orang. Anak dia banyak perempuan. Paling besar sekali sekolah dekat Sekolah Perempuan Durian Daun. Nama dia Lala. Selalu juga aku jadi driver ambik Lala balik sekolah. Nasib baik Lala ni lawa. Tingkatan 4 time tu. Kalau anak dia lelaki, pergi mati la aku nak ambil balik sekolah.

Satu hari, semasa aku tengah melukis komik dekat pejabat, bos aku arahkan aku pergi ambil Lala balik sekolah. Aku minta kunci kereta. Tapi, bos aku cakap, pakai motor saja. Kan lebih jimat. Celaka. Kira jimat dia je. Motor pakai motor aku. Aku mintak duit minyak, dia hulur seringgit. Macam bodoh. Buat jatuh air muka aku je dekat awek Petronas isi minyak seringgit.

Aku tak banyak cakap, kalau aku melawan, kena potong gaji pula. Start motor, bawak laju-laju macam KL Menjerit menuju ke Durian Daun. Kalau kau orang bukan orang Melaka, Durian Daun bunyi macam jauh sangat. Tapi, tak jauh. Dari Hang Tuah Mall nak jejak ke Durian Daun naik motor makan 5 minit. Kalau naik sampan 3 minit. Itu pun kalau takde biawak komodo halang laluan dekat area Kampung Morten.

Pukul 2 petang, aku sampai depan sekolah. Depan sekolah perempuan, ramai lah budak perempuan. Muka aku kena buat suci. Mata liar cari Lala. Lala ni tinggi lain macam. Baru 16 tahun, tapi lebih tinggi dari aku. Kulit hitam manis, mata bulat, kulit halus, tapi aku tak pernah pula rasa kulit dia. Sumpah. Memang muka bawak majlis la orang tua-tua cakap.

Dari jauh aku ternampak kelibat Lala. Dia berjalan keluar dari pintu pagar sekolah sambil berbual dengan lima enam orang kawan-kawannya. Lala dari jauh nampak aku. Dia senyum nipis. Sampai saja dekat aku, Lala capai helmet. Slow-slow dia naik dekat belakang aku. Aku tak cakap apa. Sebelum sempat masuk gear 1 nak gerak motor, kawan-kawan Lala yang tadi tiba-tiba memanggil Lala dengan nada separuh menjerit.


" Lala, sugar daddy ke!? "

***

Kurang ajar punya budak-budak. Muka aku macam banyak duit ke? Macam tan sri ke muka aku? Muka artis adalah sikit.

Aku berharap, pihak sekolah mengambil berat dalam mengajar maksud 'sugar daddy'. Helmet aku macam helmet Farid Kamil pun kau orang cakap sugar daddy?

***

" Lala dah makan? " aku memulakan dialog.

" Belum. Kenapa? "

" Jom pergi makan, abang belum makan lagi. " Aku cuba pelawa.

" Erm. Nak balik cepat. " Lala menjawab.

" Ala, kejap je. Bukan lama pun. " aku cuba memujuk.

" Okay. Jom. " Lala beri jawapan yang paling aku harapkan.

Aku senyum nipis.



Kami berdua pandang ke kamera, dan di skrin tiba-tiba keluar ayat,'Jangan keluar dengan lelaki tidak dikenali', pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Kementerian Keluarga, Wanita dan Masyarakat sambil lagu tema oleh Asmawi Ani.

Sunday, March 28, 2010

Mood yang hilang

Tak pernah aku rasa macam ni punya malas untuk menulis. Tak pernah juga aku rasa macam ini punya takde mood. Tak pernah aku rasa macam ini punya kosong otak aku.

Menguap dua tiga kali memang petanda tak bagus. Mesti ada yang tak kena.

Nak kata takde duit, baru semalam gaji masuk. Nak kata penat, baru saja lepas bangun tidur. Belum makan malam? Tengahari tadi pun aku tak makan, tak rasa lapar pun. Perubahan cuaca? Isu pemanasan global memang takde kena mengena dengan hidup aku pun.

***

Treett...Treett...(SMS masuk)

Dari Yusni,

" Sani, pinjam motor hang, aku nak balik rumah jap. "

Aku balas,

" Okay, pakai la. Ambik kunci kat rumah saya ni. "

Yusni SMS lagi,

" Hang cakap nak pergi tengok wayang, tak jadi ka? "

Aku,

" Malas. "


***

Pernah tak aku cakap dekat kau orang, dah tiga hari Tiz Zaqyah telefon aku, aku tak jawab? Aku gugup la brader. Buatnya dia ajak aku candle light dinner nanti, mana aku nak cekau lilin?

Friday, March 26, 2010

Hantu

Aku nak tanya dekat kau orang. Satu soalan yang tak penting. Soalan ni memang tak ada kena mengena dengan aku.

Soalannya berbunyi begini. Kepada penghisap rokok di luar sana, pernahkah anda rasa anda telah diganggu makhluk halus, sebab bila nak nyalakan api rokok, seluk-seluk poket, lighter anda ghaib. Baru sekejap tadi ada, selang 10 minit tak ada. Aku nasihatkan kau orang pergi ambil air sembahyang, dan buat solat sunat dulu. Ini bukan calang-calang punya makhluk.


Okay, sekarang sila kenal pasti lighter kepunyaan anda.







Okay, yang pasti, ini bukan makhluknya. Dia punya ganas lagi tahap juara.








Ini dia. Tengok latar belakang gelap pun dah tahu dia memang horror. Dia punya senyum tu melambangkan dia memang psiko. Oh, kalau kau orang tengok cerita Puaka Niyang Rapik, dia takde berlakon.

Ah. Sudah. Ini apa hal pulak aku rasa seram sejuk pulak ni.


***



Ramani : Sani, pinjam 5 ringgit. Nanti gaji aku bayar...

Aku : Aik, kan ada bisnes sendiri, pun takdak duit ke?

Ramani : Pandai la kau, aku mana ada bisnes...

Aku : La, u bukan ada bisnes lighter ke? Pergi la jual lighter tu, barulah dapat duit...






Gedebikk!!! (Aku kena jek dekat perut)

Thursday, March 25, 2010

Penyelesaian matematik paling 'cikgu-saya-nak-berhenti-sekolah' punya tahap

Kepala aku sedikit pening. Aku perlu menyelesaikan masalah matematik moden ini dengan kadar segera. Sudah lama aku tinggalkan kertas SPM matematik moden. Walaupun keputusan agak cemerlang, A2, tapi, remaja mana yang tak reti matematik moden masa nak jawab SPM memang boleh diketegorikan sebagai tidak boleh fikir logik. Atau bahasa sainsnya, fungsi medula ablongatanya memang beku. Sebeku-bekunya. Aku yang selalu ponteng kelas masa kelas matematik pun boleh dapat keputusan cemerlang. Rahsianya? Kuasai bab pecahan dan sudut. Itu saja. Lain-lain hal nak petua, bagi nombor telefon dekat aku. Nombor telefon kakak pun lagi okay.

Berbalik kepada masalah matematik yang perlu aku selesaikan petang ini, persoalan ini memang betul-betul buat aku buntu. Memang tahap matematik tambahan. Oh ya, matematik tambahan aku masa SPM memang hancur. Aku ikut cakap cikgu matematik tambahan, katanya, 'tulis je formula dekat jawapan, dah dapat markah'. Last-last matematik tambahan aku dapat E. Macam gampang.


Masalah matematik ini memang rumit. Tahap-tahap Alaxender Graham Bell punya perkiraan nak cipta telefon. Aku capai sekeping kertas kosong. Sebatang pen. Otak ligat memikirkan formula apa perlu aku guna untuk menyelesaikan masalah ini. Kalau tak selesai juga, memang parah aku hari ini. Aku pertaruhkan cecair otak aku paling genius di celah-celah lipatan otak itu. Itu sisa-sisa genius aku yang terakhir.

Guna formula sudut. Tak jalan. Guna formula pecahan. Tak jalan. Guna penaakulan mantik. Tak jalan. Penyelesaian masalah secara glokal? Lagi tak jalan. Hampir setengah muka surat aku buat perkiraan. Tiada jawapan yang betul-betul tepat dan aku mahukan. Ini yang aku tak gemar benda-benda subjektif ni.



958065902394823904-230498304893-504958-340590345-93485903485-90485-0940883476534785978234823904902587048750890348503495687608954654616512188803495845902-4092-3409342342131545146546255649898135

Okay, anggap perenggan di atas macam cerita Matrix.





Aku putus asa. Okay. Sekarang, aku buka soalan ini kepada para pembaca. Sila beri penyelesaian secepat mungkin. Aku belanja kau orang sekuntum senyuman yang paling suci pernah aku buat. Okay?








Soalannya berbunyi begini:


Dalam wallet aku ada sekeping not RM1.00. Agak-agak boleh beli apa untuk makan malam?


***

Bro, lu ada nombor telefon Adi Putra tak?

Lipas? Siapa cakap aku takut?

Aku tak takut lipas okey! Aku benci lipas sahaja. Dan aku tak bunuh lipas. Sebab aku adalah ahli seumur hidup World Wildlife Fund dengan yuran RM10 setahun. Tolong percaya. Please...

Tak kena

Aku ON komputer. Buka blog. New Post. Start taip macam biasa. Lebih kurang 2 perenggan. Banyak juga aku tulis. Aku stop. Baca balik dari awal. Ada tak kena. Rasa tak sedap. Tak menarik. Betul orang agama-agama cakap. Tuhan boleh tarik kelebihan kita bila-bila masa. Terus aku rasa kosong. Aku terus delete semua aku tulis tadi.

***

ON pula Facebook. Mereka-mereka buat lawak kepada aku. Aku sengih sikit. Rasa tak sedap juga. Masih kosong. Tuhan nak tarik kegembiraan kita memang sekejap saja. Jadi, aku abaikan dulu Facebook.

***

Aku ON pula Yahoo Messenger. Tak boleh ON. Ni apa cerita? Komputer aku memang mengada-ngada. Malas betul nak Restart komputer. Kalau aku sepak karang, tak manis pula malaikat nampak. Jadi, aku diam sahaja. Abaikan dulu.

***

Aku punya pilihan terakhir. Aku ON game Football Manager. Menguruskan pasukan Sheffield Wednesday dengan tonggak utama Klass Jan Huntelaar dan Sergio Aguero. Kalau ada Azman Adnan, memang aku beli. Carik Shukor Adan lagi la takde. Apa gampang Shukor Adan main Sheffield Wednesday? Game menentang Chelsea. Kalah. Celaka. Aku OFF game. Ada yang tak kena.

***

Aku baring. Golek kiri. Golek kanan. Tak tahu mahu buat apa. Lihat luar. Nak hujan. Nak keluar pula, dalam wallet tinggal RM5. Nak makan kedai mamak tak lepas. Aku capai handphone. Godek inbox. Tangan mahu menulis sesuatu.


" I'm sorry sayang... "

Send to 01663752***


Sekarang menunggu jawapan.


***


Sudah 2 hari. Tiada jawapan.

Wednesday, March 24, 2010

Ditindas golongan telekomunikasi

Treett...Treett...(bunyi SMS masuk)


Dari 019356**** : U tau tak, Nor dating ngan Azim. Tak tau ke Azim tu dah declare ngan I? Deem, tolong i cakap ngan dia...ok?




Ah. Ni apahal petang-petang mesej dari yang tak diketahui siapa asal usulnya ni? Kerap sangat nak buat aku buat dosa kecik ni kenapa? Nasib baik aku baik.





Aku balas.

" Meh nombor telefon Nor, biar I kitai dia cukup-cukup...I pun dah lama tak kitai orang ni."




Treett...Treett...

" Sory, salah nombor. "



Aku balas lagi.


" Eh, I pun salah nombor~ "




***

5 minit kemudian. Aku nak hantar SMS dekat kawan.

" Tolong belikan aku nasik goreng dekat kedai Kelantan..."

Tekan hantar ke 017656****.





Trett! Sending Fail.






Aku check baki kredit.


My mobile number 016996**** last call cost : RM 5.40. Balance : RM 0.01. Reload before : 03/05/2010. Free talktime RM 0.00.



Cimpeng. Ni dekat siapa aku nak marah ni? Dekat operator? Dekat Nor? Dekat Azim? Dekat Deem? Dekat nasik goreng?

Hidup

Bro, orang kata, berkongsi kegembiraan itu ibarat menggandakan kegembiraan sedia ada. Berkongsi kedukaan itu pula ibarat mengurangkan separuh daripada kedukaan sedia ada.

Hidup masih panjang. Duka hari ini tak semestinya berpanjangan selamanya. Gembira hari ini pun tak semestinya berpanjangan selamanya. Hidup ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas. Kadang-kadang kita di bawah. Elemen alam memang memainkan peranan penting untuk kita makhluk di dunia ini. Sekecil zarah menjalankan tugasnya, sudah cukup untuk mengubah hidup seseorang.

Jadi, jangan bangga dengan apa yang kau ada sekarang. Dan, jangan menyesali apa yang kau lalui sekarang. Ianya bakal berubah dengan sekelip mata jika sudah kehendak-Nya.

***

Bro. Kalau aku senang, aku mahu tolong semua. Insyaallah...

Minit mesyuarat

Orang kata, minit mesyuarat adalah segalanya dalam mesyuarat terbabit. Aku kalau mesyuarat memang tangan nak menulis je kerja. Bos cakap jangan tulis pun, tangan aku gatal nak menulis. Dah tabiat. Nak buat macam mana. Mandi lah air bunga 10 jenis ke, air 7 masjid baik, tak jalan jugak. Tulisan kalau cantik tak apa. Macam lanun.

Aku syak mula-mula mesyuarat jabatan kali ini pasti menarik. Dengan tukang komplen, tukang maki, tukang dengar, tukang tepuk meja, tukang back-up belakang, tukang kena hentam semua ada. Aku pulak kategori diam-diam ubi berisi. Kawan-kawan, jangan anggap aku masuk bakul angkat sendiri. Kalau kau orang nak puji diri sendiri, kau orang tulis blog sendiri la. Ini blog aku. Suka hati aku la nak cakap apa. Wan aku cakap, sebusuk-busuk daging, dikosek, dibasuh, lalu dimakan juo... Fuh. Filosophi betul wan aku. Dan, apa kena mengena pepatah tu dengan entry aku ni celaka? Tak de kena mengena langsung.



Pung pang pung pang...


Dua jam lebih juga mesyuarat berlangsung. Banyak juga isi aku tulis pada pagi itu. Mesyuarat nak membangunkan prestasi kerja katanya. Entahlah.

Walaupun sesetengah minit mesyuarat jabatan adalah sulit untuk orang luar tahu, tapi, aku rasa, minit mesyuarat yang aku tulis memang sudah kategori 13PG. Lepas lembaga penapisan. Kalau sedikit lucah tu, aku mintak maaf. Carut-carut memang tak ada dalam minit mesyuarat aku tulis. Cekap bersih amanah aku pegang erat.








Hasilnya.



Siapa-siapa ada ilmu tilik, tak pun ilmu tengok air dalam mangkuk, tahu lah apa hasil mesyuarat kami pagi itu. Encik Nordin. Sila komen.

Tuesday, March 23, 2010

Rindu...
Lama ianya menyepi...sepi
Tersimpan rapi penuh misteri
Kini,
Rasa itu kembali
Lontaran diri terfana sendiri.

Tertanya-tanya...apakah bicara
Apakah ertinya rasa hati nurani
Tersingkapkah rahsia diri abadi
Lantaran rindu bertandang lagi.

Rasa...perasaan ini
Membuatkan istana diri bergegar sepi...
Tanpa sempadan...tiada noktah
Bilakah akhirnya nanti...

Hati berbicara...
Berbisik-bisik di alam nyata
Luahan kata-kata bermain sendiri
Yang pasti...?
Ianya satu pengertian hakiki.

Bicara rahsia...rasa sebegini...
Andai tersingkap tabir diri...
Pasti ujian yang menanti
Hadirnya insan seni...
Maujud pada diri hakiki...





Ilham rasa...

Nukilan : Naluri Rahsia
8870

Pagi yang gelap

Ah...bangun pagi. Rasa lain macam.

Ini hari apa hal aku rindu sama Alam Ria Cuti Sekolah ni? Takde benda lain ke nak rindu? Err...adik-adik, ada lagi ke rancangan tu eh? Ini apa gampang pagi-pagi lagi dah keluar cerita Mat Sentul ni?



*Nota : Ini tajuk paling indie pernah aku letak dalam entry...kasi balance sikit la dengan keadaan semasa. Pembaca pun berbilang generasi.

Monday, March 22, 2010

Seluar pendek

Kalau nak kenang masa darjah 1 sampai darjah 4, memang aku tak dapat bayangkan aku pergi sekolah pakai seluar pendek paras pangkal peha. Memang lucah habis aku cakap kau. Itu jam kalau tak pakai seluar dalam, masa main pasir time rehat, memang nampak la lurah dendam orbit bimasakti apa semua tu. Memang jadi bahan dekat dalam kelas, sampai merajuk tak nak belajar. Nak-nak pulak seluar tu pakai 3 tahun tak ubah-ubah. Naik lusuh dah. Koyak sikit tampal. Yelah, masa kecik dulu, pembesaran kan lambat. Saiz pun maintain je. Macam mana tak lambat pembesaran, sayur pun taknak makan. Minum susu Anmum apatah lagi. Nasib baik lollipop ada, hidup jugak aku sampai sekarang.

Sekarang ni, bila aku pakai seluar pendek, kenapa ramai sangat pelik? Padahal, dekat kampung, aku dengan seluar pendek memang macam adik-beradik kembar dah. Pergi kebun seluar pendek, makan nasik seluar pendek, memancing seluar pendek, tengok tv seluar pendek, main basikal seluar pendek. Itu nasib baik sembahyang tak dibenarkan seluar pendek. Kalau tak, memang aku into semua benda seluar pendek. Bukan apa, senang sikit sendi nak bergerak. Angin pun banyak. Baik untuk kesihatan. Entah doktor mana cakap entah. Aku pakai hentam je tu.

Cuaca sekarang panas. Kalau aku ni glasier, dah lama aku ni pupus. Jadi, seluar pendek memang alternatif aku untuk aktiviti luar. Bulu betis, bulu peha, belakang kira. Janji aku selesa. Kalau kau orang stim tengok bulu betis aku, kenapa kau orang tak stim tengok bulu betis lembu ke, betis anjing ke, betis ayam ke? Ha, jawab.




Ini apa agenda aku cuba ketengahkan ni? Aku cuma nak cakap, kaki aku calar balar kena batu karang dekat Port Dickson itu hari sebab pakai seluar pendek. Yang aku melalut cerita pung pang pung pang tu kenapa? Kan dah tertipu para pembaca.

Jaga lah hati pembaca sikit Sani oi...

Sunday, March 21, 2010

Merah muka

Dia : Awak nakal.

Aku : Apa dia?

Dia : Rahsia kita pun nak letak dekat blog jugak ke?

Aku : Aha...why? Sweet what?

Dia : Hmmmmm...malu la...


***


Hehe. Satu benda paling aku suka buat sejak aku sekolah rendah adalah tengok budak perempuan malu lepas tu muka merah. Sekolah rendah dulu, aku jenis tak bercakap dengan perempuan. Sebab ia berpotensi buat muka aku pulak merah. Jadi, jika nak tengok muka budak perempuan merah, aku lempang saja muka dia. Okay, ralat. Itu tak pernah terjadi.

Bila sekolah menengah, aku sedikit nakal. Walaupun masih pemalu, tapi, ayat-ayat bodoh aku masih berbisa membuatkan muka budak perempuan merah.

Pernah sekali, aku secara tak sengaja termasuk dekat pusat sumber yang sedang berlangsung mesyuarat tahunan pengawas pusat sumber. Ada seorang budak perempuan ni memang aku berkenan sungguh muka dia. Dia pun pengawas pusat sumber sekolah. Nak kata muka macam Tiz Zaqyah, masa tu Tiz Zaqyah tak famous lagi. Entah main pasir lagi ke apa budak Tiz Zaqyah tu masa tu.

Aku macam biasa la, bila dah penuh perempuan depan mata, terus malu aku jadi tahap juara. Nak dikatakan, institusi pengawas pusat sumber sekolah menengah aku dekat Tampin dulu memang dipelopori oleh perempuan saja majoritinya. Yang budak lelaki heboh main galah panjang. Kalau kalah siap nak kelahi sampai tercabut butang baju. Lepas tu, mengadu kat emak, baju tersangkut duri kaktus dekat surau. Apa barang, nak sejukkan hati emak, guna nama surau. Takut kena pelangkung dengan emak la tu. Ada budak lelaki yang bernasib baik pulak, dapat lah jadi Kadet Remaja Sekolah. Zaman tu, kalau siapa jadi PBSM memang kena kutuk sampai hari Rabu pun tak mahu pakai t-shirt PBSM takut moral nak belajar jatuh. Aku masa tu Kadet Polis. Memang juara di hati masyarakat jugalah sebab selalu bawak pulang medal dan piala bertanding kawad dekat Bukit Rokan nun. Lagi satu, Kadet Polis ni boleh pakai uniform polis. Balik sekolah je, mana-mana budak baru nak belajar bawak motor tak pakai helmet, terserempak aku jalan kaki dengan uniform memang melencong cari jalan jauh. Silap-silap dia mati akal lepas tu angin takde, ribut takde, jatuh motor sorang-sorang dekat tengah jalan sebab panik.

Eh. Berbalik kepada aku masuk pusat sumber. Bila dah malu, takkan aku mahu menunjukkan kemaluan aku tu terang-terang. Tak manis pula. Kira-kira sedozen pasang mata memandang aku. Termasuk mata cikgu perempuan.

Cikgu : Ye, awak nak apa?

Aku : Err...ni pusat sumber kan cikgu?

Cikgu : Dah berapa lama awak belajar sini tak tahu pusat sumber dekat mana?

Aku : Saya selalu lalu sini, tapi tak perasan, cikgu. Surau saya tahu lah.

Cikgu : Awak nak apa ni?


Aku :
Saya sakit pusat, cikgu...

Apa punya bodoh ayat yang keluar dari mulut aku entah. Dah sakit pusat nak masuk pusat sumber. Konon-konon ada tempat menjual pusat second hand la lagaknya.

Aku lihat dua tiga orang budak perempuan senyum dan berbisik sesama mereka. Dua orang aku syak nak gelak kuat, tapi cover sebab pakai tudung labuh. Empat orang aku nampak muka dah merah. Muka merah lepas tu tersipu-sipu malu termasuk makwe yang aku minat tadi. Dia sungguh comel dengan muka merahnya. Sebelum aku kena marah, baik aku angkat kaki dulu. Cikgu pusat sumber tu memang garang. Dengar cerita, pokok pisang belakang pusat sumber yang rebah tu dia lah yang tomoi. Sebelum beredar, aku scan betul-betul muka merah makwe yang aku suka tu dalam kepala. Untung-untung, time rehat nanti boleh la replay dekat otak balik sambil makan nasik lemak dengan air sirap.

Bagi aku, itu pertama kalinya aku melihat makwe yang aku minat tu muka merah menahan malu. Sejak dari peristiwa itu, bila aku keluar dari kelas nak pergi mana-mana, ada saja cakap-cakap belakang yang aku dengar. Lalu saja tepi kelas yang ada makwe sikit, dengar sok sek sok sek makwe-makwe tentang aku. " Eh, kau nak tahu tak, dia ni la yang....". " Betul la, dia ni la yang....". " Kelaka dia ni....". Aku macam biasa, syok sendiri.

Kira popular juga dulu aku ni. Tapi tetap takde makwe. Biasalah. Fahrin Ahmad yang kacak tu pun masih single lagi. Inikan pulak aku.

Saturday, March 20, 2010

Ahli keluarga baharu

Masa balik dari Port Dickson semalam, wan aku dapat seekor burung serindit. Jinak bukan main. Makanan kegemaran burung itu pisang. Minuman kegemaran pula RAHSIA. Dan hobinya pula mengumpul setem mungkin. Nak kata hobinya main paint ball mengarut betul.

Okay, wan aku sekarang sedang mencari nama sesuai untuk burung serindit berwarna hijau itu. Lima enam orang juga sanak saudara aku berikan cadangan. Seorang nak nama Wiwit, seorang nak nama Ajis. Adik perempuan aku cadangkan Suhaimi. Apa gampang punya nama bagi dekat burung. Sepupu aku pulak nak nama Borhan tak silap. Merepek kan? Tak urban betul. Nama macam nama budak-budak shuffle.

Okay, sekarang giliran aku. Aku selalunya bagi cadangan last sekali. Sebab cadangan aku paling bernas sekali, selalunyalah.


" Farah..."





Dan cadangan aku petang itu ditolak mentah-mentah. Apa kes burung serindit warna hijau nama 'Wiwit'? Tak munasabah kan?

***

Esok-esok kalau aku ingat, aku upload gambar burung serindit tu okay? Sekarang, aku tengah gosok gigi dia. Taruk bedak banyak-banyak, nak masuk internet. Nasib baik dia burung, kalau beruang kutub, dah lama aku kena lempang dengan beruang tu. Betul tak tuan-tuan?

Tuesday, March 16, 2010

Pewangi kereta

Balik dari makan tengahari dengan Kak Zai dekat KFC Taman Equine(memang aku suka makan KFC sini, sebab awek nama Anisah), terus masuk opis. Din dan En. Azhar ada dalam opis. Borak-borak pasal Tiger Woods ke apa entah. Skandal itu, skandal ini. Buka pintu, dua-dua pandang aku.

Din : Waa...wangi bau.

Aku : Wangi? Bau apa?

Azhar : Bau lavender.

Aku : (Sambil cium-cium baju) Owh, ni bau kereta Kak Zai...

Din : Owh...wangi.

Aku : Biasalah, kereta orang perempuan, mestilah wangi. Kereta orang lelaki je bau lipas. Kadang-kadang bau kumbang.

Azhar : Hehe...Ha'ah.

Aku : Tapi, kalau kita orang lelaki ni, nak wangikan kereta, petua orang dulu-dulu ada. Memang mujarab. Wangi sampai ke sudah.

Azhar & Din : Macam mana?

Aku : Erm, jap, dah lupa...Saya ingat, benda ni kena lumur dekat fabrik tempat duduk tu banyak-banyak. Ala...apa nama ni...

Azhar & Din : (Tenung tepat ke mata aku.)


Aku : Haa...Kapur barus...




* Wachaaa...Din taekwondo tengkuk En. Azhar, En. Azhar grip lengan Din. Pecah-pecah lantai opis mereka kerjakan sebab tak puas hati.







(Okay, perenggan yang bertanda (*) hanya penipuan semata-mata.)

Perisa

Aku taip SMS,

"Bro, ape duduk opis hari ni...mai le datang rumah.Megi banyak lebih lagi ni...tolong abiskan sebelum expired..."

Hantar.




Treett...Treett...(SMS masuk)

Dari Mak : " Apa bro-bro?"

Ini apa cerita aku hantar dekat mak aku ni? Aku nak hantar dekat Rizal.


Aku balas dekat mak.

"Ampun mami..."

Mak balas : "Makan la megi tu banyak-banyak. Cacing perut tu karang."


Aku menung. Tak tahu pulak ada megi perisa cacing. Ada ke tuan-tuan?

Monday, March 15, 2010

Sindrom

Hati rasa tak sedap. Perut rasa tak selesa. Otak rasa beku. Badan rasa lemah-lemah. Tangan rasa berat mahu angkat. Kaki rasa sengal-sengal. Leher rasa ketat. Aku SMS satu minah ni nak tanya, sindrom apakah yang sedang aku lalui.

Dia balas,

" Nak jadi Batman la tu...! "


Aku malas mahu bergurau. Nasib baik kau perempuan. Kalau lelaki, cedera dah dada kau aku tapak pakai but bola.

Saturday, March 13, 2010

Siri bercakap dengan wan

" Bersendirian menerima hukuman meninggalkan kau dahulu,
Lesu langkahku sengaja inginkan perhatianmu,
Sudikah kau terima kesan kasih sayang yang ku semikan untukmu,
Dari air mata terlalu mengingatimu.

Aku menyintaimu, menyayangimu untuk selamanya,
Kau bawa bahagia di dalam hidupku sebelum kau pergi,
Kesilapanku tak tahu menilai permata,
Aku berjanji tak mungkin aku khianati untuk kedua kali,
Andai kau kembali menyerlahkan jiwa dengan cinta suci.

Piss...piss...piss, kamu jangan nakal... "




" Apa yang kau cakapkan dengan mesin basuh tu? " wan aku tiba-tiba tegur dari belakang.


" Ala. Orang kan Sam Witwicky. Tak Transformers betul la wan ni... " jawab aku menegakkan benang yang basah.

***

Aku menyanyi pun, orang masih ingat aku tengah bercakap. Jadi, tolong jangan ajak aku pergi karaoke lagi ye sayang?

Blood pressure

Sekarang aku sakit kepala. Hari Sabtu. Pukul 4 pagi. Macam gampang bukan? Apa boleh buat, sakit itu sedang menjalankan tugasnya. Aku tak mahu kacau. Yusni bagi aku ubat sakit kepala. Macam tak ada kesan langsung dekat aku. Betul la mak aku cakap aku ada bau-bau bacang dengan Kyle XY.

***

Ini apa gampang pagi-pagi buta cerita Pepaya ni? Cerita Tiz Zaqyah takde ke? Nasib baik aku open minded. Pepaya pun, Pepaya lah. Janji rock.

Friday, March 12, 2010

Pilih

I don't wanna talk about it, how you broke my heart. Yup. How you broke this whole heart. Now, listen to my heart.




Yang sudah itu sudah. Sama-sama kita harap ada sinar yang dipanggil jodoh untuk kita. Aku tak boleh menjanjikan apa-apa. Mungkin kau. Mungkin dia. Atau mungkin dia. Oh. Aku tidak boleh mengkonkritkan janji hanya kepada kau sahaja. Banyak lagi hati yang perlu aku jaga. Aku pilih kau, mungkin dia terluka. Aku pilih dia, kau pasti terluka juga. Jangan dikesal kepedihan yang kau putuskan dulu. sudah puas aku tangisi sehingga ia hilang sendiri setelah aku mengenali dirinya, dan beberapa lagi keping hati.

Dan aku bukan playboy. Jari yang membuat tarian pena aku saja yang bertindak sebagai playboy.

Ya. Aku masih sayangkan kau. Selagi aku masih boleh panggil kau 'sayang'.




Now, i don't wanna get hurt. No more this time.

Thursday, March 11, 2010

Fenomena Farah

SMS dari H***** : Dah ada makwe nama Farah ke? Tak cakap pun.

SMS dari Cik J**** : Uh...jelesnya baca bab Farah!

SMS dari R*** : Pegi la keluar dengan Farah tu. I call pun tak jawab!

YM dari Ib** : Panas hati jugak baca bab Farah tadi. Awak sihat?

YM dari E*** : Kawan saya yang sama-sama baca blog awak sakit hati baca bab Farah. Tapi last-last dia cubit saya sebab ending macam siot...


Kira popular jugak aku eh. Dulu aku mengurat sorang-sorang, macam-macam alasan. Nak belajar dulu lah. Ada pakwe lah. Bapak tak bagilah. Tak sampai seru lagi lah. Handphone mak pegang lah. Orang Minang sama perut lah. Okay. Sekarang macam mana? Baling batu sembunyi tangan? Ada hati cakap. <---Fuh, berdebar masa tulis ni, memang kena sound ngan makwe sorang ni karang...tawakkal je la Sani...

Tu tak termasuk En. Nordin perli aku tu. Si Rizal pun tertipu. Kak Zai jangan marah. En. Nahir dah kahwin, jangan nak mengada.Hak hak hak...

Kepada nama-nama yang terlibat di atas, aku minta maaf. Kamu semua cute...Keh keh keh...(Siap la aku keluar The Mines ni karang...)


*Entry ini berkaitan entry bertajuk Farah.

Aiman

Aku : Aiman dah besar nak jadi apa?

Aiman :
Aiman nak jadi Spiderman!


Ini yang aku marah ni. Mak bapak tak kawal anak-anak tengok cerita mengarut. Itu pasal, bila orang buat ceramah agama, datang. Bukan pergi minum kedai kopi tengok gusti.

Bukan apa. Cuba bayangkan Aiman yang baru umur 6 tahun, dah nak jadi Spiderman. Aku bukan tak sokong. Cuma, kerja-kerja Spiderman ni merbahaya. Panjat bangunan itu, lompat bumbung ini, lari anjing kejar, panjat paip, masuk serombong asap, nak kencing payah. Spiderman ni terdedah kepada risiko. Kalau takde pengalaman, takde kemahuan, hangat-hangat tahi ayam, jangan berangan mahu jadi Spiderman. Aku yang tangan kuat ni pun tak ambil Spiderman jadi kerjaya.

Aku ni, kalau jadi kerajaan Malaysia, jawatan Spiderman ke, Superman ke, Batman ke memang aku serap dalam kerajaan. Bukan apa, kira terjamin juga kebajikan superhero ni. SOCSO cover, EPF cover, nak buat loan senang, ada payslip , boleh kerja opis hour. Esok kalau buatnya tengah panjat bangunan jatuh, patah riuk, boleh juga masuk hospital wad kelas 2. Dah tua besok ada pencen. Takde la keluar Bersamamu TV3.

Kepada Aiman, kalau Aiman dah umur 12 tahun kelak, jumpa abang. Abang nak ajar jurus terkini memaki penjahat secara marathon. Pasti penjahat punya mata berkaca seraya mendatangkan keinsafan. Jangan lupa tau Aiman. Upah tak banyak. Kirim salam sama kakak Aiman kerja KFC tu, lepas tu pass nombor telefon. Amacam, deal?

Romantika malam ini

Dia : Awak, can I ask something?

Aku : Yes. Why not?

Dia : Until now, i'm still in your heart?

Aku : Yup sayang. Still...


Ini punya ayat kalau kau orang cakap lelaki melayu tak romantik jugak, tak tahu la aku nak cakap apa. Indon kerja kontrak jugak kau ikut balik Lombok buat apa?

Ini tajuk dia bukan pung pang pung pang

Nordin : Korang nak tau tak, perempuan ni pung pang pung pang cinta pung pang pung pang isteri pung pang pung pang kasih sayang pung pang pung pang kahwin pung pang pung pang kepercayaan pung pang pung pang lelaki umur 40-an pung pang pung pang belaian pung pang pung pang perempuan pung pang pung pang sayang pung pang pung pang.

Aku : Owh. Camtu ke.

Azarudin : Sama la macam saya. Dulu, saya ni pung pang pung pang cinta bagai nak rak pung pang pung pang kahwin pung pang pung pang jodoh pung pang pung pang isteri sporting pung pang pung pang kekasih lama pung pang pung pang kasih sayang pung pang pung pang kepercayaan pung pang pung pang.

Aku :
Owh. Yeke.

Nordin :
Aku dulu, pung pang pung pang SMS cinta pung pang pung pang kepercayaan isteri pung pang pung pang anak-anak pung pang pung pang kasih sayang pung pang pung pang cinta dan belaian pung pang pung pang mak mentua pung pang pung pang keluarga pung pang pung pang.

Aku :
Peh, macam tu ke?

Azarudin : (Senyap, angguk-angguk.)

***

Setengah jam juga kami berborak tentang cinta ni. Yelah, masing-masing dah ada keluarga, nak juga perturunkan dekat aku yang masih teruna ni. Pengalaman kalau tak diagih-agihkan, bukan boleh bawak masuk kubur. Nak tulis pengalaman atas batu nesan pun belum tentu cukup ruang. Mana ada tukang ukir batu nesan nak buat tu semua. Baik balik rumah makan nasik.


Nordin :
Okaylah Sani, Din, aku nak pergi minum-minum kejap, lepas tu balik rumah. Nak balik cepat ni, mentua nak balik kampung kejap lagi.

Aku : Okay, bawak kereta elok-elok. Ingatlah orang yang tersayang-tersayang.<---saja ulang 2 kali.(En. Nordin, kalau baca jangan marah~)

Nordin : (Sambil salam aku dia cakap) Assalamualaikum, semoga dicepatkan jodoh...



Peh. Kena aku setepek. Nordin rupa-rupanya nak pekena kan aku. Macam celaka.

Wednesday, March 10, 2010

Leher punya hal

Buat masa ini, aku malas mahu menulis. Sebab, leher aku terkehel. Ni yang malas nak gelak keras-keras ni. Kan dah terkehel. Walaupun tak serius, tapi, mengenangkan leher aku nak pakai sampai ke tua, isteri masa depan pun belum merasa ini leher, baik aku jaga baik-baik.

Okay. Sekarang aku tengah cari nombor telefon tukang urut leher. Err...orang sakit leher boleh makan ais krim tak? Mengidam ais krim coklat siot. Apa punya perangai entah.

Tuesday, March 9, 2010

Farah

Aku kenal Farah dah 1 tahun. Masa tu aku berada di kampung. Farah aku kenal melalui jiran belakang rumah wan aku. Mak Farah dah 3 tahun juga berpindah dari Rembau ke Tampin. Bapa Farah pencen askar. Mak Farah baik. Ayahnya sedikit garang, tapi, masih kuat sifat kebapaannya. Farah anak tunggal mungkin. Aku tak pernah tanya. Kejadah apa mahu tanya bapak dia hari-hari pegang parang panjang tebas rumput belakang rumah. Nak maut? Tapi, yang pasti, aku tak pernah nampak anak-anaknya yang lain. Mereka bagaimanapun menyayangi Farah ibarat menatang minyak yang penuh.

Mak Farah dikenali sebagai Makcik Nab. Makcik Nab sungguh baik. Selalu dia datang rumah wan. Borak-borak dengan wan aku. Aku pun tumpang borak juga jika bab-bab Farah keluar. Yang aku tahu, Makcik Nab sungguh sopan budi bahasanya. Bapa Farah pula, Pakcik Mat bekerja sambilan sebagai tukang tebar roti canai di pekan Tampin. Skil dia menebar roti canai memang top 10 jika nak dibandingkan dengan Asmawi Ani. Pernah sekali dia cabar Zed Zaidi turun padang bertanding tebar roti canai, tapi cabaran itu ditolak mentah oleh Zed Zaidi kerana masih tak kenal dengan tepung gandum. Marjerin pun dia cakap gula anau.

Satu pagi, sedang aku termenung di tingkap dapur, aku ternampak Farah di rumahnya. Makcik Nab mungkin di ruang tamu. Time-time macam ni, Makcik Nab mungkin sedang asyik menonton drama tamil. Jadi, aku pergi capai jagung ayam, keluar rumah, dan buat-buat bagi ayam makan. Mata sesekali jeling ke Farah. Dia memang cantik. Aku suka mata dia. Kalau masuk pertandingan, mata dia dapat markah penuh. Makin lama, aku makin menghampiri pagar rumah Farah. Farah tak sedar aku memerhatikannya. Sehinggalah aku memanggil namanya. Dia menoleh ke arahku. Aku tersenyum. Aku memanggilnya dekat pagar. Dengan malu-malu dia datang. Dia cantik pagi itu.

Tiba-tiba,

"Farah, apa buat kat luar tu...masuk dalam cepat..."

Suara Makcik Nab memotong stim.

Ciss. Baru nak ada peluang nak bermesra dengan Farah, mak dia dah panggil. Nak kongkong pun agak-agak la. Takkan nak keluar borak dengan jejaka terhangat Tampin masa itu pun tak boleh? Dah la jarang dapat jumpa Farah. Karang kalau Pakcik Mat balik kerja, lagi susah nak jumpa. Makcik Nab yang membahasakan dirinya 'Mama' pada Farah memang jarang tinggalkan Farah berseorangan apabila balik kampung ataupun pergi membeli belah. Mesyuarat PIBG sahaja yang dia tak bawa Farah. Nak tunggu mesyuarat PIBG, setahun sekali la jawabnya aku ada peluang nak jumpa Farah. Sayang sungguh dia dekat Farah.

Sehinggalah pada suatu hari, semasa aku baru capai motor nak pergi pekan, Makcik Nab ternampak aku. Dia lantas memanggil namaku seraya menggamit tangan risau aku tak dengar kerana memakai helmet. Aku segera mendapatkan Makcik Nab. Kalau Makcik Esah atau Makcik Eton yang anak serupa orang Timor Leste yang panggil, memang aku terus buat-buat tak dengar.


" Ye makcik, nak apa, kirim barang ke? " soal aku yang dah tahu tujuannya memanggil.


" Aha. Kalau pergi pekan, tolong belikan Whiskas untuk Farah. Perisa ikan tuna."



Aku angguk.


"Farah lapar ye sayang, nanti mama suruh abang Ayush belikan makan ye. Nanti papa balik, Farah makan ikan kembung pulak..."
kata Makcik Nab sambil mengusap-usap belakang Farah. Bulu putih gebu Farah memang cantik bagi kategori kucing parsi.


***

Aku dah cakap dekat isteri masa depan aku, nak letak nama Farah untuk anak perempuan, tetapi aku cancel sebab kes ini. Dah takde nama lain lagi ke Makcik Nab oiii...

Permaidani suri di hati Sani

Yusni : Zal, orang yang naik moto besar-besar ni tak sayang awek kau tau nape?

Rizal : Nape lak tak sayang awek?

Yusni : Yelah, awek dia manjang dia bagi duduk terkangkang je...

***

Kami berborak lagi. Lokasi kali ni di bilik aku. Jadi surirumah tangga jugak aku pergi buat nescafe, bihun segera, lepas tu siapkan tempat habuk rokok. Nah, baldi basuh baju aku suakan buat habuk rokok. Itu kalau tersasar jugak habuk tu dari sasaran, memang bertompoklah permaidani ala-ala turki dalam bilik aku ni.

Permaidani tu memang turun temurun keluarga aku. Wan aku cakap, kalau takde duit minyak nak balik kampung, terbang saja pakai permaidani tu. Tapi, oleh kerana aku gayat dengan ketinggian, tak pernah sekalipun aku terbang pakai permaidani tu. Nak terbang rendah karang, takut tersadung piring Astro. Pengampai baju juga zaman sekarang ni orang letak dekat tempat merepek. Ada satu kes dekat kampung aku, pengampai baju dia taruk dekat atas Pajero. Apa cerita? Orang tua-tua cakap, tak baik lalu bawah pengampai baju. Suwey!

Pukul 4 pagi. Aku capai penyapu, sapu bilik. Sah tak boleh lelap ni karang. Hasil meeting kami tadi, telah menghasilkan sebaldi sampah sarap dan seorang sampah masyarakat. Macam ini punya cara, raya besok memang aku malas nak buat open house. Nak sewa bibik, takut mendatangkan cakap belakang dengan jiran sebelah menyebelah. Nak pasang orang rumah, dia sibuk berlakon dekat tv. Keh keh keh...

Monday, March 8, 2010

Mimpi lagi

Ini hari apahal aku mimpi Tiz Zaqyah pulak? Selalu susah sangat nak mimpi. Ini kalau aku telefon kampung bagitahu, kucar-kacir aku agak diorang nak kemas rumah, nak trim pokok, nak cari pinang, nak beli tuala good morning, call cina jual telur murah, nak carik daun sireh, nak tempah khemah orang kahwin, dan jumpa buapak lepas tu deal tarikh tunang. Peh. Baik aku senyap.

Saturday, March 6, 2010

Mimpi paling drama

Malam tadi, sebelum aku tidur, tak sempat aku basuh kaki. Orang tua-tua cakap, amalkan basuh kaki sebelum tidur bagi mengelakkan mengigau. Merepek. Sampai sekarang aku ingat masa darjah 3, aku langgar pintu sebab mengigau berjalan. Sebelum tu memang aku dah basuh kaki. Tak boleh pakai punya petua.

Berbalik ke malam tadi, aku dah penat selepas balik memancing. Lepas mandi, cuci muka, basuh baju, gosok gigi, menyanyi 2 3 rangkap lagu Ahmad Jais. Pukul 3 pagi juga baru aku terlelap rasanya.



*Krohh...




Aku rasa aku sedang bermimpi. Ada cahaya datang ke arah aku. Terik sangat cahaya tersebut. Dari kiri cahaya. Dari kanan cahaya. Dari atas cahaya. Bawah sahaja tiada cahaya. Mana ada cahaya dari bawah. Ini mimpi, bukan konsert Jom Heboh. Aku dengar bunyi air juga. Bunyi air tersebut sungguh kuat. Oh. Di manakah aku berada sekarang? Risau pula aku. Aku pernah dengar cerita-cerita orang kampung aku dulu, mimpi jumpa orang bunian lah, mimpi jumpa orang tua jubah putih bagi sepotong ayat lah, mimpi singgah di alam syurga lah, mimpi dapat jumpa Asmawi Ani lah. Okay, yang last tu aku tipu.

Dalam kepala otak aku dah fikir macam-macam. Ini macam punya terik cahaya kalau tak alam bunian, takpun jumpa orang tua jambang macam Gandalf. Aku mana ready jumpa benda-benda macam ni. Jiwa remaja aku belum habis lagi. Tak bagus budak-budak remaja terdedah dengan benda-benda macam ni. Sehinggalah cahaya tersebut seakan menuju ke arah aku. Makin lama makin panas. Bunyi air makin kuat. Kejap-kejap bunyi air tu berkocak pula. Sungguh menyeramkan pengalaman tersebut. Cerita Hantu Singapura pun tak seram itu macam.

Aku tak sanggup hadapi cahaya itu. Aku tutup mata rapat-rapat. Cahaya tersebut menyebabkan mata aku bila ditutup pun masih nampak cahaya itu menusuk-nusuk dalam anak mata. Bijik mata aku yang berwarna kelabu aku rasa jadi panas. Bertukar merah. Cuba bayangkan, kelabu jadi merah. Tak munasabah. Macam cerita Ghost Rider. Sehinggalah aku seperti mendapat hidayah, tergerak untuk melawan cahaya tersebut. Aku buka mata. Lawan cahaya tersebut. Walaupun aku tahu effect cahaya tersebut bakal merosakkan mata aku. Tapi, setelah fikir itu hanya mimpi, aku ambil risiko tersebut.

Buka mata sikit-sikit. Oh. Terik. Makin lama, mata aku makin luas terbuka. Molekul-molekul cahaya ibarat berlumba-lumba menerobos dalam rongga mataku. Bunyi air berkocak tadi tiba-tiba berhenti.

Aku buka mata, aku lihat tingkap. Tingkap itu terbuka luas dengan langsir warna kuning terselak. Aku berada atas katil. Cahaya matahari sungguh terik memancar dekat muka aku melalui tingkap tersebut. Yusni yang baru keluar dari bilik air yang hanya berada sebelah bilik aku menjenguk di celah pintu sambil menjinjing sebaldi kain yang baru lepas dibasuh.


"Woiii...belum bangun lagi ke?"


Aku tengok jam. Pukul 12.30 tengahari.

Sick n Tired (Cerita sakit dan penat versi melayu)

Aku baru bangun tidur. Penat sungguh rasa badan sebab malam tadi bertarung memancing udang dengan Yusni, Rizal dan seorang lagi kawan Rizal. Dah lah memancing, lepas tu gelak-gelak pula. Berombak dada malam tu. Komando pun tak buat itu macam. Kitorang gelakkan Rizal sebab pressure tak dapat jackpot. Yang lain semua dapat. Walaupun aku punya jackpot RM5 saja, janji dapat.

Keputusan penuh :

Aku = 1kg + jackpot
Yusni = 300g + jackpot
Kawan Rizal = 400g + jackpot + jackpot
Rizal = 800g + 8kg gelak kawan-kawan


Malam tadi punya kenyang ada lagi. Bini Rizal masak, memang terbaik. Tak ingat syurga aku makan. Kalau hari-hari ini macam, badan aku memang naik macam Afdlin Shauki. Sekarang macam Ebby Yus. Macam celaka. Mak aku selalu pesan, kurus sikit badan tu baru la kacak. Wan aku pulak cakap, kalau nak cari bini, cari yang pandai masak. Agak-agak ayat siapa yang boleh pakai?

Malam tu, kami balik cepat-cepat lepas habis memancing. Kami naik kereta dia. Aku tak tahu apa yang Rizal kejarkan. Sampailah dia cakap,


"Weh, cepatlah sikit. Aku nak beli rokok ni, 7 Eleven tutup pukul berapa eh?"



*Bunyi cengkerik


***

Episod 2-Bila benda-benda jahat, pasti melibatkan kedai mamak

Berselera benar Hanafi menghirup air kopi kacip fatimah tu. Aku sesekali pandang Shah. Shah dekat hujung bibir dah terjungkit sebab nak gelak. Aku besarkan mata bagi amaran. Jangan bagi Shah pecah rahsia. Hanafi tengok kami senyap. Dia pelik. Aku berdebar. Tapi dia tak cakap apa-apa. Mungkin sedap sangat kopi kacip fatimah tadi. Takkan Hanafi tak syak apa-apa dengan rasa kopi tu. Itu la, masa kelas ekonomi rumah tangga, dia ponteng. Sekarang, mudah sangat orang tipu bab-bab rasa ni.

Hanafi hari tu turun mamak rambut nak tutup mata sebelah. Dah takde fesyen lain agaknya. Baju pulak tulis hari keluarga daerah mana entah. Kasut tak nak kalah. Kasut futsal kulit mahal. Macam iklan Nike punya kualiti. Tapi bila ajak main bola padang, main macam Khalid Jamlus. Khalid Jamlus pulak, beli kasut mahal-mahal main macam Jaafar Onn.

Habis secawan kopi kacip fatimah, Hanafi bersuara.

"Habis, malam ni pukul berapa?"

Aku, "Okay, kau tunggu kitorang dekat depan apartment aku, pukul 9."

Hanafi, "Okay. Nanti apa-apa aku call kau.Aku kena balik ni, mak aku kirim beli esen vanila."

Aku dah syak dari mula dah, memang mak dia buat kuih merdeka. Buat popia jauh sekali. Mana ada popia perasa vanila. Merepek pula rasanya. Sebelum Hanafi beredar, dia gamit tangan dekat mamak. Pantas aku dan Shah tahan.

Aku, "Weh, takpe...takpe...hari ni aku belanja kau minum."

Hanafi angguk kepala tanda setuju. Tangan sebelah aku halau mamak yang jalan ke arah kami nak kira bil. Takut pula kantoi dekat Hanafi. Hanafi dah start motor, baru aku panggil balik mamak suruh kira. Bengang mamak tu.

***

Malam tu, pukul 9 malam, aku terima SMS.

Hanafi : Weh, aku tak dapat datang la. Perut aku rasa lain macam!

Peh. Tak sangka efek dia itu macam. Selama ni aku ingat atuk aku cerita main-main. Atuk aku cerita, masa dia muda-muda dulu, dalam polis, pernah terminum kacip fatimah punya air rebusan masa dalam hutan. Malam tu, dia punya 'peranakan' termasuk dalam! Kucar-kacir dalam hutan cari tukang urut. Keh keh keh...

Esoknya, aku dapat berita, Hanafi tak keluar rumah. Tolong mak dekat dapur katanya. Sah, dah tukar jantina budak ni.



.....mungkin bersambung lagi.....

Friday, March 5, 2010

Sibuk kamu je?

Bila aku ajak keluar, semua bagi alasan sibuk. Kau orang fikir kau orang punya sibuk je ke? Ingat aku tak sibuk ke? Aku punya sibuk lagi la, berat ke arah sains dan peradaban manusia. Aku tengah menamakan nombor 1,000,000,000,000,000,000,000,000,000. Itu kempen menamakan jumlah memang aku ada follow dah seminggu. Ingat nak je taruk nama sebagai 'Sani'. Kalau terpilih, aku belanja korang gula-gula Hacks 2 biji. Amacam?

Habis, ni aku ajak tengok wayang, siapa mahu ikut? Cerita Brothers aku dengar boleh bikin mata berkaca.

Thursday, March 4, 2010

Kanada

Treett...Treett...(Mesej masuk)

"Awak, ada masalah ni. Boleh tolong?"

Aku jawab, " Apa dia, serius ke?"

"Ibu negara Kanada apa namanya? Saya tengah jawab kuiz ni!"

***

Kau ingat, selama aku tulis blog yang cakap aku orang Kanada tu, aku jujur ke? Setakat soalan siapa hero filem KL Menjerit, selamba aku jawab Asmawi Ani. Itu pun salah. Macam celaka.

Okay. Buat yang nak tahu ibu negara Kanada, sila pilih Montreal atau Vancouver. Atau Port au Prince. Port Dickson. Erm. Mungkin juga Sabak Bernam. Kalau anda sebijak memerang, sila jawab.

Matapelajaran #2

Tahukah anda, lazimnya, nyamuk yang menghisap darah adalah nyamuk betina. Nyamuk lelaki jarang-jarang hisap darah. Tak tahu pula aku nyamuk lelaki dia makan apa. Takkan hisap nektar bunga pula? Takkan tergamak nyamuk lelaki itu menghisap bunga? Malam tadi, sebelum aku tidur, aku telah dikacau oleh seekor nyamuk di area-area tangan. Aku memang pantang nyamuk kacau tidur aku. Aku tengok nyamuk tu dah hinggap dekat lengan. Baik punya landing nak hisap darah. Aku get ready dengan tangan lagi sebelah nak tempeleng itu nyamuk. Tiba-tiba, syuuuuuu....nyamuk itu terbang. Aik, takkan nyamuk ni tak hisap darah aku. Aku baru minum sirap tadi ni, takkan darah aku tak cukup manis?

Jadi, aku klasifikasikan nyamuk tadi sebagai nyamuk pondan. Amacam, boleh jadi saintis tak?

Wednesday, March 3, 2010

Aziz dalam kenangan

Bila orang kata, jika nak tahu bagaimana seorang lelaki itu menjaga kekasihnya, berikan lelaki itu sepasu pokok bunga untuk dia jaga. Jika pokok bunga itu subur selama yang dia jaga, begitulah juga dia menjaga kekasihnya. Dan juga sebaliknya jika pokok bunga itu layu dan mati. Aku cukup bantah dengan frasa tersebut.

***

Petang semalam, aku balik rumah. Buka pintu bilik. Mata aku terpana dekat atas meja. Diam.

KENAPA KAU MATI, KAKTUS??



Kaktus kuning yang aku beri nama Aziz telah mati.

Tolong jangan samakan ini dengan menjaga kekasih. Masalahnya, aku jaga 2 pokok kaktus. Satu saja mati. Salah satunya subur. Aku pun mana ada 2 orang kekasih. Satu pun takde.

Bila benda-benda jahat, pasti melibatkan kedai mamak

2006

Malam itu, aku dan Shah ada projek besar. Projek ini memang kami dah rancang sejak beberapa hari lalu. Cuma masa tidak sesuai. Untuk tambah lagi keseronokan, kami ajak Hanafi(bukan nama sebenar) untuk join kami. Projek yang aku maksudkan adalah projek ronda-ronda sekitar bandar Melaka. Bunyi macam tak best. Tapi sebenarnya best. Malam itu malam kemerdekaan Malaysia. Yang ke berapa aku dah lupa. Aku lahir dekat Kaherah.

Petang hari tersebut, kami berpakat untuk berkumpul di kedai mamak Subaidah. Nama saja Subaidah, seorang awek pun aku tak nampak bekerja. Semua lelaki kulit hitam. Apa punya strategi pemasaran pun aku tak faham.

Aku dan Shah sampai dulu di kedai mamak. Hanafi lambat sampai. Alasan, mak dia suruh beli tepung gandum. Apa entah hari merdeka buat kuih. Tak reti match dengan keadaan. Agak-agak la. Orang dulu nak capai merdeka bersabung nyawa, dada berdarah, tangan patah, kaki calar-calar, air mata darah. Engkau sekarang senang-senang buat kuih. Tapi kalau kuih popia, tolong tapau 5-6 keping. Tapi, merepek juga kalau buat kuih popia pakai tepung gandum. Ada ke? Si bijak pandai tolong jawab.


Aku SMS Hanafi. "Bila mau datang?"

Hanafi balas, "Kejap lagi aku sampai. Tolong order aku air siap-siap."

Aku tanya lagi, "Kau nak air apa?"

Dia jawab, "Apa-apa je la."


Aku tanya Shah, air apa yang selalu Hanafi minum. Shah pun tak tahu. Kata Shah, jarang sangat dia keluar dengan Hanafi. Jadi, dia tak tahu. Ah. Mentang-mentang Hanafi tiada kakak. Cuba Hanafi ada kakak macam Julia Rais, jangan cakap Shah, aku pun selalu ajak Hanafi keluar minum.


Aku gamit tangan dekat mamak,


"Mamak, kopi kacip fatimah satu!!"




Aku angkat kening dekat Shah. Shah ukir senyum jahat.





.....mungkin bersambung.....

Tuesday, March 2, 2010

Komputer dan insan yang lemah bernama Miskan

Aku mengalami beberapa kejadian yang tak patut sehari dua ni. Komputer zaman komunis aku meragam. Komputer aku adalah salah satu daripada tempat aku bersosial. Aku on komputer malam tadi, dia bunyi pelik. Bunyi itu berkata, kriit kriit kriit. Aku ingat aku bela cengkerik. Tetapi tak. Sebab cengkerik perlu tempat lembab. Komputer aku panas dan berabuk. Habitat itu tak sesuai untuk cengkerik.

Aku cukup sensitif kalau komputer aku beroperasi dengan tidak berhemah. Mula la aku rasa nak marah. Aku kalau nak marah, mula lah rasa lapar. Aku bila rasa lapar, mulalah nak pergi mamak. Aku kalau pergi mamak mulalah rasa nak usha makwe. Aku kalau usha makwe, mula lah rasa nak kahwin. Peh. Filosophi sungguh hidup aku.

Tiba-tiba, aku teringat kata-kata seorang pujangga dekat kampung aku. Nama samarannya Miskan. Nama sebenar dia sungguh lucah. Dia saja-saja ubah namanya kepada Miskan tanpa pengetahuan ibu bapa, isteri, malah pejabat pendaftaran juga tak tahu dia tukar nama Miskan. Kan susah kalau di akhirat nanti. Tapi, bagi aku, nama Miskan juga cukup tak semenggah. Apa salah ambil nama Borhan ke, Mustafa ke, Rhoma Irama ke, Inung Inung Lah Sayang ke. Bukan ke lebih dekat di hati masyarakat?

Kembali kepada kata-kata Miskan. Dia berkata. Computers work best if you kick them. Memang bernas sungguh ayat yang dia sebut. Tak sangka pula Miskan tu walaupun sekolah tamil masa darjah 1, tapi bijak seperti memerang. Tahu dulu, aku suruh mak aku hantar sekolah tamil masa darjah 1. Takde lah aku kena tarik sideburn dengan Cikgu Faridah. Takde lah aku kena cubit pusat dengan Cikgu Alwiza. Takde lah aku bercampur dengan budak-budak laga semut hitam. Sekolah tamil sudah semestinya boleh belajar sambil menyanyi. Sikit-sikit menyanyi. Sikit-sikit menyanyi. Pakaian pun warna warni. Bila dah menyanyi, serbuk merah boleh dilempar kemana-mana. Tukang menari pun ramai. Lepas tu, muzik entah celah mana keluar. Kan cool tu. Bestari sungguh sekolah itu.

Kembali kepada 'Computers work best if you kick them'. Aku rasa macam nak sepak. Tapi, kenang balik baik tak payah sepak. Kalau komputer aku patah riuk karang, tiada pulak makwe nak bagi aku nombor telefon. Macam celaka punya niat.

Dah. Aku dah lambat. Tasbih Cinta dah start. Oh Bella...keh keh keh...

Monday, March 1, 2010

Matapelajaran #1

Tahukah anda, ikan emas hanya mempunyai memori selama 10-15 saat sahaja. Jadi, tak hairanlah kita boleh membela ikan emas dalam balang yang kecil kerana ia tidak bosan. Peh. Kalaulah aku ada memori ikan emas, memang aku happy hari-hari. Tak perlu fikir pasal pergi kerja. Nak makan pun tak payah ingat. Silap-silap, nak bernafas pun lupa. Ceh. Cancel la.