Saturday, March 6, 2010

Mimpi paling drama

Malam tadi, sebelum aku tidur, tak sempat aku basuh kaki. Orang tua-tua cakap, amalkan basuh kaki sebelum tidur bagi mengelakkan mengigau. Merepek. Sampai sekarang aku ingat masa darjah 3, aku langgar pintu sebab mengigau berjalan. Sebelum tu memang aku dah basuh kaki. Tak boleh pakai punya petua.

Berbalik ke malam tadi, aku dah penat selepas balik memancing. Lepas mandi, cuci muka, basuh baju, gosok gigi, menyanyi 2 3 rangkap lagu Ahmad Jais. Pukul 3 pagi juga baru aku terlelap rasanya.



*Krohh...




Aku rasa aku sedang bermimpi. Ada cahaya datang ke arah aku. Terik sangat cahaya tersebut. Dari kiri cahaya. Dari kanan cahaya. Dari atas cahaya. Bawah sahaja tiada cahaya. Mana ada cahaya dari bawah. Ini mimpi, bukan konsert Jom Heboh. Aku dengar bunyi air juga. Bunyi air tersebut sungguh kuat. Oh. Di manakah aku berada sekarang? Risau pula aku. Aku pernah dengar cerita-cerita orang kampung aku dulu, mimpi jumpa orang bunian lah, mimpi jumpa orang tua jubah putih bagi sepotong ayat lah, mimpi singgah di alam syurga lah, mimpi dapat jumpa Asmawi Ani lah. Okay, yang last tu aku tipu.

Dalam kepala otak aku dah fikir macam-macam. Ini macam punya terik cahaya kalau tak alam bunian, takpun jumpa orang tua jambang macam Gandalf. Aku mana ready jumpa benda-benda macam ni. Jiwa remaja aku belum habis lagi. Tak bagus budak-budak remaja terdedah dengan benda-benda macam ni. Sehinggalah cahaya tersebut seakan menuju ke arah aku. Makin lama makin panas. Bunyi air makin kuat. Kejap-kejap bunyi air tu berkocak pula. Sungguh menyeramkan pengalaman tersebut. Cerita Hantu Singapura pun tak seram itu macam.

Aku tak sanggup hadapi cahaya itu. Aku tutup mata rapat-rapat. Cahaya tersebut menyebabkan mata aku bila ditutup pun masih nampak cahaya itu menusuk-nusuk dalam anak mata. Bijik mata aku yang berwarna kelabu aku rasa jadi panas. Bertukar merah. Cuba bayangkan, kelabu jadi merah. Tak munasabah. Macam cerita Ghost Rider. Sehinggalah aku seperti mendapat hidayah, tergerak untuk melawan cahaya tersebut. Aku buka mata. Lawan cahaya tersebut. Walaupun aku tahu effect cahaya tersebut bakal merosakkan mata aku. Tapi, setelah fikir itu hanya mimpi, aku ambil risiko tersebut.

Buka mata sikit-sikit. Oh. Terik. Makin lama, mata aku makin luas terbuka. Molekul-molekul cahaya ibarat berlumba-lumba menerobos dalam rongga mataku. Bunyi air berkocak tadi tiba-tiba berhenti.

Aku buka mata, aku lihat tingkap. Tingkap itu terbuka luas dengan langsir warna kuning terselak. Aku berada atas katil. Cahaya matahari sungguh terik memancar dekat muka aku melalui tingkap tersebut. Yusni yang baru keluar dari bilik air yang hanya berada sebelah bilik aku menjenguk di celah pintu sambil menjinjing sebaldi kain yang baru lepas dibasuh.


"Woiii...belum bangun lagi ke?"


Aku tengok jam. Pukul 12.30 tengahari.

4 comments:

Anonymous said...

mcm shilakak lu punya cerita...kemain suspen lg...hahahahh!

-en.sani- said...

berdebar woi...

karibu said...

wakakakaka...bangun tghari upenye....

-en.sani- said...

bangun kalau pagi tak remaja la...