Tuesday, March 2, 2010

Komputer dan insan yang lemah bernama Miskan

Aku mengalami beberapa kejadian yang tak patut sehari dua ni. Komputer zaman komunis aku meragam. Komputer aku adalah salah satu daripada tempat aku bersosial. Aku on komputer malam tadi, dia bunyi pelik. Bunyi itu berkata, kriit kriit kriit. Aku ingat aku bela cengkerik. Tetapi tak. Sebab cengkerik perlu tempat lembab. Komputer aku panas dan berabuk. Habitat itu tak sesuai untuk cengkerik.

Aku cukup sensitif kalau komputer aku beroperasi dengan tidak berhemah. Mula la aku rasa nak marah. Aku kalau nak marah, mula lah rasa lapar. Aku bila rasa lapar, mulalah nak pergi mamak. Aku kalau pergi mamak mulalah rasa nak usha makwe. Aku kalau usha makwe, mula lah rasa nak kahwin. Peh. Filosophi sungguh hidup aku.

Tiba-tiba, aku teringat kata-kata seorang pujangga dekat kampung aku. Nama samarannya Miskan. Nama sebenar dia sungguh lucah. Dia saja-saja ubah namanya kepada Miskan tanpa pengetahuan ibu bapa, isteri, malah pejabat pendaftaran juga tak tahu dia tukar nama Miskan. Kan susah kalau di akhirat nanti. Tapi, bagi aku, nama Miskan juga cukup tak semenggah. Apa salah ambil nama Borhan ke, Mustafa ke, Rhoma Irama ke, Inung Inung Lah Sayang ke. Bukan ke lebih dekat di hati masyarakat?

Kembali kepada kata-kata Miskan. Dia berkata. Computers work best if you kick them. Memang bernas sungguh ayat yang dia sebut. Tak sangka pula Miskan tu walaupun sekolah tamil masa darjah 1, tapi bijak seperti memerang. Tahu dulu, aku suruh mak aku hantar sekolah tamil masa darjah 1. Takde lah aku kena tarik sideburn dengan Cikgu Faridah. Takde lah aku kena cubit pusat dengan Cikgu Alwiza. Takde lah aku bercampur dengan budak-budak laga semut hitam. Sekolah tamil sudah semestinya boleh belajar sambil menyanyi. Sikit-sikit menyanyi. Sikit-sikit menyanyi. Pakaian pun warna warni. Bila dah menyanyi, serbuk merah boleh dilempar kemana-mana. Tukang menari pun ramai. Lepas tu, muzik entah celah mana keluar. Kan cool tu. Bestari sungguh sekolah itu.

Kembali kepada 'Computers work best if you kick them'. Aku rasa macam nak sepak. Tapi, kenang balik baik tak payah sepak. Kalau komputer aku patah riuk karang, tiada pulak makwe nak bagi aku nombor telefon. Macam celaka punya niat.

Dah. Aku dah lambat. Tasbih Cinta dah start. Oh Bella...keh keh keh...

4 comments:

karibu said...

siot la ko...tulis la abis2....nk tgk tasbih cinta apa barang...

-en.sani- said...

ah...kau tgk apa? gerak geri gasing? tak pun geng bas skola?

hani said...

hahha..bella2..kau da buat sani gila..haha

-en.sani- said...

oh bella...awek lain pn x dpt layanan manja ini mcm tau~