Kalau nak kenang masa darjah 1 sampai darjah 4, memang aku tak dapat bayangkan aku pergi sekolah pakai seluar pendek paras pangkal peha. Memang lucah habis aku cakap kau. Itu jam kalau tak pakai seluar dalam, masa main pasir time rehat, memang nampak la lurah dendam orbit bimasakti apa semua tu. Memang jadi bahan dekat dalam kelas, sampai merajuk tak nak belajar. Nak-nak pulak seluar tu pakai 3 tahun tak ubah-ubah. Naik lusuh dah. Koyak sikit tampal. Yelah, masa kecik dulu, pembesaran kan lambat. Saiz pun maintain je. Macam mana tak lambat pembesaran, sayur pun taknak makan. Minum susu Anmum apatah lagi. Nasib baik lollipop ada, hidup jugak aku sampai sekarang.
Sekarang ni, bila aku pakai seluar pendek, kenapa ramai sangat pelik? Padahal, dekat kampung, aku dengan seluar pendek memang macam adik-beradik kembar dah. Pergi kebun seluar pendek, makan nasik seluar pendek, memancing seluar pendek, tengok tv seluar pendek, main basikal seluar pendek. Itu nasib baik sembahyang tak dibenarkan seluar pendek. Kalau tak, memang aku into semua benda seluar pendek. Bukan apa, senang sikit sendi nak bergerak. Angin pun banyak. Baik untuk kesihatan. Entah doktor mana cakap entah. Aku pakai hentam je tu.
Cuaca sekarang panas. Kalau aku ni glasier, dah lama aku ni pupus. Jadi, seluar pendek memang alternatif aku untuk aktiviti luar. Bulu betis, bulu peha, belakang kira. Janji aku selesa. Kalau kau orang stim tengok bulu betis aku, kenapa kau orang tak stim tengok bulu betis lembu ke, betis anjing ke, betis ayam ke? Ha, jawab.
Ini apa agenda aku cuba ketengahkan ni? Aku cuma nak cakap, kaki aku calar balar kena batu karang dekat Port Dickson itu hari sebab pakai seluar pendek. Yang aku melalut cerita pung pang pung pang tu kenapa? Kan dah tertipu para pembaca.
Jaga lah hati pembaca sikit Sani oi...
Monday, March 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
macam gampang la lu bro...hahahaha...ingat cerita apa tadi...aku pun tertipu...
apa2 pun, pakai seluar pendek pegi skolah mmg klasik beb...
klasik kan? nak tambah klasik, 4 tahun aku pakai seluar pendek 2 helai je...tak tukar2...bukan main maintain lagi cutting aku time tu...
yg aku heran, kenapa plak lu kena minum susu ANMUM nih? bukan tu susu ibu mengandung ka?? kahahahahahah!!!
errr....bro, betul ke bro? btol ke Anmum tu susu ibu mengandung? astaga...aku dah terlanjur minum la bro...
Post a Comment