Tuesday, March 9, 2010

Farah

Aku kenal Farah dah 1 tahun. Masa tu aku berada di kampung. Farah aku kenal melalui jiran belakang rumah wan aku. Mak Farah dah 3 tahun juga berpindah dari Rembau ke Tampin. Bapa Farah pencen askar. Mak Farah baik. Ayahnya sedikit garang, tapi, masih kuat sifat kebapaannya. Farah anak tunggal mungkin. Aku tak pernah tanya. Kejadah apa mahu tanya bapak dia hari-hari pegang parang panjang tebas rumput belakang rumah. Nak maut? Tapi, yang pasti, aku tak pernah nampak anak-anaknya yang lain. Mereka bagaimanapun menyayangi Farah ibarat menatang minyak yang penuh.

Mak Farah dikenali sebagai Makcik Nab. Makcik Nab sungguh baik. Selalu dia datang rumah wan. Borak-borak dengan wan aku. Aku pun tumpang borak juga jika bab-bab Farah keluar. Yang aku tahu, Makcik Nab sungguh sopan budi bahasanya. Bapa Farah pula, Pakcik Mat bekerja sambilan sebagai tukang tebar roti canai di pekan Tampin. Skil dia menebar roti canai memang top 10 jika nak dibandingkan dengan Asmawi Ani. Pernah sekali dia cabar Zed Zaidi turun padang bertanding tebar roti canai, tapi cabaran itu ditolak mentah oleh Zed Zaidi kerana masih tak kenal dengan tepung gandum. Marjerin pun dia cakap gula anau.

Satu pagi, sedang aku termenung di tingkap dapur, aku ternampak Farah di rumahnya. Makcik Nab mungkin di ruang tamu. Time-time macam ni, Makcik Nab mungkin sedang asyik menonton drama tamil. Jadi, aku pergi capai jagung ayam, keluar rumah, dan buat-buat bagi ayam makan. Mata sesekali jeling ke Farah. Dia memang cantik. Aku suka mata dia. Kalau masuk pertandingan, mata dia dapat markah penuh. Makin lama, aku makin menghampiri pagar rumah Farah. Farah tak sedar aku memerhatikannya. Sehinggalah aku memanggil namanya. Dia menoleh ke arahku. Aku tersenyum. Aku memanggilnya dekat pagar. Dengan malu-malu dia datang. Dia cantik pagi itu.

Tiba-tiba,

"Farah, apa buat kat luar tu...masuk dalam cepat..."

Suara Makcik Nab memotong stim.

Ciss. Baru nak ada peluang nak bermesra dengan Farah, mak dia dah panggil. Nak kongkong pun agak-agak la. Takkan nak keluar borak dengan jejaka terhangat Tampin masa itu pun tak boleh? Dah la jarang dapat jumpa Farah. Karang kalau Pakcik Mat balik kerja, lagi susah nak jumpa. Makcik Nab yang membahasakan dirinya 'Mama' pada Farah memang jarang tinggalkan Farah berseorangan apabila balik kampung ataupun pergi membeli belah. Mesyuarat PIBG sahaja yang dia tak bawa Farah. Nak tunggu mesyuarat PIBG, setahun sekali la jawabnya aku ada peluang nak jumpa Farah. Sayang sungguh dia dekat Farah.

Sehinggalah pada suatu hari, semasa aku baru capai motor nak pergi pekan, Makcik Nab ternampak aku. Dia lantas memanggil namaku seraya menggamit tangan risau aku tak dengar kerana memakai helmet. Aku segera mendapatkan Makcik Nab. Kalau Makcik Esah atau Makcik Eton yang anak serupa orang Timor Leste yang panggil, memang aku terus buat-buat tak dengar.


" Ye makcik, nak apa, kirim barang ke? " soal aku yang dah tahu tujuannya memanggil.


" Aha. Kalau pergi pekan, tolong belikan Whiskas untuk Farah. Perisa ikan tuna."



Aku angguk.


"Farah lapar ye sayang, nanti mama suruh abang Ayush belikan makan ye. Nanti papa balik, Farah makan ikan kembung pulak..."
kata Makcik Nab sambil mengusap-usap belakang Farah. Bulu putih gebu Farah memang cantik bagi kategori kucing parsi.


***

Aku dah cakap dekat isteri masa depan aku, nak letak nama Farah untuk anak perempuan, tetapi aku cancel sebab kes ini. Dah takde nama lain lagi ke Makcik Nab oiii...

13 comments:

Anonymous said...

aku terrrtipooooooooooooooooo!!!!

-en.sani- said...

dah agak dah...keh3....sabar...sabar...

karibu said...

aku dah terkena awal dah....malas nk bgtau...sial la ko...

-en.sani- said...

aku dah pasang jerat lentik,awal2 tau kau dah kena...malas mau kecoh2....hahahah!

hani said...

haha..seb bek rse x tertipo sgt..hek2~ klaka je..

-en.sani- said...

ah....farah kem salam hani...

musuh farah said...

ooo...ni la farah yg disebut2 tu eh? aku baca pun tak caye...last2 tu baru aku kena setepek kat atas dahi...mcm bengong...

-en.sani- said...

ceh...nk letak nama musuh farah nape...

hani said...

kem salam blk ah kt farah..farah mmg bwk kontroversi..huhu

ensani said...

baru farah tu...blom megan fox, rozita che wan, takpun tiz zaqyah..kalo bgtau kang, alamat ramai la kuar muka depan metro bunuh diri...

hani said...

hahaha..adoii... :))

-en.sani- said...

Haha.hani.rilex ok.jgn ditangisi lg..

nadya sayda said...

hampeh je..bekobar2 gmbarkn muke si farah 2..hampeh jek ayush ni ahahahah