Thursday, July 29, 2010

Ini bos saya


Ini bos saya semasa kami meeting semalam. Saya duduk belakang-belakang, korek hidung, cuit-cuit Rizal, main lampu jam tangan dan lukis-lukis. Bos saya tak perasan. Tiap kali dia pandang saya, saya buat muka kumbang.

Wednesday, July 28, 2010

Minum petang di inkubator

Selepas habis meeting tadi, dengan hati panas, aku, Rizal, Yusni, Din dan Zeck pekena minum dekat inkubator. Inkubator bukanlah tempat pengeraman telur ayam, tapi adalah nama lain bagi pejabat MSC. Otai-otai kena minum dekat inkubator sambil hisap rokok. Cuma aku saja tak hisap rokok, mengikut jejak langkah idola, Zanedine Zidane.



" Order bang, " kata indon ambil order.

" Teh o ais satu, " kata Rizal.

" Neskafe tarik, " kata Yusni.

" Teh limau suam, " kata Din.

" Limau ais, " kata aku.


" Abang? " kata indon ambil order kepada Zeck.


" Erm...(lama). "


" Bagi susu ais, " kata Zeck.




Kami semua memandang serong ke muka Zeck. Zeck buat-buat jadi alas meja.

Sakit

Semalam kepala aku rasa sakit. Rasa sakit sangat. Aku cuba-cuba cari pain killer dalam laci. Tak jumpa. Tak sedar air mata aku jatuh. Sakit sangat.


Hari ini hati aku rasa sakit. Rasa sakit sangat. Aku cuba-cuba cari penawar dalam memori. Tak jumpa. Tak sedar air mata aku jatuh. Sakit sangat.

Tuesday, July 27, 2010

Dalam hati masih ada rasa

Berbicara.

Kami masih berbicara. Sejak peristiwa itu kami berbicara menuturkan egois masing-masing. Kadang kau menghentam aku. Kadang aku menghentam kau. Bicara yang tidak mudah untuk meluahkan segala yang terbuku sekian lama. Kau kata aku tidak mengenali kau. Aku pula kata kau tidak mengenali aku. Dan kami terus berbalah. Tiada siapa mengaku kalah. Aku tahu aku ego. Dan kau sendiri tahu kau juga ada ego.

Sekarang, tak perlu cari salah masing-masing. Tak akan berakhir jika kau dan aku tidak mengalah. Aku tahu sekarang kau marah. Sangat marah kerana aku luahkan semua. Saat kau tidak sedia.

Tapi, harus kau ingat. Dalam hati masih ada rasa.

Jangan ingat aku gembira apa yang aku cakap pada kau.

Aku minta maaf untuk ke 5 juta kali.



I'll keep holding on
I'll keep singing my song
It gets me through it
I've got the scars to prove it
Well I know the road is long
But I'm staying strong
So don't cry
Cause this is not my last goodbye...


Gambar carik gaduh

Semasa aku godek-godek komputer, aku terjumpa satu gambar paling rare aku masa muda-muda dulu. Gambar tahap-tahap Melodi. Rizal berapa kali hentak meja bila aku tunjuk gambar ni dekat dia.




***


Macam mana aku boleh lupa yang aku pernah ambik gambar dengan Juliana Evans ni?

Monday, July 26, 2010

Pengalaman karaoke di awal pagi

Semalam ialah waktu tertekan. Yusni dan isteri serta Rizal dan isteri merancang sesi karaoke di Seri Kembangan. Pukul 1 pagi, Rizal call aku yang ketika itu sedang makan nasik. Apa gila makan nasik pukul 1 pagi. Tapi memang betul. Hari itu, sehari suntuk aku tak makan nasik. Hati tengah berang.


Rizal : Bro, ada mana? Jom la, kitorang karaoke ni...

Aku : Ada rumah ni. Awat tak bagitahu esok je, hari ni ada karaoke? Dah start baru bagitau.

Rizal : Yelah, ingat kau tau, Yus bagitau ke.

Aku : Memang dia ada bagitau petang tadi, tapi tak tau jadi ke tak, senyap je.

Rizal : Jom la datang sini.

Aku : Okeh. Tunggu. Nak cium mulut Lisa Surihani jap.

Rizal : Macam gampang!


***


10 minit kendian, aku sampai dan terus dipelawa menyanyikan lagu 'jantan ngenyah' bak kata Rizal, Seribu Tahun dari Imran Ajmain. Sehabis baik aku nyanyi. Fikir-fikir balik, macam gampang pulak aku rasa. Tak patut betul aku nyanyikan lagu tu. Kurang ganas.

Tu okay lagi, yang Rizal dengan Yusni nyanyi lagu Musafir Di Aidilfitri siap mengalir air mata tu apa cerita? Puasa dah ganti ke?

Saturday, July 24, 2010

Tangan tetap gatal nak post




Cis. Tiba-tiba aku rasa macam nak bawa diri ke Rome, Italy pulak. Eleksender Graham Bell orang Italy ke eh?

Friday, July 23, 2010

Kalau ini dikatakan mimpi, mengapa ianya tidak mudah?

Aku rasa sangat kecewa kepada diri sendiri. Sangat-sangat kecewa. Aku harap boleh hadapinya sendiri sekarang. Aku sudah bosan bersabar.

Jangan tanyalah kenapa aku diam saja beberapa hari akan datang. Jangan tanya kenapa aku kerek.

Memori bukanlah sesuatu yang baik untuk aku. Kan bagus boleh lupuskan memori semudah Control+Alt+Delete.

Selama ni kau tipu kau hidup tenang, Sani.

Thursday, July 22, 2010

My super ex-girlfriend...


Aku dah cakap dah kat makwe sorang ni, jangan jadi spy. Nak jadi jugak. Minat katanya. Ha, kan sekarang dah kena tangkap. Takkan tak tengok filem Hollywood yang mana rata-rata agen perisik dari Russia akan ditangkap pihak Amerika tak kira lelaki perempuan. Bukan aku tak pernah bawak dia pergi tengok wayang cerita James Bond. Pernah. Dari zaman Roger Moore sampai la ke zaman Daniel Craig aku belanja dia tengok wayang buat pedoman hari muka.




Anna Chapman - perisik dari Russia. Berumur 28 tahun, pandai berbahasa Russia, English dan Negeri Sembilan. Seorang businesswoman. Nama sebenarnya ialah Anna Kushchenko.



Kau tak rasa cool ke jika makwe kau seorang perisik rahsia? Gila cool aku cakap kau.



Anna Chapman bulan lepas sebelum ditangkap, ada sms aku. Masa itu aku tengah makan nasik.



" Kalau I kena tangkap, jangan you lupa janji-janji kita, okay..."

Dengan tangan penuh nasik, aku balas,

" Eh, BMW you tu jangan lupa turun nama I..."



Ah, cuba tengok, kau orang pun tak sangka muka cun mengalahkan anak unikorn ni adalah seorang perisik. Sayang sekali aku duduk dekat Malaysia. Kalau area Amerika sana, memang aku pergi selamatkan si Anna ni. Pakai sut Batman, pecah masuk ikut tingkap. Ah, cakap banyak pun tak guna. Val Kilmer belajar jadi Batman pun dari aku jugak dulu.



***




Saat manis bersama Anna Chapman di tembok pesisir Sungai Thames. Gila romantik.

Makwe-makwe dah start karate meja komputer aku dengar.




p/s : Eh, nombor telefon Vladimir Putin ape eh? Aku nak suruh campak seketul nuklear dekat New York bagi amaran.

Pengalaman aku dalam lif

Petang semalam, waktu kerja sudah tamat. Pekerja-pekerja yang sibuk bekerja, malah yang sibuk update status facebook juga sama turut pulang. Dari pangkat bawah-bawahan hingga ke ketua jabatan berpusu-pusu keluar pejabat samada untuk pulang, pergi pasar malam, tengok wayang, mengejar siri telenovela atau ke kelab dangdut. Tapi yang pasti, semuanya mahu keluar dari pejabat.

Salah seorangnya termasuklah aku. Di sebuah lif yang berkapasiti 800kg, kami menunggu dengan penuh sabar untuk turun ke bawah.


*Ting!*


Lif terbuka. Orang berpusu-pusu masuk. Ada juga di kalangan gentleman beri laluan kepada makwe-makwe. Ah, itu aku. Selepas itu, aku menyelit cepat ke dalam lif. Beberapa orang mamat yang bersifat keji dari tadi berebut nak masuk tanpa bagi laluan bernasib agak malang. Mereka tersekat tak dapat masuk lif yang sudah padat. Heh. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, bisik aku dalam hati.


Pakcik di depan tekan tingkat G. Pakcik itu berseloroh, " Kau nak pergi tingkat apa? G? G tu gajah..Kehkehkeh..." Ayat pakcik tu buat aku rasa nak tempeleng. Ingat lawak entah. Nasib baik aku jauh sikit dari pakcik tu, kalau tidak, memang merasa.


Masing-masing senyap melayan perasaan. Mungkin penat agaknya. Ada yang bersandar ke dinding lif, ada yang melayan sms. Ada yang mengangguk kepala seperti menyanyi. Ada yang mengira-ngira jari. Mungkin risau jari ada yang terkurang semasa mengendalikan mesin pencarik kertas di pejabat tadi agaknya.

Tiba-tiba,


" Berlalulah sudah Ramadhan,
sebulan berpuasa,
Tiba Syawal kita rayakan,
dengan rasa gembira.
Anak muda di rantauan
semuanya pulang ke desa,
ibu dan ayah keriangan
bersyukur tak terkira... "



Ah. Spoil betul. Semua pandang ke aku. Aku tunduk segan sambil menyeluk handset dalam kocek seluar. Celaka betul.


Pakcik yang kuat berseloroh tadi mata dah berkaca. Ah, jiwa macam gula kapas. Tak dapat cuti raya la tu.

Wednesday, July 21, 2010

Majid Driving School - Kerana Fatimah

Selepas habis mengajar budak belajar memandu tengahari itu, Majid teringat pesan isterinya, Marjinah untuk ke pasar untuk membeli tomato dan daun sup. Marjinah mahu buat nasik ayam. Nasik ayam Marjinah memang antara yang terbaik di daerah itu. Pendek kata, nasik ayam Marjinah berada di tangga kedua selepas Chicken Rice Shop.

Majid terus menuju ke pasar yang hanya terletak 3 kilometer dari opisnya. Kalau lalu jalan air, mungkin hanya 1 kilometer. Tapi, memandangkan Majid tidak mempunyai sampan, maka, kereta Kancilnya itu sahaja pilihan terbaik.

Semasa melalui satu simpang tiga, Majid ternampak satu gerai menjual air tebu. Majid kenal sangat dengan pemilik kedai air tebu tersebut. Siapa lagi kalau bukan skandal Majid masa muda-muda dahulu, Fatimah si janda muda.

Fatimah ni sudah 5 tahun menjanda. Kematian suami yang kemalangan lori baja di Bukit Lanjan. Body Fatimah memang masih solid walaupun usianya menginjak ke 30-an. Maklumlah, masih tiada anak.


" Macam tak sedap hati pulak kalau tak singgah, " kata Majid dalam hati.


Jadi, seperti kebiasaan, Majid pun berhentilah di gerai air tebu Fatimah. Masa itu Fatimah sedang menggoreng pisang.


" Timah, tolong bungkus pisang goreng dua ringgit. Air tebu satu. " kata Majid tanpa beri salam.

" Tunggu kejap, bang. " jawab Fatimah tersenyum sambil memandang muka Majid.

" Takpe. Tunggu lama pun boleh. Kerana kau semua aku boleh, Timah. " jawab Majid seloroh.

" Hehe. Betul ke?" jawab Fatimah manja.



***


" Takpe. Tunggu lama pun boleh. Kerana kau semua aku boleh, Timah. "

Ayat itu terngiang-ngiang di telinga Majid. Majid terpaksa tunggu pisang goreng dua ringgit dan air tebu sebungkus sampai bawak ke Maghrib. Mengamuk Marjinah malam tu sebab tak dapat masak nasik ayam.


" Kerana Fatimah lah katakan, " kata Majid dalam hati sambil menekup ais di pipinya yang lebam dibaling anak lesung batu bersaiz satu kilo.

Cemburumu

Rupa-rupanya dia cemburu. Patutlah diam saja seminggu ni. Sekarang, giliran aku pulak untuk memujuk.

Nampak makwe lain komen pun cemburu. Haih. Camne la dia boleh minat sama Aaron Aziz ni, ye tak?

Nanti saya belanja beg tangan dekat Charles & Kid eh?


***

Tiba-tiba masa aku check dalam wallet tadi, baru aku perasan bahawa duit aku dah tinggal beberapa kerat. Cis. Gaji pun lambat lagi. Dalam bank tak boleh pulak usik, bising pulak bank negara nanti.

Macam mana aku boleh ada hobi membela kuda padi ni?

Tuesday, July 20, 2010

Hey geng...

Sedang aku menonton Astro cerita X-Men : Origin di kampung tempohari, ada seorang anak jiran datang ke rumah. Kecil lagi budak itu. Baru darjah 3-4 aku kira. Tengah sedap-sedap lempang orang cakap.

Menyusul di pintu ialah maknya.


" Wan ada? " kata itu makcik.

" Ada kat dapur, tengah karaoke..." jawab aku. Tang karaoke tu aku cuba rendahkan nada bagi tak nampak kurang ajar.



Makcik terus ke dapur. Anak lelakinya duduk tanpa diundang di sebelah kerusi yang aku duduk. Aku cuba buat muka kumbang.

X-Men : Origin tengah-tengah nak klimaks dia punya jalan cerita. Babak Wolverine tengah lawan dekat atas serombong asap. Budak sebelah aku pandang aku dengan tiada langsung rasa hormat.



" Abang, ada cerita best la! " kata itu budak separuh menjerit.

" Ha? Ape best? " jawab aku tanpa mengalihkan pandangan dari skrin tv.



Budak itu tanpa disuruh terus mencapai remote Astro di atas meja dan terus menukar siaran yang sedang rancak aku tengok.


Geng Bas Sekolah.


Hati aku membara. Tapi apakan daya, sifat sabar tu masih pekat dalam jiwa aku.

Lagipun, layan jugak Geng Bas Sekolah ni kadang-kadang.

Adakah kamu akan bosan juga?

Semalam aku bermimpi. Masa itu redup. Dia muncul betul-betul di hadapan aku semasa aku sedang merenung langit yang beransur merah.


Dia : Awak.

Aku : Ye.

Dia : Erm, apa yang awak risaukan?

Aku : Takde apa.

Dia : Jangan nak tipu lah, Hairus.

Aku : Erm...(Panjang) Saya risau satu hari nanti semua yang saya kenal akan bosan dengan saya.

Dia : Kenapa awak cakap macam tu? Awak pernah lalui ke?

Aku : Pernah.

Dia : Maksud awak, perempuan?

Aku : Yup. (Hanya senyum nipis memandang ke matanya)


Pukul 2.45 pagi aku terjaga dari tidur. Hujan lebat di luar. Aku rasa tak sedap hati. Jadi, aku bangun dari katil dan pergi kencing.


***

Ini cerita betul. Perenggan akhir menunjukkan aku memang tak layak menulis cerita cinta dan romantis. Aku agak anti klimaks. Nak menipu-menipu ni macam tak manis pulak. Ye tak?


***



Sekarang aku tengah cari tune suara Travis. Kalau dapat, memang aku nak nyanyikan lagu ni dekat makwe terpilih. Aku cakap serius ni bai. Sesiapa pernah belek handphone aku, tahu la, aku ada rakam lagu Hey Jude dan I Don't Wanna Talk About It. Sendiri tengok, sendiri meremang bulu roma. Apa cerita?



*Beberapa orang makwe telah menunjukkan tanda-tanda bosan dengan sikap aku menjelang entry ini ditulis. Aku minta maaf. Aku hanya manusia biasa yang ada turun naik. Betul, aku rindukan kau sekarang...

Monday, July 19, 2010

Kulinari

Masa tingkatan 3 dulu, aku terjumpa perkataan 'kulinari' dalam sekeping borang permohonan kemasukan ke sekolah teknik. Bunyi macam sedap. Macam kerja-kerja berat. Tetapi, tahap keyakinan aku terhadap mainan perkataan pada masa itu adalah tidak begitu membanggakan. Nak bertanya orang, malu pula. Nak tanya makwe, masa tu mana ada makwe lagi. Sekarang pun takde.

Selepas beberapa bulan bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Sg Buloh, baru aku tahu maksud sebenar kulinari. Mati-mati aku ingatkan kulinari tu sejenis pengajian jentera berat. Nasib baik aku tak pilih, setan.

Kalau aku pilih jurusan tu dulu, mungkin sekarang ni aku kerja dekat Hotel Mania tak? Ah, setakat lagu Oh La La tu selamba aku tarik macam Norman.

Friday, July 16, 2010

Terakhir minggu ini

'I lost my 8kg Kingston pendrive in FOE second floor classroom yesterday. The colour is black.'


Patut la dia tercicir. Berat sangat pendrive. Macam bawak sekampit beras datang kelas apahal? Macam-macam hal la student Afrika ni. Tahu la lari laju macam cheetah. Badan kuat macam badak sumbu. Takkan la nak bawak pendrive 8 kilo?


***


Aku bakal bercuti dan tidak akan online selama seminggu mulai sekarang. Nak pergi balik kampung. Lepas tu ada projek gila-gila remaja dengan Keril dekat Melaka. Tekak pun rasa macam pahit-pahit je ni lama tak karaoke.

Amacam Keril? Dah ready ke lirik piss..piss...piss.. kamu jangan nakal?

Borhan, Azizul dan Rahim

Borhan adalah seorang pekerja kerajaan yang sudah 4 tahun bekerja. Walaupun hanya kerani-kerani biasa, tapi beliau punya gaji melayakkan untuk membuat loan kereta Myvi dan rumah teres 2 bilik air dan lapan kepala paip. Oleh kerana Borhan belum berkahwin, beliau ada simpanan duit yang banyak dan boleh dikatakan hidup dengan mewah. Kejap-kejap shopping. Kejap-kejap, Genting. Kejap-kejap Bukit Kayu Hitam. Disuruh mengaji tak tahu.

Satu hari, Borhan sedang membeli kuih cakoi di pasar malam. Sedang beliau mengira duit dalam walletnya untuk dibayar ke tuan punya kedai kuih cakoi, sekeping not RM5 telah terjatuh dan melayang ke tengah orang ramai lalu lalang. Borhan perasan dengan kejadian itu, tetapi hanya membiarkan duit itu hilang dari celah-celah betis orang ramai.

Kata Borhan sendirian,

" Ala, takpelah. Bukan banyak pun, lima ringgit je..."

Tuan punya kedai kuih cakoi hanya tersenyum.


***


Jika disebut nama Azizul dalam pekan Tampin, memang jarang orang tak kenal dia. Sebut saja siapa, abang JPJ, tauke kedai aksesori, makcik tunggu bas, makwe kedai handset, pakcik guard Tabung Haji, cina kedai sensei, tambi jaga lembu, semua kenal Azizul. Cuma polis marin saja tak kenal Azizul kerana Tampin bukanlah sebuah bandar pelabuhan.

Azizul terkenal bukanlah kerana beliau pernah menjadi ketua kampung. Jauh sekali menjadi juara Akademi Nasyid. Ini adalah kerana Azizul memiliki sebuah kereta Proton Wira paling juara sekali area Tampin. Kereta Proton Wira tu memang kecoh habis. Walaupun baru sampai depan Masjid Tunku Besar, tapi, bunyi Proton Wira Azizul sudah terngiang-ngiang sampai ke Shell Pulau Sebang. Apa cerita? Ekzos pakai papan lapis ke?

Dalam jiwa Azizul hanya racing. Racing tu telah jadi darah dagingnya sejak di bangku sekolah. Tiap-tiap malam dikatakan Azizul mencari partner untuk racing. Sekadar suka-suka, katanya. Kadang-kadang, beliau sanggup turun ke Sepang Circuit untuk menyertai drag race apa jadah. Hujung minggu Sepang. Ahad Sepang. Kadang-kadang Batu Tiga. Kenal sangatlah Azizul dengan Tengku Djan tu. Tinggal lagi Tengku Djan saja tak kenal sama Azizul.

Proton Wira Azizul memang dah habis bikin. Enjin Evo 8, intercooler lori terjojol buatan sendiri, sekali tarik bunyi pechesss-pechesss, lubang ekzos besar sarang arnab, rim tujuh belas. Nak cakap banyak pun tak guna, demi keseronokan, kata Azizul. Sekali start enjin, RM2 melayang. Belum press minyak lagi. Belum pergi Sabak Bernam lagi tu. Pendek kata, sediakan RM100 tiap hari untuk isi minyak kereta. Belum cerita tayar selang seminggu habis botak sebab main drag.

Tapi, takde hal bagi Azizul. Maklumlah, anak Pegawai Daerah.


***

Rahim tidak bekerja. Tapi memiliki sebuah ladang koko yang luas juga. Turun temurun punya ladang. Beruntung betul Rahim. Tiap-tiap bulan puluh ribu masuk bank. Harga koko memang tengah naik ini tahun. Pekerja pula tak ramai. Ada la dalam 3-4 orang Indon takde permit. Bagi makan pakai, gaji RM200 sebulan, setel. Janji tak tahu dek imigresen. Duit pun jimat. Itu belum lagi beliau mengusahakan tanaman sampingan pokok tembakau secara sembunyi-sembunyi. Jual di pasaran gelap, sebulan boleh dapat empat angka juga. Kalau lapan belas bulan? Tak boleh kahwin empat?

Kerja Rahim tak susah. Pagi, bangun pukul 10, hisap rokok sebatang, pergi ladang dengan kasut getah naik Pajero, Jenguk-jenguk pekerja Indon hidup lagi ke tak. Kalau semua okay, uruskan jual beli koko. Ada tauke cina dah tunggu hari-hari depan ladangnya untuk ambil buah koko. Habis itu semua, Rahim lepak kedai kopi bawak ke petang. Kalau ada wrestling, sampai ke malam tak balik rumah. Hisap rokok mahal. Kawan-kawan mintak sebatang takde hal. Sehari, 3 kotak boleh habis. Nama pun tauke tembakau, kata Pak Mat Kedai Kopi terhadap Rahim. Jika rokok sekotak nak sepuluh ringgit, 3 kotak dah tiga puluh ringgit. Belum bayar kopi lagi. Belum bertaruh wrestling siapa menang lagi. Belum kalah judi main dam aji lagi.

Tapi, itu tiada masalah bagi Rahim. Keseronokan tidak boleh dibeli. Selagi seronok hisap rokok, hisaplah. Sampai lebam.

" Duit boleh dicari. " kata Rahim sambil hisap rokok Lucky Strike.


***


Satu hari, kerajaan mengumumkan untuk menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen.

Borhan, Azizul dan Rahim terkejut. Mereka jadi kucar-kacir. Petang pengumuman kenaikan harga, Borhan, Azizul dan Rahim bergegas ke pekan untuk mengisi penuh petrol di tangki kereta masing-masing. Tak cukup dengan kereta, dibawanya pula tong 20 liter. Ada yang bawa tong minyak masak. Dan kalau boleh botol air badak sekali.

Mereka cukup marah dengan kerajaan. Mengatakan bahawa kerajaan tidak mengambil kira hati rakyat. Petang itu, kalau tak hempas pintu kereta pergi bayar dekat kaunter minyak, memang tak sah.

Thursday, July 15, 2010

Selamat Hari Banci

" Banci penduduk, dan perumahan,
Maklumat anda sangat diperlukan..."



Aku harap-harap yang datang banci rumah aku nanti adalah makwe cun. Aku dah siap-siap minyak wangi paling mahal. Baju berkolar kain lembut. Seluar paling sedap-sedap pakai. Rumah pun dah siap-siap kemas macam kilang Ikea. Dekat dinding aku kasi lukis gambar love warna merah. Lepas tu ada satu potret Napoleon Bonaparte dekat sudut ruang tamu bagi nampak macam brader-brader matang. Kena masa, time tu dia datang aku tengah makan. Peh, memang aku ajak candle light dinner. Tapi apa jadah orang banci waktu malam?


Kalau lelaki, pergi mampus aku nak bukak pintu.

Wednesday, July 14, 2010

Mengaji

Aku terkejut dari tidur petang tadi. Terkejut sungguh. Bukan main-main punya terkejut. Boleh buat filem punya terkejut.

Aku dengar macam orang mengaji. Kuat. Bunyi pun macam marah. Dari mana entah datang sound orang mengaji kuat-kuat ni. Mula la aku rasa seram sejuk. Timbul keinsafan kepada diri aku. Mungkin aku kena ubah tabiat tidur selepas Asar. Ini peringatan mungkin. Ini betul punya Al-Kuliyyah.




Aku bangun, terus jenguk ke tingkap, pandang ke stadium bola seberang jalan.

Ada budak-budak main bola dekat stadium. Penuh jugak stadium punya tempat duduk. Aku perati betul-betul. Semua budak-budak arab yang main bola. Siap pakai pengulas bahasa arab. Peh. Macam kat Stadium Batu Kawan Kaherah.

Memang pengulas bola tu cakap bahasa arab. Mati-mati aku ingat orang tengah mengaji. Aku rasa sungguh jahil petang itu.

Inilah dia, bahasa arab, bahasa Al-Quran.


***


Jadi, aku repeat aku punya tidur. Aku harap, makwe dalam mimpi tadi ada lagi tunggu tepi pantai.

Mencari hantu hari dua

Kau orang rasa, kalau aku pergi buat kerja bodoh macam semalam pergi cari hantu dekat bangunan horror MMU waktu-waktu macam ni, ada luck tak? Hati walaupun berdebar-debar, tapi, niat nak tahu tu tetap menggelojak.

Untung-untung dapat jumpa Terminator. Dapat tengok Misha Omar pun kira okay dah.




Ah, baru tengok trailer filem Mantra dah bersepah dada nafas turun naik masa nak tidur malam-malam teringat mamat yang gali kubur tu. Ada hati nak cari entiti. Phui...



p/s : Cerita semalam sebenarnya aku tipu sikit. Memang aku pergi jenguk tempat tu. Tapi, dekat luar je la. Dari luar pun boleh dengar bunyi kucing mengawan. Sekarang baru aku tahu, kucing mengawan area-area tengah tahun pukul 2 pagi. Memang National Geographic punya entry.

p/s : Tapi, yang cerita aku terbaling handset akibat terkejut memang betul. Nasib baik tak berkecai aku baling. Betul-betul jatuh atas tanah pasu bunga. Babi punya kucing. Dah tau orang ada latah...

Tuesday, July 13, 2010

Jintan masin ada ke?

Jintan apakah yang aku telah tergigit dalam ayam goreng pasar malam ini tadi? Aku rasa sungguh down. Ini pengalaman pertama aku tergigit sejenis rempah ratus yang yang tidak diketahui nama dan asal-usulnya. Tapi aku yakin, itu adalah jintan.

Rasanya seperti ketiak mamak.

Pengalaman aku menjejak hantu MMU

Malam tadi, aku dan Zek bercerita mengenai pengalaman Zek nampak hantu di sebuah bangunan MMU. Aku pura-pura berani. Aku ajak Zek ke tempat kejadian pada pukul 2 pagi tadi. Berdekatan studio. Menurut Zek, dia nampak perempuan rambut panjang muka cantik jenguk dekat dia beberapa minggu lepas. Seminggu juga Zek demam.

Kami tahu, tempat itu memang horror. Banyak cerita kurang enak dekat bangunan itu. Yang nampak orang tua baju hitam janggut panjang macam Gandalf. Yang nampak toyol main lif. Lif tiba-tiba terbukak takde orang. Perempuan bertaring tanpa lipstick. Yang dengar orang menyanyi lagu Winter Sonata . Yang diganggu unikorn. Ditegur Malek Noor. Disampuk Terminator. Dikacau Misha Omar. Haih. Macam-macam lah.

Aku jalan dulu dengan langkah besar. Dada pun bidang. Pura-pura berlagak berani dengan Zek. Aku tahu, Zek berani. Sambil itu pegang handset di tangan. Slow-slow set nombor telefon rakan-rakan terdekat kalau ada kecemasan. Atau sekurang-kurangnya telefon Rakan Cop.

Sampai satu lorong gelap yang agak sunyi, satu tembok berdekatan tandas,


" Kletang!!! "


Dada aku bagai nak jatuh. Aku menjerit spontan.


***



Kucing itu sungguh nakal. Yang nak mengawan atas tembok tu apahal?


Kenapa handset aku jadi mangsa baling? Jahat betul tangan ni.

Nasib baik Sony Ericcson murah. Kalau yang mahal tadi? Misha Omar nak ganti?

Sesemut

Pada satu petang di hujung tahun 2009, aku berada dalam kereta yang dibawa oleh makcik, ditumpang oleh adik lelaki aku, dan sepupu bernama Haikal. Destinasi kami waktu itu Pantai Morib. Bukan pergi berkelah, mahupun memasang khemah. Jauh sekali pergi membeli nombor ekor. Saja-saja survey tempat nak bawak family cuti sekolah akan datang.

Aku teringat satu peristiwa yang membingungkan aku. Fikiran aku mengundur waktu. Waktu itu dekat depan rumah Keril.


Aku : Weh, duduk lama-lama kaki aku sesemut la.

Keril : Sesemut tu apa?

Aku : Sesemut la. Macam ada semut banyak dekat tapak kaki. Kebas-kebas.

Keril : Hey, lahanat, itu orang panggil semutan la. Sesemut pala otak lu.

Aku : Tapi, orang kampung aku panggil sesemut!


***


Masa dalam kereta, aku yang duduk belakang tiba-tiba mahu bertanya kepada makcik yang aku panggil 'Ibu'. Sepupu aku Haikal duduk di sebelah aku. Panas agaknya hari itu. Dia sedang meneguk kira-kira 4 kilo air mineral.


Aku : Ibu, orang Melaka kalau panggil kebas kaki tu, semutan ke? Bukan sesemut?

Makcik : Entah. Ye kot. Tapi biasanya panggil sesemut je.

Aku : Tapi kan. Macam tak sesuai la pulak panggil semutan tu.

Makcik : Kenapa pulak?

Aku : Yelah, bila kebas kan rasa macam ada banyak semut main-main dekat kaki. So, lebih sesuai la panggil sesemut. Kalau sebut semutan pulak macam sikit je semut tu. Tak menggambarkan semut yang banyak. Kan?


Makcik dan adik aku yang duduk di hadapan hanya mengangguk berkenaan teori aku.

Sementara itu, mengapa perlu si Haikal tersembur air mineral sampai keluar dekat lubang hidung? Habis siling kereta Proton Saga itu basah kuyup sampai kena dekat aku. Aku panik, ingatkan beliau terkena buatan orang. Atau sekurang-kurangnya sawan babi.


" Kenapa buat lawak Along? " kata Haikal.


Aku bingung. Bila masa aku buat lawak? Macam lawak ke tuan-tuan? Ini berkenaan penggunaan Bahasa Malaysia yang tepat dan total. Watson Nyambek pun paham la apa aku maksudkan ni, Haikal.





* Okay, lepas baca balik apa aku tulis, aku pun gelak jugak. Memang aku kurang serius bila cuba serius. Dunia memang tak adil kepada aku. Bila la orang akan pandang aku sebagai insan yang serius?

Monday, July 12, 2010

Telur rebus

" Kau makan la telur rebus tu. Karang kentut bau lahanat! " tegur seorang kawan yang makan bersama-sama pagi tadi di sebuah kedai nasi lemak.

Aku pandang ke dia sambil senyum manis macam budak baru kena sound main pasir.

Baru sekarang aku tau, kalau orang tak makan telur rebus kentut bau kasturi. Atau bau bunga cempaka mungkin?

Kau agak-agak, Eva Mendes punya kentut bau wangi tak? Aku berani betting mesti bau bunga kemboja.

Majid Driving School - Ke Tabung Haji

Hari itu Majid dan isterinya turun ke pekan untuk urusan Tabung Haji. Nama saja ada akaun Tabung Haji, tapi jumlah dalam akaun Majid hanya cukup-cukup buat pergi beli ikan cencaru sekilo. Isteri Majid, Marjinah nasib baik ada sifat menyimpan. Tak guna ada laki, tapi takde duit, menurut jiran-jiran sebelah menyebelah rumah yang dengar sendiri melalui mulut Marjinah yang mengutuk suaminya sendiri. Neraka paling dalam ditempatkan nanti, nasihat jiran sebelah rumahnya, Asmira yang tidak miss walau sekalipun sesi mengumpat tak ingat azan Zohor. Petang-petang tengok telenovela.

Masa ambil nombor giliran, Majid melihat nombor di papan nombor. Lambat lagi. Ada la dalam 15 orang punya turn.

" Mar, kau tunggu sini, aku nak keluar, hisap rokok kejap. " kata Majid.

Marjinah hanya mengangguk sambil mata tak putus-putus menonton televisyen yang disediakan pihak Tabung Haji. Memang banyak untung Tabung Haji sekarang, fikir Marjinah sambil melayan drama lakonan Jalaluddin Hassan.


Majid menyalakan rokok Gudang Garamnya sambil bersandar di tiang hadapan Tabung Haji. Sambil kelihatan seorang kutu rayau berjalan terhuyung hayang menuju ke arahnya. Dari pengamatannya, kutu itu berada di bawah pengaruh gam danlop. Macam mana nak masuk syurga, fikir Majid.

Di seberang jalan kelihatan 3 orang anggota polis sedang memerhatikan kutu tersebut dari tadi. Setiap anggota polis tersebut tersisip kemas di pinggang masing-masing sepucuk pistol. Itu kalau dia tembak kutu rayau dari jarak itu, memang senang-senang bersepai otak kutu tu, fikir Majid.

Majid menyedut asap Gudang Garamnya dalam-dalam, dan melepaskan perlahan-lahan macam orang lama.



Tiba-tiba,

" Bang!!! Bang!!! "


Majid menggelupur terkejut. Sangkaannya tadi mungkin betul. Polis tersebut mungkin menembak kutu rayau tersebut. Panik betul Majid. Dia langsung tak menoleh ke kutu tersebut, kerana beliau ada mabuk darah. Sambil itu, Majid mencari tempat sembunyi bagi mengelak peluru sesat. Selang 5 saat kendian, Majid terdengar lagi,


" Bang!!! Bang!!! "


Kali ini lain benar bunyinya. Majid keluar dari tembok persembunyiannya.


Di pintu kaca Tabung Haji, isterinya menjulurkan kepala mencari Majid,


" Bang!!! Cepatlah sikit masuk. Buat apa menyorok belakang tembok tu? Dah sampai turn kita ni! "


Majid lihat kutu rayau tadi sengih-sengih duduk di tangga. Sambil 3 orang polis seberang jalan mengurat makwe lalu lalang.


" Aku kena henti minum air daun ketum ni nampaknya..." fikir Majid sambil buat muka india.

Sunday, July 11, 2010

Petang Ahad yang pemarah

Aku benci bukak blog orang yang banyak warna dan terlalu banyak link dan iklan, lepas tu pop-up dia macam nak carik gaduh tiap kali aku salah klik. Masuk blog macam masuk pesta muda-mudi. Warna sana, warna sini. Lepas tu ada pulak binatang lari lari tengah-tengah aku baca blog tu. Sumpah terganggu! Aku benci pop-up dan iklan. Nak-nak semua iklan macam gampang. Ingin tahan lama? Mahu tetek besar? Rahsia duit masuk tiap hari? Rahsia nenek kau?

Klik je keluar gambar Dr Rozmey. Apa gampang?!

Kau ingat tak penat ke aku? Tolong la fikir insan-insan yang kurang bernasib baik macam aku. Internet slow. Tiada kemampuan untuk melanggan internet sendiri. Pakai internet free hari-hari. Loading gambar pun macam nak tunggu ending Sembilu Kasih dia punya lambat. (Eh, Yusof Haslam jangan la sentap.)



Mari sama-sama menadah tangan. Ya Allah ya tuhanku. Berkatilah internet di Malaysia...




p/s : Aku janji esok aku berubah. Tak mahu cakap kasar dah. Please. Ni last. (mesti perempuan cakap," Ah, lelaki semua sama je...") Kan?

Mimpi

Ciss. Malam tadi aku aku mimpi tak sedap. Bangun tidur je terus tak sedap hati. Memang bakau darah dia punya mimpi.

Mimpi kena cross line.

Jangan tanya cross line tu apa. Jarang aku bangun tidur menyumpah-nyumpah ni.

Saturday, July 10, 2010

Majid Driving School

Sedang kereta yang dibawa oleh Afendi keluar melalui simpang tiga, Majid yang bertindak sebagai cikgu mengajar memandu berkata.

" Himpit lorong kiri. Ekor mata kena main peranan penting tengok signboard. "

Afendi budak baru tamat SPM mengangguk. Minggu depan, dia ada ujian JPJ. Impiannya untuk memiliki lesen memandu kereta bakal tercapai. Sudah tentu bapanya memberi lesen besar jika mahu keluar naik kereta ke pekan nanti. Sudah terbayang dalam kepala otak Afendi untuk memasang angan-angan menambah sikit aksesori dan meningkatkan kelajuan Toyota Corolla milik bapanya.

Majid lihat Afendi sedari tadi hanya diam. Sepatah Majid cakap, hanya dibalas oleh anggukan Afendi. Bosan pula di hati Majid. Kalau pelajarnya itu seorang makwe, sudah tentu banyak point-point penting Majid ingin bicarakan. Kejadah apa mahu guna ayat bunga-bunga dengan Afendi?

" Okay, kau tengok signboard kawasan sekolah. Had laju 30 km/j. Slow sikit. "

Afendi mengangguk lagi. Afendi memang ada darah gemuruh. Sejak kecil, kalau sedang apa-apa test, memang dia akan gemuruh. Tak kiralah test apa. Malah, sikap suka melatahnya lebih memburukkan keadaan.


Majid ingin menguji Afendi yang nampak agak membosankan itu.

" Ha. Kau terlepas satu signboard tadi..." kata Majid tiba-tiba.

" Ha? Terlepas? Signboard apa? " jawab Afendi terketar-ketar.

" Signboard Tanah Perkuburan Kg. Gembala! " kata Majid menahan gelak.

" Jadi, saya kena buat apa sekarang ni bang? " kata Afendi makin panik.

" Tadah tangan, sedekah al-fatihah!!! " jawab Majid seraya terhambur gelaknya.


Afendi yang panik, terkejut dengan gelak kuat oleh Majid dalam kereta Kancil itu. Serta merta Afendi melatah dengan menadah tangan seperti orang ingin berdoa.

" Al- fatihah! " kata Afendi spontan.



Dan selekoh depan itu tiada divider. Tapi ada parit.


***


" Afendi, kenapa kau tak cakap kau ada latah? " kata Majid.

Afendi hanya geleng kepala seperti sebelum-sebelum. Sepatah pun tidak keluar dari mulutnya.

" Best jugak makanan dekat sini kan? " kata Majid.

Majid menghabiskan makanan yang terhidang di katil hospital sambil melihat punggung jururawat yang lalu lalang di depannya. Kedua-dua belah kakinya bersimen. Sambil kepala Afendi berbalut sampai ke kening dan tangannya macam antena rumah kongsi. Banyak besi bercabang. Mereka ditempatkan di satu wad yang sama.

Ada manik-manik kaca yang keluar di hujung mata Afendi.

Kriteria

Aku sangat sibuk hari ini.


Buat kerja sampai tak ingat makan tengahari. Tau-tau dah pukul 4 petang. Dah la sarapan cuma ubat gigi Darlie.

Sekarang, kalau aku nak tengok wayang dekat Alamanda pun macam tak bagus tengah-tengah bulan ni. Apa pula kata beg duit nanti. Bulan panjang lagi. Menyimpan adalah lebih afdhal orang cakap.


***

Bangun pagi tadi, baru aku teringat. Sebulan lagi kita akan menyambut puasa.

Tak tentu arah aku bangun dari katil, ON komputer lepas tu masuk lagu raya dalam handphone. Terus set ringtone lagu raya Saloma.


***

Okay. Kerja macam sibuk, sampai lupa makan. Pandai merancang penggunaan wang. Lepas tu sama-sama mengimarahkan bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba.

Macam ni punya semangat, takkan takde kriteria jadi calon menantu makcik-makcik semua?













Aku dah cuba sehabis baik dah ni!




*Tiba-tiba semangat nak tulis ini. Sebab baru dapat tau Keril pergi kursus kahwin hari ni. Peh. Ketinggalan betul aku.

Sayang

" Jangan panggil saya 'sayang'! Saya tak suka! Dah la...Bye..."

Dan itu buat kali yang ke-50.

***

Aku rasa seperti sekeping papan dart.

Selamat malam sayang. Moga setiap hari barumu akan membawa kebahagiaan dan keceriaan sekaligus melenyapkan duka semalam.

Aku berjanji, kau akan merindui senyum tawaku satu hari nanti.

Ya, aku berjanji...

Friday, July 9, 2010

Hantaran?

Kalau ada jawatan kosong sebagai angkasawan, tolong maklumkan dekat aku cepat-cepat.

Aku dengar, ada makwe mahukan bulan dan bintang sebagai hantaran cinta.

Ah, Maya Karin pun tak minta itu macam. Kalau setakat helikopter tu boleh jugak aku nak rembat kat pengkalan TUDM Sungai Besi sana. Bukan susah sangat bawak helikopter. Dekat angkasa sana, bukan ada signboard pun nak lancar-lancar macam amik lesen kereta. Susah lagi nak bangun tidur pagi-pagi.

Ah, ni dah sentuh bab cinta dengan helikopter ni, macam pernah dengar la pulak.

Apa ye kawan-kawan? Minta maaf, saya jarang tengok Melodi.

Aku sungguh...



Semalam petang aku pergi shopping kasut. Pergi KL dengan Rizal dan orang rumah dia.

Tak balik rumah tidur rumah Rizal dah 2 hari, dengan baju semua takde, terpaksa pakai baju Rizal. Cuba bayangkan aku pergi Sogo dressing macam 4U2C. Tinggal lagi tak sangkut CD je dekat leher. Lepas tu spek mata kasi selit dekat belakang kepala. Astaghfirullah...

Aku rasa, aku paling shuffle sekali dekat KL semalam. Nasib baik tak terserempak dengan kawan-kawan lama. Kalau tak, memang hilang aku punya Slash masa sekolah.

Aku rasa sungguh AC Mizal.


Bola bola bola. Dah tak lama lagi nak habis ni. Sabar ye.

Aku tak terkejut Germany kalah kepada Spain malam tadi. Sebab, walaupun aku tak suka Spain, tapi, aku masih boleh akui dan membaca perlawanan akan dimenangi oleh Spain. Bagaimanapun, Germany memang kalah dengan cara yang amat terpuji. Permainan baik, kawalan bola baik, taktikal baik. Cuma nasib sahaja tidak begitu baik. Tahniah kepada Spain.

Berikut adalah beberapa ramalan yang aku masih ingat bulan lepas iaitu sebelum start secara rasmi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan ni. Termasuk juga beberapa point penting yang aku cuba senaraikan dalam kepala otak aku ni.


1) Sebelum bermula temasya, aku telah membeli jersi Italy untuk diri sendiri, Jersi Belanda untuk adik aku, Jersi Spain untuk adik sepupu dan Portugal untuk adik sepupu jugak. Yang team malang adalah jersi yang dibeli oleh aku, Italy. Celaka. Puas jugak aku nak peram jersi tu supaya dapat pakai balik. Harap-harap, hari raya nanti, aku boleh pakai itu jersi dan moga orang lain sudah melupakan penyingkiran Italy masa tu.

2) Masa 2 bulan lepas, pakcik aku ada tanya. " Along ingat, World Cup tahun ni siapa menang?" Aku balas, "Maybe Spain or Germany. Holland have a chance too..." Peh, macam Abbas Saad aku punya cakap. See, walaupun aku tak sokong Spain, but, aku masih yakin, mereka adalah calon juara. Ini dari segi pemerhatian aku lah setelah meneliti corak permainan setiap pasukan. Ini apahal aku banyak guna english ni? Sial betul. Baru pergi shopping dekat KL kejap tadi, dah nak speaking-speaking ni apahal?

3) Pakcik aku juga ada cakap, " Pakcik akan tetap sokong Brazil juara tahun ni. Sebab corak permainan diorang memang cantik." Aku balas, " Tahun ni, Brazil takkan juara. Percayalah. Sebab, Brazil sekarang memang lain sangat corak main diorang banding tahun 2002. " Okay, ramalan aku memang benar. Kan?

4) Pada sepak mula Piala Dunia bulan lepas, Germany masih aku tak minat. Tapi, setelah melihat corak permainannya menentang Australia, aku terus ingin menyokong Germany. Bagi aku, Germany adalah lebih baik dari Holland. Walaupun Holland adalah pasukan kegemaran aku seumur hidup. Selain itu, aku juga menyokong pasukan underdog yang lain seperti New Zealand, Uruguay, Korea Selatan dan Jepun.

5) Aku dulu memang minat Germany masa zaman Juergen Klinsmann. Tak sangka, Germany tahun 2010 adalah pasukan Germany terbaik pernah ada. Dan mereka masih muda. Aku yakin, jika Joachim Leow kekal sebagai coach mereka, mereka akan berpeluang untuk merebut takhta Euro 2012.

6) Aku tertarik kepada formula yang diterapkan Joachim Leow ke atas pasukan Germany iaitu formula segi empat. Terbukti, matematik sangat penting dalam apa jua bidang. Dan SPM, matematik aku A. Cam celaka.

7) Holland akan aku sokong pada perlawanan akhir nanti menentang Spain. Walaupun aku tak yakin, Holland akan menang berdasarkan corak bola sepaknya. Spain masih yang terbaik jika nak dibandingkan Holland. See, jangan hipokrit. Jangan tengok bola hanya kerana kau kipas-susah-mati sesebuah pasukan. Jangan ingat ramai bintang dalam pasukan, boleh menang. Kena pandai baca corak permainan. Bagaimanapun, aku berharap Holland akan menang menentang Spain nanti dalam cara yang sedikit kontroversi. Atau sekurang-kurangnya penalti.

8) Argentina walaupun menang perlawanan pertama, dan melepasi peringkat kumpulan dengan mudah, aku tetap berkata, mereka tidak akan juara. Mereka sangat mudah dibolosi. Bahagian tengah yang sangat longgar. Hanya mengharap pada teknik individu tanpa bantuan taktikal yang mantap. Betul tak cakap aku?

9) Perancis memang aku tak harap akan menang. Dari dulu lagi. Kecuali mereka masih ada Zanedine Zidane. Tengok apa Zidane boleh buat masa World Cup 2006 di Germany? Zidane adalah yang terbaik. Dan Zidane masih lagi menjadi pujaan aku hingga sekarang. Walaupun Perancis ada Zidane masa World Cup 2002, tapi masih pulang awal, itu adalah kerana Zidane masa tu tengah injured dan tak cergas. Dan pemain lain hilang punca. Alah, kalau takde Zidane sekalipun, sekurang-kurangnya Perancis perlu seorang pemain perancang yang tenang, bijak dan memiliki personaliti biasa-biasa dan merendah diri. Atau kata lain, tidak berlagak hebat. Tahun ni, mereka takde sesiapa. Franck Ribery? Dia hanyalah pemain sayap lincah. Bukan perancang yang bagus. Begitu juga Frank Malouda. Mereka lebih pentingkan individu.

10) England? Memang aku tak boleh harapkan mereka. Masa pusingan kelayakan, rekod England amat membanggakan. Tapi, masa itu mereka kurang tekanan. Masa masuk je pusingan akhir World Cup, apa sudah jadi? Memang aku dah jangka mereka akan tersungkur awal. Sebab, ramai dah tahu corak permainan individu pemain England. Boleh dijangka. Inilah akibat jika Liga Perdana Inggeris terlalu banyak pemain import.

11) Italy pulak? Memang aku kecewa. Mereka sudah tua. Diburukkan dengan kecederaan penjaga gol utama, Gianluigi Buffon. Permainan mereka tidak sepantas World Cup 2006. Kawalan bola pula kurang baik. Mereka sepatutnya mengenengahkan ramai pemain muda sambil dua atau tiga pemain berpengalaman sahaja berada dalam skuad untuk membimbing pemain muda.


12) Dan terakhir, Malaysia tak akan layak World Cup sekurang-kurangnya 30 tahun akan datang. Walaupun aku tetap sokong team Malaysia kalau turun main. Serius.


Berikut adalah ramalan kedudukan pasukan aku menjelang perlawanan akhir nanti. Aku still harap Holland akan menjadi juara. Walaupun susah sikit. Aku bagi je la Spain juara.

1st- Spain
2nd-Holland
3rd-Germany
4rd-Uruguay

Aku harap sotong kurita bernama Paul tu tak sihat menjelang ramalan khurafat yang bakal dibuat . Kerana sotong tu lah, aku tak yakin sangat masa Spain vs Germany semalam tau! Celaka betul.

Wednesday, July 7, 2010

Jadual Piala Dunia paling indie



Jadual ni memang ada dalam opis kitorang tampal. Saja buat panas Rizal aku tulis yang atas dalam bulatan tu. Yang tak nampak boleh zoom.

Tu si bengap mana tulis HOLLAND sebagai HOTLAND tu? Sekolah mana dia belajar tu? Otak macam burung kakak tua taruk dekat bulu pelepah.

Lagi satu hal, tulisan aku memang klasik.

Tuesday, July 6, 2010

Gambar lucah sepanjang tahun

Memang betul kata gambar ini.

Tolong jangan tanya muka aku macam mana. Aku dah cut, aku buang jauh-jauh.

Monday, July 5, 2010

Aku ingin tempah topeng batman

Kak Zai YM pukul 11.

" Weh budak, jom pi lunch. Pukul 12. "


Pukul 11.30, selepas siap, ambil kunci, pakai kasut, nak keluar rumah. Perut memang dah lapar gila. Last makan tengahari semalam. Tak jugak kurus-kurus. Aku tengok binatang cheetah dekat tv tu makan antelop sekor, tetap jugak tak gemuk-gemuk. Mungkin juga aku perlu mengubah tabiat kepada memakan antelop. Tapi, tak manis pula jiran-jiran tengok aku makan antelop mentah atas pokok.

Lagipun, baru lepas aku google ni antelop tu apa binatang. Suka-suka je sebut antelop tu apahal. Mati-mati aku ingat antelop tu macam kanggaru. Bodoh betul.


Sebelum keluar dari pintu rumah, aku tengok ke tingkap. Cuaca panas terik. Peh. Panas macam kuali burger. Aku terus buka pintu rumah. Udara panas menujah kulit.


Sebelum melangkah keluar pintu, aku tengok lantai koridor basah. Aku pelik. Cuaca panas, kenapa lantai basah?

Aku berdebar.




Di hujung koridor, auntie cleaner sengih-sengih tengah mop lantai.


***


Tak payah tau la apa jadi lepas tu. Panas darah pulak nak tulis.

Sunday, July 4, 2010

Tiada bogel-bogel lagi dah lepas ni. Haish...Tak baik tau...Dah, pergi mengaji.

Kepada makwe-makwe khususnya yang tidak minat bola sepak, aku berjanji tidak akan merepek pasal bola sepak lagi beberapa hari selepas 12hb Julai 2010. Selepas 2 orang makwe menghantar kompelin melalui YM, terpaksalah aku membuat perjanjian ini.

Bawak-bawak bersabar. Kepada sesiapa yang mempunyai cadangan, ingin berbual, ada idea bernas untuk post entry, bertukar-tukar pendapat(nombor telefon, kehkehkeh), jangan segan-segan maklumkan melalui e-mail aku. Sebarang e-mail adalah sangat dialu-alukan. Kalau Tiz Zaqyah terbaca pun, janganlah segan-segan. Ah, Tomok tak payah.

Macam celaka.

Oh ya. Aku ada email baru.

en.sani707@gmail.com

Ramai yang tak tahu lagi address baru tu. Lisa Surihani pun tak tahu lagi tu. Tolong bagitau.

Bogel lagi?




Sebenarnya aku lebih kecewa Paraguay kalah kepada Sepanyol semalam.

Kerana...




***



" Saya adalah penyokong nombor satu bola sepak Paraguay!!! "



" Jika Paraguay memenangi Piala Dunia 2010, saya berjanji akan lari berbogel dengan badan hanya dicat merah dan biru sahaja sempena bendera Paraguay. " - Larissa Riquelme

Larissa Riquelme adalah seorang model pakaian dalam dari Paraguay yang agak femes. Beliau memang hot. Dah nama model pakaian dalam, memang la hot. Apa jadah badan macam tong dram penuh panau nak jadi model pakai dalam? Hilang akal?



Aku yakin, seluruh dunia lebih teruja lihat Larissa Riquelme berbogel daripada Diego Maradona berbogel. Kan?

Tak payah hipokrit.




" Lat ta li lat, laili tam plommm! Yeahhhh...aku dapat Larissa!!! " kata Oscar Cardozo.


***

Peh. Dunia semakin lucah. Ini baru tahun 2010, belum lagi tahun 2014 tak pun 2022. Dah ramai offer nak bogel. Cuba kau orang bayangkan jika Malaysia dapat lak masuk World Cup. Entah siapa-siapa entah yang nak offer bogel.

Azwan Ali?

Wan Jamak?

Razak Mohaideen?

Atau, Syarifah Aini?




Tak sanggup aku noks...




p/s : Kalau aku ada 7 dragon ball jam ni, permintaan pertama aku jadi Nokia E72 milik Larissa Riquelme. Nokia E72 itu memang sungguh bertuah.

Saturday, July 3, 2010

Bogel?

Kau orang semua yang aku dengar sokong Argentina sila angkat tangan. Aik, dah tak kenal Lionel Messi dah? Carlos Teves yang kau mengaku adik ipar tu macam mana? Gonzalo Higuain tu bukan ke kau cakap boyfriend kau?

***


Dulu, Maradona memang tuhan. Tapi, itu dulu.


***

" Gol tangan tuhan masa 1986 dah jadi sejarah. Tahun 2010, tuhan akan bantu Argentina lagi sekali. " - Diego Maradona.


" Aku akan berlari bogel jika Argentina menang Piala Dunia ini tahun! " - Diego Maradona.



Aku bila start Maradona cakap itu macam, aku terus gelak. Gila kau orang nak tunjukkan telur kecik dia seluruh dunia? Sebab tu Maradona cakap dengan yakin akan bogel. Sebab, dia tahu benda tu takkan terjadi.

Cuba tengok gambar atas. Tu pun aku dah tak selera kembang tekak. Sekarang, cuba kau orang imagine, tanggalkan seluar kecik yang dia pakai tu. Lepas tu, bayangkan dia berlari. Astaghfirullah...


***

Sejak perlawanan pertama Argentina dulu, aku ada cakap benda ni.



Kan aku cakap semalam, joga bonito(permainan cantik) tak semestinya juara. Germany secara taktikalnya lebih bagus. Kawalan bahagian tengah adalah kunci segala-galanya. Dan lagi satu, bertahan dengan baik adalah kunci bola sepak moden. Ini bukan zaman 80-an ye Encik Maradona. Menyerang tak tentu hujung pangkal.



" Kami akan main secara menyerang lawan Germany esok! " kata Maradona sehari sebelum perlawanan.

Nampak sangat Maradona tak buat homework lagi dengan pasukan Germany.


" Pergi mampus sama budak Schweinsteiger tu! Kurang ajar sama tuhan tangan! " kata Maradona lagi kepada wartawan menjawab kritikan Bastian Schweinsteiger yang mengatakan Argentina suka membuat provokasi, dan cepat baran bila dah kalah.



Dalam 10 tahun kebelakangan ini, pasukan Germany adalah pasukan paling konsisten dalam Piala dunia. Tahun 2002, naib juara. 2006, tempat ke-3. 2010? Kita tunggu.

Tak payah la nak hentak-hentak meja dekat kedai mamak tu. Ingat mamak tu beli meja pakai daun kari?


Think positive. Kau orang patut bersyukur tak tengok Maradona lari bogel. See...think positive!

Kehkehkeh...



p/s : Aku mungkin akan sokong Argentina jika bukan Maradona yang membimbing pasukan itu. Aku rasa, Jose Pekerman lebih baik dari segi taktikalnya masa tahun 2006 di Germany.









*********

Eh, ada lagi.



Maradona memang pegang tasbih dari first game dulu. Kat tasbih tu la dia punya 'tuhan'. Entah macam mana, masa dalam bilik persalinan, Sergio Aguero sudah kasi gurau-gurau sama itu barang, lepas tu main lempar-lempar ke Martin Demichelis. Sampai dekat Lionel Messi, terus terlangkah. Suwey.
* Maradona tak tahu lagi pasal ni. Messi rahsiakan takut kena tumbuk perut.



p/s : Tajuk entry ni memang aku bagi sikit kontroversi. Ah, budak-budak muda sekarang, manjang nampak benda lucah mesti nak search.

Brazil itu......malas cakap lah.

" Kaka masa game lawan Korea Utara tu, cantik gila dia main. Sah, Brazil juara tahun ni. " - Rizal.

" Dari gaya permainan aku tengok, Brazil bakal juara tahun ni. Tengok la. " - Ramani.

" Brazil satu tahap lebih tinggi dari mana-mana pasukan...tak sia-sia aku bertaruh Brazil juara..." - Aboi

" Aku dah tengok bomoh orang asli, dia pun cakap Brazil tahun ni pegang..." - *nama terpaksa dirahsiakan

" Aku syak, tahun ni Perancis juara!!! " - ada la budak tu.


***


Kaka dikatakan bertaubat untuk bertemu Belanda lagi selepas ini.

Setelah mengetahui bakal pulang awal ke Brazil, awal-awal lagi Kaka telah mendaftar masuk ke MMU Cyberjaya pada June Intake lepas.

Sumber-sumber dalaman telah membongkar rahsianya. Dipercayai Kaka telah menukar nama dan warganegaranya kepada Iran.

" Saya harap, dengan belajar jurusan Information Technology ni akan menambah lagi pengetahuan saya kepada bagaimana mahu menangani warga Belanda..." kata Kaka dalam bahasa Portugis.




Sebab tu siapa-siapa yang beria-ia cakap Brazil akan menjadi juara tahun ni, aku hanya senyum je buat bodoh. Kehkehkeh.


Joga bonito tak selalunya juara.

Friday, July 2, 2010

Pelajaran dan pengajaran hari ini

Baru kejap tadi aku bangun dari tidur petang yang agak padu. Dia punya letih siang tadi jangan cakap la. Macam baru lepas gotong-royong bersih balai raya dia punya rasa. Cuma takde air sirap dengan kuih karipap je.

Aku bangun-bangun, keadaan dah gelap. Jenis bangun mengejut roh tak sempat masuk badan. Aku picit lampu jam tangan.

Pukul 20:00 hrs?

Bola dah start!

Aku gagahkan diri bangun dari katil. Bersepah jugak kerusi meja aku langgar pakai kaki aku cari suiz lampu. Beberapa ekor lipas yang sedang membuat meeting di lantai kucar-kacir cari tempat perlindungan. Lepas lampu dah ON, aku terus bukak tv1.


***


Pelajaran pertama untuk hari ini adalah, pukul 20:00hrs mengikut waktu antarabangsa adalah jam 8:00 malam. Bukan pukul 10 malam. Bola start jam 10 malam ye adik-adik.


Pelajaran kedua untuk hari ini adalah, tv1 tak siarkan bola Belanda vs Brazil secara langsung. Hanya ada siaran tertunda pukul 12 malam karang. Macam celaka.


Pengajarannya adalah, jangan tidur senja-senja bagi mengelakkan penyakit nyanyuk. Solat jangan lupa. Dan berbuat baiklah kepada orang tua. Hindari sifat rasuah.

" Bola itu bulat, " kata Remy Ishak. Tu je lah dia tau.

Berikut adalah punca dan sebab musabab kekalahan beberapa pasukan bolasepak dunia setelah aku membuat kajian mendalam terhadap pasukan-pasukan tersebut secara tasawwuf melalui buku Kajian Tempatan versi tahun 1996 Darjah 3.



Perancis
Mereka tidak layak ke pusingan kedua Piala Dunia kerana main bola tanpa menggunakan tangan.

" Maradona is Maradona. But France can make a different with hand! " kata Thierry Henry sambil jari SMS Michel Platini selepas habis perlawanan playoff menentang Ireland.



England
Mereka tewas kepada Germany di pusingan kedua Piala Dunia baru-baru ini kerana dikatakan segelintir ahli pasukan mereka terkena tsunami politik Great Britain. Takhta Perdana Menteri mereka telah pun berubah.

Ada juga cakap-cakap belakang mengatakan pemain bola lebih runsingkan hal rumah tangga yang bergolak, lebih-lebih lagi ada makwe-makwe model di Afrika Selatan yang sudah mula mengugut untuk membocorkan rahsia mereka bermain kayu tiga.

" Nahas U Ashley! " SMS dari seorang model kepada salah seorang pemain England yang terbabit.



Italy
" Kami perlukan Benito Mussollini untuk jadi striker! " kata Fabio Cannavaro kepada wartawan.

" Sungai Venice telah tercemar dengan teruk. Di mana ahli Parlimen Venice yang menjanjikan perubahan? Kami protes! " Marcelo Lippi di satu sudut lain.



Portugal
" Kami rasa bersalah kerana pernah menjajah Melaka dulu." kata Carlos Quieroz.

" Takpo kito serumpun ngan Brazil, Brazil kan guno bahaso Portugis jugak. Kiro satu bendero la tu..." kata Cristiano Ronaldo melalui telefon kepada seorang warga Alor Gajah.




Amerika Syarikat
" Superman, Batman, Ironman, Spiderman, Captain America, X-Man dan sekutu-sekutu Fantastic Four dikatakan tidak layak menyarung jersi Amerika Syarikat kerana masalah jersi seragam. Mereka masing-masing mahukan pakaian adiwira mereka sahaja untuk turun bermain. " - Pendedahan eksklusif En. Subkhiddin Hj Salleh berkenaan penyertaan Amerika Syarikat dalam Piala Dunia kali ini.

Dikatakan juga Hellboy mengalami masalah visa untuk bermain dalam pasukan Amerika Syarikat kerana setelah dikaji selidik, FIFA membongkar bahawa bapa Hellboy adalah warga Germany.




Malaysia
" Saya amat terganggu kerana penajaan minyak rambut saya telah ditarik balik oleh Brelkrim..." Zaquan Adha selepas Piala Asia tiga tahun lepas.

Thursday, July 1, 2010

Apa ada pada Shahir?

Aku bangun tidur, terus terdengar lagu Shahir AF dari rumah bawah. Aku lihat kain baju kotor kat dalam bilik ada la dalam lapan kilo. Aku terus down gila.

Jadi, aku terus keluar rumah, hajat nak pergi tengok makwe Iran joging. Semasa melalui rumah bawah, lagu Shahir AF diulang lagi sekali dalam volume tahap juara. Aku geleng kepala.

Setengah jam kendian, aku naik balik ke rumah. Aku dengar lagi Shahir AF tengah menyanyi, dengan kakak dalam rumah tu cuba sama-sama sing along. Aku cuba mengaburi pendengaran dengan menyanyi lagu Perigi Biru dalam hati.

Wahai bondaku,
bondaku,
Si ikan kaloi,
Timbullah bonda oi...
Timbullah,
tunjukkan diri...


Sampai depan pintu rumah, aku kena pow RM2 dengan auntie cleaner dengan lagu background Shahir AF. Aku akur.


***

Kau orang rasa, Shahir AF tu pernah lalui hidup sepayah aku?

Tak pernah beb.