Wednesday, July 21, 2010

Majid Driving School - Kerana Fatimah

Selepas habis mengajar budak belajar memandu tengahari itu, Majid teringat pesan isterinya, Marjinah untuk ke pasar untuk membeli tomato dan daun sup. Marjinah mahu buat nasik ayam. Nasik ayam Marjinah memang antara yang terbaik di daerah itu. Pendek kata, nasik ayam Marjinah berada di tangga kedua selepas Chicken Rice Shop.

Majid terus menuju ke pasar yang hanya terletak 3 kilometer dari opisnya. Kalau lalu jalan air, mungkin hanya 1 kilometer. Tapi, memandangkan Majid tidak mempunyai sampan, maka, kereta Kancilnya itu sahaja pilihan terbaik.

Semasa melalui satu simpang tiga, Majid ternampak satu gerai menjual air tebu. Majid kenal sangat dengan pemilik kedai air tebu tersebut. Siapa lagi kalau bukan skandal Majid masa muda-muda dahulu, Fatimah si janda muda.

Fatimah ni sudah 5 tahun menjanda. Kematian suami yang kemalangan lori baja di Bukit Lanjan. Body Fatimah memang masih solid walaupun usianya menginjak ke 30-an. Maklumlah, masih tiada anak.


" Macam tak sedap hati pulak kalau tak singgah, " kata Majid dalam hati.


Jadi, seperti kebiasaan, Majid pun berhentilah di gerai air tebu Fatimah. Masa itu Fatimah sedang menggoreng pisang.


" Timah, tolong bungkus pisang goreng dua ringgit. Air tebu satu. " kata Majid tanpa beri salam.

" Tunggu kejap, bang. " jawab Fatimah tersenyum sambil memandang muka Majid.

" Takpe. Tunggu lama pun boleh. Kerana kau semua aku boleh, Timah. " jawab Majid seloroh.

" Hehe. Betul ke?" jawab Fatimah manja.



***


" Takpe. Tunggu lama pun boleh. Kerana kau semua aku boleh, Timah. "

Ayat itu terngiang-ngiang di telinga Majid. Majid terpaksa tunggu pisang goreng dua ringgit dan air tebu sebungkus sampai bawak ke Maghrib. Mengamuk Marjinah malam tu sebab tak dapat masak nasik ayam.


" Kerana Fatimah lah katakan, " kata Majid dalam hati sambil menekup ais di pipinya yang lebam dibaling anak lesung batu bersaiz satu kilo.

8 comments:

musya said...

hehe. padan muka majid. :D

en.sani said...

muka dia takde la...yg kena baling pipinya...salah di situ...

Anonymous said...

majid macam sani je..hehehe

en.sani said...

jgn nak mengada la..majid tu dah tua...

hani said...

haaha yela tuh sani..lpe nk tulis nme maen tekan je enter

ensani said...

ah...sume lupe...ape yg ingt?

karibu said...

bini aku kalo baling lesung, memang aku maut...

en.sani said...

kau malang...mr bean pun takde malang mcm kau...