Thursday, July 22, 2010

Pengalaman aku dalam lif

Petang semalam, waktu kerja sudah tamat. Pekerja-pekerja yang sibuk bekerja, malah yang sibuk update status facebook juga sama turut pulang. Dari pangkat bawah-bawahan hingga ke ketua jabatan berpusu-pusu keluar pejabat samada untuk pulang, pergi pasar malam, tengok wayang, mengejar siri telenovela atau ke kelab dangdut. Tapi yang pasti, semuanya mahu keluar dari pejabat.

Salah seorangnya termasuklah aku. Di sebuah lif yang berkapasiti 800kg, kami menunggu dengan penuh sabar untuk turun ke bawah.


*Ting!*


Lif terbuka. Orang berpusu-pusu masuk. Ada juga di kalangan gentleman beri laluan kepada makwe-makwe. Ah, itu aku. Selepas itu, aku menyelit cepat ke dalam lif. Beberapa orang mamat yang bersifat keji dari tadi berebut nak masuk tanpa bagi laluan bernasib agak malang. Mereka tersekat tak dapat masuk lif yang sudah padat. Heh. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, bisik aku dalam hati.


Pakcik di depan tekan tingkat G. Pakcik itu berseloroh, " Kau nak pergi tingkat apa? G? G tu gajah..Kehkehkeh..." Ayat pakcik tu buat aku rasa nak tempeleng. Ingat lawak entah. Nasib baik aku jauh sikit dari pakcik tu, kalau tidak, memang merasa.


Masing-masing senyap melayan perasaan. Mungkin penat agaknya. Ada yang bersandar ke dinding lif, ada yang melayan sms. Ada yang mengangguk kepala seperti menyanyi. Ada yang mengira-ngira jari. Mungkin risau jari ada yang terkurang semasa mengendalikan mesin pencarik kertas di pejabat tadi agaknya.

Tiba-tiba,


" Berlalulah sudah Ramadhan,
sebulan berpuasa,
Tiba Syawal kita rayakan,
dengan rasa gembira.
Anak muda di rantauan
semuanya pulang ke desa,
ibu dan ayah keriangan
bersyukur tak terkira... "



Ah. Spoil betul. Semua pandang ke aku. Aku tunduk segan sambil menyeluk handset dalam kocek seluar. Celaka betul.


Pakcik yang kuat berseloroh tadi mata dah berkaca. Ah, jiwa macam gula kapas. Tak dapat cuti raya la tu.

8 comments:

hani said...

hahaha..semangat sani nk raye..huhu bju melayu kaler pe sani??

en.sani said...

ah...thun ni raya pakai kot je...

Hanis said...

ramadhan blum berlalu derr...=p

en.sani said...

tu namanya saling mengingati...

hani said...

gile semat..haha

ensani said...

semak

karibu said...

celaka,tersedak aku baca...kimak

en.sani said...

nak mencarut, serah kat kau kan?