Tuesday, July 13, 2010

Sesemut

Pada satu petang di hujung tahun 2009, aku berada dalam kereta yang dibawa oleh makcik, ditumpang oleh adik lelaki aku, dan sepupu bernama Haikal. Destinasi kami waktu itu Pantai Morib. Bukan pergi berkelah, mahupun memasang khemah. Jauh sekali pergi membeli nombor ekor. Saja-saja survey tempat nak bawak family cuti sekolah akan datang.

Aku teringat satu peristiwa yang membingungkan aku. Fikiran aku mengundur waktu. Waktu itu dekat depan rumah Keril.


Aku : Weh, duduk lama-lama kaki aku sesemut la.

Keril : Sesemut tu apa?

Aku : Sesemut la. Macam ada semut banyak dekat tapak kaki. Kebas-kebas.

Keril : Hey, lahanat, itu orang panggil semutan la. Sesemut pala otak lu.

Aku : Tapi, orang kampung aku panggil sesemut!


***


Masa dalam kereta, aku yang duduk belakang tiba-tiba mahu bertanya kepada makcik yang aku panggil 'Ibu'. Sepupu aku Haikal duduk di sebelah aku. Panas agaknya hari itu. Dia sedang meneguk kira-kira 4 kilo air mineral.


Aku : Ibu, orang Melaka kalau panggil kebas kaki tu, semutan ke? Bukan sesemut?

Makcik : Entah. Ye kot. Tapi biasanya panggil sesemut je.

Aku : Tapi kan. Macam tak sesuai la pulak panggil semutan tu.

Makcik : Kenapa pulak?

Aku : Yelah, bila kebas kan rasa macam ada banyak semut main-main dekat kaki. So, lebih sesuai la panggil sesemut. Kalau sebut semutan pulak macam sikit je semut tu. Tak menggambarkan semut yang banyak. Kan?


Makcik dan adik aku yang duduk di hadapan hanya mengangguk berkenaan teori aku.

Sementara itu, mengapa perlu si Haikal tersembur air mineral sampai keluar dekat lubang hidung? Habis siling kereta Proton Saga itu basah kuyup sampai kena dekat aku. Aku panik, ingatkan beliau terkena buatan orang. Atau sekurang-kurangnya sawan babi.


" Kenapa buat lawak Along? " kata Haikal.


Aku bingung. Bila masa aku buat lawak? Macam lawak ke tuan-tuan? Ini berkenaan penggunaan Bahasa Malaysia yang tepat dan total. Watson Nyambek pun paham la apa aku maksudkan ni, Haikal.





* Okay, lepas baca balik apa aku tulis, aku pun gelak jugak. Memang aku kurang serius bila cuba serius. Dunia memang tak adil kepada aku. Bila la orang akan pandang aku sebagai insan yang serius?

6 comments:

musya said...

hahaha. semutan? sumpah x penah dgr. sesemut penah la. teori 2 mantap gila. hee :D

. said...

sesemut dan semutan, dua-dua tak pernah dengar.

en.sani said...

syakila, semutan mmg la tak penah dgr, slalu org panggil sesemut je...

en.sani said...

nizamsani :abis kebas2 kaki ko panggil apa? kerengge-kerenggean?

hani said...

hahahah..haikal2~ hahah..klaka glew..

en.sani said...

beliau emsem tau hani..