Kronologi
12.00 pm - Bangun tidur. Maaf bakal mak mak mentua semua yang membaca. Aku tidur lepas subuh okay. Hari ni tak kerja.
12.30 pm - Lepas mandi lebih kurang, bertolak ke Seri Kembangan. Betul kereta. Tukar driveshaft. Rebecca tersenyum girang sampai ke side mirror. Gatal. RM 250 melayang. Mata berkaca-kaca menahan sebak tika menghulur duit ke pomen.
15.30 pm - Jumpa Rizal. Ajak makan tengahari dekat Warong Pak Maidin. Aku hentam semacam lauk gulai tempoyak ikan patin dengan ayam kampung goreng. Aku setting dalam kepala, ini makan untuk esok, lusa, tulat dan seterusnya. Hentam nasik macam orang takde 'life'.
16.00 pm - Hujan selebat-lebatnya. Mujur ada WiFi dekat kedai tu. On facebook dan bergurau senda dan tersenyum sorang-sorang. Mujurlah ada dua tiga orang brader lagi turut berkelakuan sama depan laptop. Brader jaga kaunter geleng kepala sambil memegang erat batang penyapu. Aku jeling tajam. Dia buat-buat tunduk cari barang bawah meja. Aku senyum nipis.
16.45 pm - Hujan tak berhenti sepenuhnya. Aku buntu. Makde modal dekat facebook. Makwe pun tak ramai yang inbox. Aku cadangkan kepada Rizal untuk sambung budaya melepak di The Mines. Rizal setuju. Kami berlari masuk kereta. Sandal aku licin. Nyaris tersembam ke bumi. Gampang.
17.15 pm - Sampai di The Mines. Tumbuk perut bangla jaga parking sebab muka dia macam Shah Rukh Khan.
17.20 pm - Adik lelaki sms, " Ada duit tak? Nak seratus. Orang nak panjat gunung kat Fraser Hill malam ni sampai Rabu. Boleh tak? " Aku jawab, " Nanti malam sikit transfer. Tengah shopping ni..."
17.30 pm - Beli spek Ray Ban satu setelah Rizal bersetuju muka aku macam Faizal Tahir bila pakai. Amoi kedai spek senyum lebar. Bermulalah sikap shopping yang keji. Mulanya rancang nak cari cover housing HTC Wildfire je. Pertimbangan aku mengalah kepada bomoh pelaris The Mines.
17.45 pm - Dapat cover housing HTC Wildfire kaler merah. Masih tak puas hati sebab mahal. Jadi aku grip leher amoi sampai dia bagi kurang singgit. Aku bayar RM20 sambil kata, " Keep the change! " sambil ketawa puas. Aku shuffle sikit bagi menambah kesan dramatik.
18.00 pm - Ke kedai henpon. Saja-saja belek. Itu cina dia sudah racun sama aku. Aku jadi tak keruan. Sony Ericsson Spiro aku trade-in ke Sony Ericsson Cedar kerana masalah 'hang' tak tentu pasal. Oh, itu seken henpon aku selepas Wildfire. Third and forth henpon ade dekat rumah buat bela semut. Henpon banyak-banyak boleh jadi khurafat.
18.30 pm - Tengok iPad. Belek iPad. Sempat bukak Blog En.Sani dekat iPad yang dia letak sebagai display. Biar blog tersebut terbukak saja sebagai promosi tambahan. Seminit lepas tu, ada anak cina ni pergi bukak game lastik-lastik. Aku sepak meja tanda protes.
18.45 pm - Tengok spek. Oakley original. Dia punya harga sama dengan gaji sebulan. Cina promoter buat-buat malas nak layan.
19.10 pm - Sepatutnya niat tu nak pergi kedai jeans. Tapi batalkan hasrat kerana dah nak Maghrib. Malah telah menerima petunjuk setelah 2-3 orang juga kelihatan memakai jubah sami buddha kat tengah-tengah The Mines.
19.15 pm - Rizal berhenti kat kedai permainan kontrol. Ralit tengok helikopter kontrol, cina tu buat demo. Aku pergi rapat ke telinganya dan melaungkan azan beberapa kali bagi mengelakkan beliau khayal lebih jauh. Rizal akur.
20.00 pm - Singgah kedai mamak. Minum air. Time tu ada sorang dua sms aku malas nak layan. Aku bagi alasan sedang sibuk redah traffik jem. Kah kah kah! Sory kamu!
20.30 pm - Penat. Balik rumah.
20.35 pm - Rasa menyesal kerana baru sedar telah kerugian RM500++ untuk aktiviti shopping. Gaji akan datang 27 Januari 2010. Sila ketawa.
21.45 pm - Treett...sms masuk. " Masukkan duit tau. Jangan lupa... " dari adik. Aku karate kepala katil.
22.00 pm - Aku transfer RM100 ikut Cimbclicks. Aku sms, " Dah masuk dah..."
22.05 pm - " Ok. Thanx. Orang nak naik gunung kat area Frazer Hill sampai Rabu ni. Ape-ape jadi kau tau orang kat mana..." adik aku sms. Aku balas dengan kata-kata semangat dan nasihat berguna seperti hati-hati semasa naik gunung, jangan bercakap takbur, jangan mengurat anak orang bunian dan jangan pegang babi hutan.
23.00 pm - Aku repeat menyesal sebab shopping tadi.

12 comments:
waghih,
nampak e, makan maggi ngan pisang lagi lah sampai bulan dopan. he..he..!
uih...hahaa...tido ko tak ni?awal pagi dah komen...<---samo yo lobih kurang...
xpe sani,pasni beli beras sekilo buat bubur segenggam sehari!!mcm aku slalu buat kat anak aku~jimat sket,duet lebey blh shopping lagi
encik, apsal aku rasa mcm baca berita harian je
report ni nak hantar kat sapa? kahkahkah
padan muka... pegi la shopping lagi bro, muahahaha...
nety: makan bubur hari2 nnti tangan jadi lembut...
kawakibi: berita harian mmg aku nk fail saman esok...
nuwuwuda: ini bukan repot...ini kronologi...lebih kurang mcm kromosom la...binatang halus2 tu..
jo : tgh tension elok g shopping ni...baru la tak rasa duit keluar...
ah, shopping membosankan la...
pegi la tgk wayang ke, main parkour ke, kaco anak dara/teruna org ke, selamatkan anak kucing dr pokok ke, sembahyang ke... baru la dpt hilang stress tanpa byk keluarkan duit, huhu
hahaha...pergi jual balik brg yg beli tue
"Sampai di The Mines. Tumbuk perut bangla jaga parking sebab muka dia macam Shah Rukh Khan."
pecah perut aku gelak siot....hahahahahahah!
jo :lu lain la....anak tan sri...aku ni anak buloh betong...
tengku : jual ni blakang cite...ada budak dah order dah nset aku tu 2 kali ganda harga asal...kahkahkah! bebal...
anony: lu baik2 beb...pecah lu punya perut, sapa mau kutip?
Post a Comment