Sunday, March 21, 2010

Merah muka

Dia : Awak nakal.

Aku : Apa dia?

Dia : Rahsia kita pun nak letak dekat blog jugak ke?

Aku : Aha...why? Sweet what?

Dia : Hmmmmm...malu la...


***


Hehe. Satu benda paling aku suka buat sejak aku sekolah rendah adalah tengok budak perempuan malu lepas tu muka merah. Sekolah rendah dulu, aku jenis tak bercakap dengan perempuan. Sebab ia berpotensi buat muka aku pulak merah. Jadi, jika nak tengok muka budak perempuan merah, aku lempang saja muka dia. Okay, ralat. Itu tak pernah terjadi.

Bila sekolah menengah, aku sedikit nakal. Walaupun masih pemalu, tapi, ayat-ayat bodoh aku masih berbisa membuatkan muka budak perempuan merah.

Pernah sekali, aku secara tak sengaja termasuk dekat pusat sumber yang sedang berlangsung mesyuarat tahunan pengawas pusat sumber. Ada seorang budak perempuan ni memang aku berkenan sungguh muka dia. Dia pun pengawas pusat sumber sekolah. Nak kata muka macam Tiz Zaqyah, masa tu Tiz Zaqyah tak famous lagi. Entah main pasir lagi ke apa budak Tiz Zaqyah tu masa tu.

Aku macam biasa la, bila dah penuh perempuan depan mata, terus malu aku jadi tahap juara. Nak dikatakan, institusi pengawas pusat sumber sekolah menengah aku dekat Tampin dulu memang dipelopori oleh perempuan saja majoritinya. Yang budak lelaki heboh main galah panjang. Kalau kalah siap nak kelahi sampai tercabut butang baju. Lepas tu, mengadu kat emak, baju tersangkut duri kaktus dekat surau. Apa barang, nak sejukkan hati emak, guna nama surau. Takut kena pelangkung dengan emak la tu. Ada budak lelaki yang bernasib baik pulak, dapat lah jadi Kadet Remaja Sekolah. Zaman tu, kalau siapa jadi PBSM memang kena kutuk sampai hari Rabu pun tak mahu pakai t-shirt PBSM takut moral nak belajar jatuh. Aku masa tu Kadet Polis. Memang juara di hati masyarakat jugalah sebab selalu bawak pulang medal dan piala bertanding kawad dekat Bukit Rokan nun. Lagi satu, Kadet Polis ni boleh pakai uniform polis. Balik sekolah je, mana-mana budak baru nak belajar bawak motor tak pakai helmet, terserempak aku jalan kaki dengan uniform memang melencong cari jalan jauh. Silap-silap dia mati akal lepas tu angin takde, ribut takde, jatuh motor sorang-sorang dekat tengah jalan sebab panik.

Eh. Berbalik kepada aku masuk pusat sumber. Bila dah malu, takkan aku mahu menunjukkan kemaluan aku tu terang-terang. Tak manis pula. Kira-kira sedozen pasang mata memandang aku. Termasuk mata cikgu perempuan.

Cikgu : Ye, awak nak apa?

Aku : Err...ni pusat sumber kan cikgu?

Cikgu : Dah berapa lama awak belajar sini tak tahu pusat sumber dekat mana?

Aku : Saya selalu lalu sini, tapi tak perasan, cikgu. Surau saya tahu lah.

Cikgu : Awak nak apa ni?


Aku :
Saya sakit pusat, cikgu...

Apa punya bodoh ayat yang keluar dari mulut aku entah. Dah sakit pusat nak masuk pusat sumber. Konon-konon ada tempat menjual pusat second hand la lagaknya.

Aku lihat dua tiga orang budak perempuan senyum dan berbisik sesama mereka. Dua orang aku syak nak gelak kuat, tapi cover sebab pakai tudung labuh. Empat orang aku nampak muka dah merah. Muka merah lepas tu tersipu-sipu malu termasuk makwe yang aku minat tadi. Dia sungguh comel dengan muka merahnya. Sebelum aku kena marah, baik aku angkat kaki dulu. Cikgu pusat sumber tu memang garang. Dengar cerita, pokok pisang belakang pusat sumber yang rebah tu dia lah yang tomoi. Sebelum beredar, aku scan betul-betul muka merah makwe yang aku suka tu dalam kepala. Untung-untung, time rehat nanti boleh la replay dekat otak balik sambil makan nasik lemak dengan air sirap.

Bagi aku, itu pertama kalinya aku melihat makwe yang aku minat tu muka merah menahan malu. Sejak dari peristiwa itu, bila aku keluar dari kelas nak pergi mana-mana, ada saja cakap-cakap belakang yang aku dengar. Lalu saja tepi kelas yang ada makwe sikit, dengar sok sek sok sek makwe-makwe tentang aku. " Eh, kau nak tahu tak, dia ni la yang....". " Betul la, dia ni la yang....". " Kelaka dia ni....". Aku macam biasa, syok sendiri.

Kira popular juga dulu aku ni. Tapi tetap takde makwe. Biasalah. Fahrin Ahmad yang kacak tu pun masih single lagi. Inikan pulak aku.

4 comments:

Anonymous said...

ayt last mesti cam cilake....hahaha...

en.sani said...

betul la...ko tak caya pergi tanya fahrin ahmad...

ekin said...

haddoi..
pusat second hand..~!
ada jual ke?? :))

en.sani said...

hahaha...sbb tu la femes dulu...bab pusat je manjang...