Monday, March 29, 2010

Siri bercakap dengan anak bos

Setahun lebih juga aku kerja dekat Melaka lepas habis belajar. Paling dikenang, pasti kerja sebagai pelukis sambilan merangkap kerani, merangkap mat despatch, merangkap tukang photostat dan tukang makan nasik. Jawatan memang banyak dan berat. Gaji saja macam celaka. Jual kacang putih pun lagi masyuk.

Bos aku perempuan. Pangkat mak aku juga. Tapi banyak karenah. Anak 5 orang. Anak dia banyak perempuan. Paling besar sekali sekolah dekat Sekolah Perempuan Durian Daun. Nama dia Lala. Selalu juga aku jadi driver ambik Lala balik sekolah. Nasib baik Lala ni lawa. Tingkatan 4 time tu. Kalau anak dia lelaki, pergi mati la aku nak ambil balik sekolah.

Satu hari, semasa aku tengah melukis komik dekat pejabat, bos aku arahkan aku pergi ambil Lala balik sekolah. Aku minta kunci kereta. Tapi, bos aku cakap, pakai motor saja. Kan lebih jimat. Celaka. Kira jimat dia je. Motor pakai motor aku. Aku mintak duit minyak, dia hulur seringgit. Macam bodoh. Buat jatuh air muka aku je dekat awek Petronas isi minyak seringgit.

Aku tak banyak cakap, kalau aku melawan, kena potong gaji pula. Start motor, bawak laju-laju macam KL Menjerit menuju ke Durian Daun. Kalau kau orang bukan orang Melaka, Durian Daun bunyi macam jauh sangat. Tapi, tak jauh. Dari Hang Tuah Mall nak jejak ke Durian Daun naik motor makan 5 minit. Kalau naik sampan 3 minit. Itu pun kalau takde biawak komodo halang laluan dekat area Kampung Morten.

Pukul 2 petang, aku sampai depan sekolah. Depan sekolah perempuan, ramai lah budak perempuan. Muka aku kena buat suci. Mata liar cari Lala. Lala ni tinggi lain macam. Baru 16 tahun, tapi lebih tinggi dari aku. Kulit hitam manis, mata bulat, kulit halus, tapi aku tak pernah pula rasa kulit dia. Sumpah. Memang muka bawak majlis la orang tua-tua cakap.

Dari jauh aku ternampak kelibat Lala. Dia berjalan keluar dari pintu pagar sekolah sambil berbual dengan lima enam orang kawan-kawannya. Lala dari jauh nampak aku. Dia senyum nipis. Sampai saja dekat aku, Lala capai helmet. Slow-slow dia naik dekat belakang aku. Aku tak cakap apa. Sebelum sempat masuk gear 1 nak gerak motor, kawan-kawan Lala yang tadi tiba-tiba memanggil Lala dengan nada separuh menjerit.


" Lala, sugar daddy ke!? "

***

Kurang ajar punya budak-budak. Muka aku macam banyak duit ke? Macam tan sri ke muka aku? Muka artis adalah sikit.

Aku berharap, pihak sekolah mengambil berat dalam mengajar maksud 'sugar daddy'. Helmet aku macam helmet Farid Kamil pun kau orang cakap sugar daddy?

***

" Lala dah makan? " aku memulakan dialog.

" Belum. Kenapa? "

" Jom pergi makan, abang belum makan lagi. " Aku cuba pelawa.

" Erm. Nak balik cepat. " Lala menjawab.

" Ala, kejap je. Bukan lama pun. " aku cuba memujuk.

" Okay. Jom. " Lala beri jawapan yang paling aku harapkan.

Aku senyum nipis.



Kami berdua pandang ke kamera, dan di skrin tiba-tiba keluar ayat,'Jangan keluar dengan lelaki tidak dikenali', pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Kementerian Keluarga, Wanita dan Masyarakat sambil lagu tema oleh Asmawi Ani.

4 comments:

karibu said...

macam siot...ni aku kena tipu lagi la ni?

en.sani said...

mmg pun kena tipu lu bro...hahaha...

saya tiada nama said...

lala yew~tape...tape...

en.sani said...

ah...ni ape hal lak ni...