Thursday, December 31, 2009

Incubator buat aku nampak bodoh.

Tengahari tadi, aku pergi makan dekat incubator. Incubator ni kitorang panggil merujuk kepada pejabat penyelidikan MSC. Entah apa yang MSC nak selidik pun aku tak tahu la. Setahu aku, incubator tu tempat orang menetaskan anak ayam secara tidak semulajadi. Dekat incubator ni ada sebuah kafe cool yang tiada tanda niaga. Tapi, lebih dikenali sebagai 'Kafe Yes Bos', hanya kerana owner kafe ini manjang tegur orang dengan berdialog "Yes Bos..."

Bila berkata orang meniaga makan dekat area town seperti Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar lain, dah tentu la owner dia berasal dari Kelantan. Memang orang Kelantan ni pandai meniaga. Yelah, orang Melaka ke, Negeri Sembilan ke, Perak ke, Jerantut ke, takkan tak reti meniaga? Tak logik sungguh.

Selalunya, aku datang incubator macam biasa la. Nak makan nasik campur. Gulai siput sedut dia memang terbaik dari ladang. Memang kafe ni trademark dia nasik campur. Kau datang pukul 2 petang, kau dapat mangkuk buffet kosong. Macam tu la hebatnya.

Tengahari tadi, aku tak pulak rasa nak makan nasik. Sebab dah kenyang pagi makan gulai cendawan busut. Tengok aku tak makan seperti biasa, makcik owner kafe pelik. Dia tanya, tak makan ke hari ni?

Aku geleng je. Cakap sudah kenyang. Lepas tu, makcik tu dengan slanga Kelantan dia yang tak boleh nak adjust lagi, tanya aku.


"Adik taknak try ke makan halakak?"

Aku kerut kening. "Ape tu?"

"Sedap, halakak.Tukang masak baru masak".


Aku tak tahu la, bunyi dia aku dengar macam HALAKAK ke HALAKAH, something like that la. Bunyi macam makanan arab pun ada. Time dia sebut tu, aku terus tangkap suratkhabar HARAKAH. Takkan HARAKAH dia goreng?

Aku jawab lembut. "Takpe la makcik. Esok-esok saya makan 'benda tu'".



Aku pulang ke pejabat. Aku ceritakan dekat bos aku. Dia orang Kelantan. Aku ulang la apa makcik tu cakap.

Bos aku jawab. "Weh bengong, bukan HALAKAK. Makcik tu cakap ala card, ala card!"

Cilake. Ala carte la bodoh. Aku rasa, itu kebodohan aku yang terakhir di tahun 2009 ni.

Nama aku kau jangan buat golek-golek.


Minggu ini, agak malang bagi aku. Aku pergi mana-mana, orang melemparkan pandangan tidak puas hati. Aku tegur awek opis sebelah, dia tarik muka masam. Aku nak berbual dengan student Iran, dia malas layan.

Aku kaji balik diri aku. Raba muka. Memang tak hensem. Tapi, selama ni aku pakai seluar pendek, baju tee gambar Minnie Mouse dan bini Popeye, sambil makan lollipop lagi la tak hensem, tapi diorang layan je. Minggu ini sungguh berbeza.

Rupa-rupanya, nama aku agak busuk jugak. Baru aku tahu, nama aku sekarang sedang hangat di dalam TV.




10 orang juga korban. Memang mengejutkan. Kau jangan bagi aku terserempak dengan mamat yang mengaku tertidur bawak bas tu. Lumat aku kerjakan.





Aku risau juga. Takut payah mintak kerja kerajaan kelak.

***

Kepada keluarga yang kehilangan orang yang tersayang, takziah aku ucapkan.
Aku tegaskan di sini, aku tak bersalah.

Sekarang aku tengah cari lawyer nak saman Sani yang suka-suka letak nama aku, Sani jugak. Tapi aku tak harapkan nak upah Karpal Singh. Sebab dia selalu jatuh kerusi roda sejak dua menjak ni.

Kau dulu elok jadi penyanyi, yang kau pegi bukak company bas buat ape, Sani oi?

Friday, December 25, 2009

Kari.

Sedang aku jalan carik makan di area Cyberia petang tadi, ada seorang budak sedang melihat emaknya berbual dengan makciknya aku agak. Nampak gaya macam sudah lama tak jumpa. Orang berada jugak kalau nak ikutkan cara pemakaian baju polo budak yang berusia kira-kira 6-7 tahun tu. Emaknya pula pakai kain sutera yang aku lihat tak mungkin jual kat Bukit Kayu Hitam. Koman-koman jual kat KLCC punya kedai kain sutera walaupun asalnya sutera buatan Mak Cik Limah dekat Kemaman Terengganu.

Aku ambil tempat duduk betul-betul sebelah mereka bertemu. Aku panggil mamak. Order roti canai. Nama je roti canai, tapi seringgit sekeping. Tak tahu la pulak kalau dia ada tabur serbuk berlian dalam roti canai tu. Aku rasa kalau mamak tu bukak kedai cawangan kampung aku, dah lama masuk TV3. Harga tak masuk akal, sambil Karam Singh Walia berpantun di depan puluhan penduduk dengan sepanduk "Harga tak masuk akal", "Bubarkan mamak" dan "Kami mahu subsidi roti canai". Lebih kurang begitulah aku maksudkan harga roti canai kat sini.

Aku dengar la perbualan makcik budak tu dengan budak ni tadi. Time tu roti canai dah sampai. Cepat pulak servis mamak ni. Seminit dah siap masak. Aku check, roti canai sejuk. Celaka. Kuah kari je panas.

Makcik : Aboy, darjah berapa sekarang?

Budak : Darjah 1, aunty.

Makcik : Papa Aboy mana?

Budak : Tak tahu la. Mama cakap papa pergi outstation.(cakap sambil minum air bandung)

Makcik : Owh. Aboy sekolah dapat nombor berapa?

Budak : Dapat nombor 5.

Makcik : Owh, bagusla. Aboy dah besar nak jadi ape?

Budak : Aboy nak jadi Tiger Woods.

Time ni, kuah kari tadi tiba-tiba masuk kat rongga hidung. Celaka. Makcik tu perasan aku tersedak. Tapi aku cover muka merah aku. Rugi betul aku tak ambil insurans hidung hari tu.

Persamaan.

Kadang-kadang aku rasa hidup aku licin. Kadang-kadang hidup aku kasar pula. Itu sungguh kompleks. Bila aku berseorangan, aku akan mencari perkara yang boleh membuat aku tersenyum. Aku tak perlu cari senyuman jika aku ada orang-orang di keliling aku. Adakah itu adil? Sebenarnya, aku rasa aku perlu ubah sikit hakikiat yang berlaku. Ibarat menyanyi lagu London Coco Roll dalam nada rock. Ada persamaan kan?

Esok rasanya mahu balik kampung. Sengsara juga duduk lama-lama di Cyberjaya. Perlu ubah sikit keadaan supaya lebih menarik. Ibarat Dunkin Donut. Macam-macam kau tabur atas donut yang memang dah tentu sedap tanpa coklat, kacang, strawberi, vanila, nenas dan sebagainya.

Thursday, December 24, 2009

Aku, motor dan khidmat masyarakat.

Masa naik motor dalam hujan semalam, aku ternampak seorang budak bebal naik motor potong melepasi aku. Depan tu selekoh maut menuju ke studio tempat berlakon budak-budak MMU. Aku dah agak dah dia takkan lepas dengan kelajuan menaikkan adrenalin tu. Jalan basah, insyallah lah dia cium dinding studio.

Sangkaan aku meleset. Dia tergelincir dan jatuh seperti Norick Abe tanpa mencium dinding langsung. Sungguh bergaya. Tapi, tengah belakang dia singgah di bucu pintu shutter yang orang dok punggah barang audio. Aku masih ingat saat dia terjatuh tu, hanya bunyi lagu Jamal Abdillah. Sebab aku suka naik motor sambil dengar mp3. Aku berazam dapat buang tabiat buruk dengar-mp3-sambil-naik-motor sempena maal hijrah itu hari. Tapi tak berjaya. Harap dapat juga ubah tabiat tu tahun baru 2010. Tapi, bila terkenang tabiat gigit pensel yang aku azam nak tinggalkan sejak darjah 2 tidak berjaya, aku diamkan dulu. Hold sampai tahun depan.

Kembali kepada cerita mamat tu jatuh, selamba je aku jerit. Ada 2 orang awek tengah nak masuk kereta. Awek tu pun terkejut sebab aku jerit dengan kuat, "Wooo...that's great man!!"

Sejahat-jahat mulut aku, ada jugak sifat terpuji yang harus dicontohi. Aku berhentikan motor, dan menahan kawan aku yang kebetulan lalu di tempat kejadian. Aku tengok mamat tu muka agak jambu. Mata ala-ala Ethan Hawke, kulit putih macam serani yang baca berita TV3. Cuma hidung besar macam Abu Bakar Atan. Walaupun muka jambu, tapi tak kena dengan cara dia bawak motor. Aku nak je tumbuk sedas dua sebelum fikiran dia kembali waras. Tapi, aku fikir balik, tak guna aku baca doa makan tiap kali nak makan kalau aku buat perkara keji tersebut.

Aku tengok takde la kecederaan fizikal yang serius terjadi kat mamat tu seperti patah kaki, retak tulang leher, pecah perut atau kuku terkopak. Cuma calar di siku dan sedikit kecederaan pada Levi's yang dia pakai. Levi's Golok. Tak perlu bangga, kecuali kepala kain. Kau buang seluar tu pun Santa Claus tak teragak-agak bagi kau 2 helai lagi dalam kantung stokin hadiah sempena Krismas.

Nasib baik mamat ni cool. Calar siku pun takde la menjerit panggil emak macam sorang mamat town mana entah masa aku kat kampung dulu. Jari sibuk main insang ikan kat Pasar Tampin, pastu tersekat kat insang ikan jenahak, terus menjerit panggil mak dia dekat sebelah. Aku rasa budak tu mesti mengigau malam lepas tu.

Kembali kepada mamat yang jatuh motor tadi, aku mintak dia ID student. Dia tunjuk. Budak engineering rupanya. Nama ada macam bunyi Shaw-Shaw something. Entah apa budak melayu nama Shaw pun aku tak tau la. Macam khurafat je bunyinya.

Kawan aku tolong angkat budak tu tepi tembok. Dia cakap takpe. Dia okay. Tapi aku tengok kaki dah tempang. Kelakar pun ada. Teringat masa kecik-kecik aku main lumba lari kat atas jalan tar depan rumah. Jalan tar dulu-dulu tau-tau je lah. Bukan pakai batu kerikir yang kecik-kecik tu. Diorang pakai batu yang baling anjing tu. Masa lumba lari, tumit aku pernah sekali terpijak batu jalan yang besar tu. Tempang. Lepas tu lebam. Seminggu jugak tak boleh tahiyyat akhir.

Aku tengok mamat tu macam okay je, aku terus bagi nasihat. Bawak motor tu slow-slow la. Aku tambah-tambah ayat supaya dia insaf. Aku cakap, aku bawak motor sejak darjah 4 pun takde lah kemaruk layan lap macam Norazlan Iskandar masa hujan. Hujan kan rahmat. Bukan untuk layan lap. Panjang lebar jugak aku bagi ayat makan dalam kat mamat tu. Time tu aku dah rasa dahi aku macam ada tanda hitam, macam ustaz.

Sudah tu, mamat tu minta diri balik. Dia mintak maaf. Motor Kriss dia pecah mud-guard. Dah la motor color hijau tua. Pastu tampal sticker 1Malaysia betul-betul atas sticker 'Tengok boleh, pinjam sorry'. Takde taste langsung.

Aku pun pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.


Pergi kerja hari ni, aku selamba layan lap dekat pintu masuk MMU.

Sunday, December 20, 2009

Sudah potong? Of course...

Semasa melawat mak aku di Hospital Seremban tempoh hari, ada seorang budak kecik ni. Dia dibawa keluarganya melawat seorang kenalan keluarganya aku rasa. Makcik tu ditempatkan di sebalik partisyen yang mak aku duduk. Makcik tu kena kencing manis kot, melihat kepada keadaan kakinya yang teruk. Macam nak kena potong saja.(Maaf,aku tak boleh cerita. Nyilu okay!)

Sedang bagi mak aku makan, budak lelaki tadi tiba-tiba menyanyi lagu 'Potong' yang kerap kali keluar TV melalui iklan TM WIMAX (iklan budak-budak nyanyi main kompang). Dia nyanyi kuat sungguh. Geli hati pun ada.

Tiba-tiba, aku dengar, 'Panggg!'.

Budak tu tiba-tiba senyap. Aku tak tahu kenapa sebab dipisahkan oleh pertisyen. Sayup-sayup aku dengar budak itu menangis tiba-tiba. Barulah aku tahu, budak tu kena lempang dengan bapak dia.

Lupa pulak, kawan mak budak tu kaki kencing manis. Betul la tu nak kena potong.

***

Bapak budak tu patut saman TM kot? Over sangatkah? Itu lebih baik dari saman bapak sendiri sebab beri nama yang tak sedap masa kau kecik. Kan?

Saturday, December 19, 2009

Avatar = Biru, Aku = Biru, so, Aku = Avatar?

Esok, aku mahu tengok movie Avatar. Jadi, siap sedia kamu semua. Aku akan pilih secara rambang nombor telefon dalam handset aku untuk jadi partner aku pergi Alamanda esok. Aku belanja wayang dan makan.

Haa...kau, jangan bangun malam ni buat solat hajat semata-mata nak aku ajak kau. Kalau aku nak ajak pergi Masjid Putrajaya esok, mesti kau taknak kan?

Thursday, December 17, 2009

Kesucian rohani dan jasmani milik aku rupa-rupanya masih tidak membantu.

Semalam, habis saja tengok mak aku kat Hospital Seremban, aku gerak balik naik motor ke MMU Cyberjaya. Lebih kurang pukul 10.30 malam time tu. Sampai saja Salak Tinggi, motor aku haus nak petrol. Aku layankan aje. Berhenti kat Shell Salak Tinggi, Sepang.

Masa tu hujan masih turun. Aku ambil keputusan redah saja. Kalau hujan tu turun bara api, baru aku tak teruskan perjalanan. Masa baru nak start jalan, motor rasa berat. Tapi masa tu aku yakin, hantu masih belum cukup masa nak sakat aku. Belum pukul 12 malam pun. Lagipun, sebelum aku gerak naik motor tadi, aku dah siap-siap baca doa dah. Doa cepatkan jodoh. Doa makan, petang tadi aku dah baca dah. Jadi, dari segi rohani, aku rasa dah cukup kukuh.

Aku turun. Tengok apa yang patut. Lain macam je berat.

Belek-belek tayar belakang. Aik, sejak bila pulak aku pakai tayar musim salji ni, penuh paku berceracak. Celaka, baru aku tau, motor aku baru saja kena jerangkap samar. Aku tak percaya, 12 batang paku kena tayar belakang aku. Sebijik dah jadi tayar musim salji.

Malam tu, RM40 ringgit gak melayang suruh kawan kat MMU datang tukar tiub. Macam tau-tau je pukul 12 malam tu gaji MMU masuk. Celaka lagi sekali.

12 batang paku tu aku ambil, bawak balik. Aku ingat, esok aku nak pegi kedai, tempah frame nak framekan paku tu untuk buat kenangan.

Monday, December 14, 2009

Kek coklat mama dan Tiger Woods.

Kan hari tu MMU Staff Award. Ada la beberapa kelab student buat jualan untuk mengisi kantung untuk tambah-tambah dana nak buat annual dinner.

Aku saja jalan-jalan. Dengan seorang kawan yang sudah berumur, En. Azhar. Kami berborak mengenai hal ehwal semasa seperti Sukan SEA, monopaus, Nur Kasih dan Tiger Woods. Semasa melalui sekumpulan student yang entah jual apa, tiba-tiba salah seorang daripada mereka bersuara. "Bang, singgah bang, macam-macam ada."

Aku tengok entah apa binatang dia nak jual. Atas meja cuma ada kotak macam kotak piza. Aku buat muka kerut, sambil bertanya, "Apa kau jual dalam kotak tu?"

Sambil dia buka kotak, dia cakap, "Tengok lah bang, sedap ni."

Aku dan kawan aku pandang sesama sendiri, sambil berteriak hampa, " Laa...kek coklat rupanya. Mati-mati aku ingat One Drop Perfume!"

En. Azhar dan student tu terus berderai gelak seraya matanya terus berkaca menahan air mata.

Hidayah yang sungguh bertuah.

Hanya satu perkara yang buat aku semangat pergi hospital. Jururawat. Cik Hidayah tu manis sungguh riak mukanya. Pakai spek, muka tak terlalu town, dan suka tersenyum. Aku ambil kesempatan berkata 'Hai' kepadanya tadi. Sedikit dialog 'Dari mana, umur berapa, dan cantik spek mata' aku hujahkan.

Agak bertuah sebenarnya Cik Hidayah tu dengar aku mengayat. Tak pernah rasanya aku sebegitu yakin untuk berbual dengan wanita yang aku minat.

Orang lama-lama cakap, 'terlajak perahu boleh diundur'.

Atau pernah dengar orang cakap, 'runaway train never going back'?

Betul ke tu?

Okay. Aku hanya berbual. Tiada lebih. Dan, ironinya, Cik Hidayah tak tahu pun nama aku siapa. Tanya nama aku lagi la tak pernah. Nampak sangat dia tak minat. Cam celaka kan?

Sunday, December 13, 2009

Tension dan biji kopi. (Untuk bacaan 12 tahun ke atas saja, bimbingan ibu bapa diperlukan)

Bila aku dalam situasi perasaan yang bercampur baur, aku teringin saja nak jerit kuat-kuat. Tapi, di zaman metropolis dan filosophi ni, adalah mustahil untuk kau jerit kuat-kuat. Kejap saja kau kena santau.

Jadi, aku dapat satu alternatif baru.

Aku try nyanyi lagu Kopi Cap Adabi. Ia sama macam menjerit, cuma lebih berpedoman dan sedikit neutral. Tadi masa balik dari Hospital Seremban, aku nyanyi lagu Kopi Cap Adabi tu, start Tol Senawang terus jalan jem.

***

Menjerit lebih baik daripada mencarut.

Perjalanan dan doa.

Minggu ini sungguh sukar. Aku hanya nampak jalan dari MMU Cyberjaya hingga ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban saja. Nanti-nanti saja aku rangkumkan sekali. Buat masa ini, aku tiada masa mahu menulis. Doakan mak aku cepat sembuh.

Bye.

Thursday, December 10, 2009

Gatal dan bergaya.

Pagi ini tidak indah. Sarapan 2 ketul hashbrown sudah cukup untuk buat aku kembali di alam nyata. Bosan sungguh tunggu student datang nak buat ID Card. Haish...

***

Kelmarin, MMU Staff Award. Tema adalah hitam merah. Lucah sungguh color tu. Aku kurang minat nak ambil tahu. Jadi, nak tak nak, aku pakai saja baju serba hitam. Baju hitam, seluar hitam, stokin hitam dan kasut hitam. Rambut aku saja blonde.

Bila masuk bahagian pendaftaran, aku tengok penuh orang pakai baju merah hitam. Macam raya cina pun ada. Tinggal lagi takde bau colok je. Awek pendaftaran tu tanya aku. "Kenapa pakai hitam je, merahnye mane?"

Aku pun jawab," Seluar dalam saja merah, tu pun pakai kat luar time malam je. Who am I? I'm Superman..."

Awek tu terus senyap. Muka beliau merah. Mungkin juga terlalu banyak pemerah pipi dia gunakan.

Ahh... Ramai betul pertikaikan aku tidak ada merah. Jadi, aku keluar dewan sekejap, pergi ke pasu bunga berdekatan. Aku kembali masuk dalam dewan dengan sejambak bunga jenjarum warna merah yang aku selit di poket baju.

Semasa dalam dewan, aku la manusia yang paling gatal sekali di dunia. Sebab semut dalam bunga tu dah mula keluar buat kacau dan gigit badan aku. Gatal bodoh.

Sekarang, baru aku tahu, menggunakan bahan yang semulajadi lebih merbahaya dari barang buatan. Macam mana la diorang sume kempen 'Gunalah barang semulajadi' ni?

Jadi, nasihat aku, kalau tak nak gatal, jangan guna benda semulajadi. Isteri-isteri di luar, ingat tu. Jangan bagi laki korang guna barang semulajadi. Nanti dia menggatal.

Wednesday, December 9, 2009

Rasa mahu buat kotak mancis masak kicap...

Setelah tamat main Football Manager tadi, aku saja-saja la bukak TV3. Untuk rekod, jarang aku tengok TV malam-malam. Oleh kerana mata aku tak boleh lelap sekarang, terpaksa aku layan TV.Untung-untung ada kuliah subuh.Tapi, tak munasabah betul kuliah subuh pukul 1.30 pagi. Ustaz mana nak bangun pagi-pagi buta bagi ceramah?
Macam biasa, mata aku saja buat karenah birokrasinya. Filosophi sungguh hidup aku.

On TV. Jalan-Jalan Cari Makan. Ah...Jadi lah. Janji ada siaran.

4 minit aku tengok.

Terus aku lapar. Celaka. Maria Tunku Sabri memang buat kau nak makan nasik jam-jam tu jugak. Dah la tunjuk ikan patin masak tempoyak. Pantang betul. Walaupun aku bukan orang Pahang, peduli apa aku. (Aku orang Milwalkee okay!) Maria Tunku Sabri memang layak mengendalikan program itu.

Aku rasa, kalau dia makan rumput goreng berlada atau selipar masak kicap pun orang akan terliur.

Sekarang, aku sudah lapar. Mana nak cekau nasik ngan ikan bakar pukul 1.30 pagi ni?

Tuesday, December 8, 2009

Dan, ku tulis dengan tinta dari hati...

Pernah satu hari aku berkata kepadanya...

" Saya sudah malas mahu menulis."

Dan dia membangkang 100%. Katanya, aku perlu terus menulis, agar aku dapat dikenalinya dengan lebih rapat.

Akhirnya, aku faham katanya. Walaupun kadang-kadang aku tak bermaya.

Friday, December 4, 2009

Sila beri cadangan jika mahukan lebih...Korang memang rajin.

Dalam seminggu dua ni, aku kurang online dan berteman sosial di laman internet. Jadi, aku habiskan masa-masa bermakna selagi aku bergelar remaja lagi sekarang, untuk mendengar lagu-lagu yang mengimbau kembali zaman aku kecik-kecik dulu. Aku kadang-kadang hangin satu badan sebab tak dapat masukkan lagu dalam handphone aku daripada komputer. USB rosak.

Jadi, aku terpaksa mendengar lagu di radio tempatan. Aku tak hot. Tapi aku hangin satu badan. Minta maaf. Aku tak dengar lagu di radio yang korang fikirkan tu. Aku blur sikit bab lagu-lagu baru tempatan ni. Aku hanya dengar radio yang mengimbau zaman kecil hingga dewasaku. Kadang-kadang Sinar, kadang-kadang Mix, kadang-kadang Lite n Easy. Aku tak cool seperti korang. Jadi, aku dengar lagu-lagu lama saja. Filosophi sungguh hidup aku.

Minggu ini, tiada wanita lain dalam hidup aku, kecuali ahli keluargaku. Lain-lain wanita masih tiada. Jadi, aku cenderung untuk mendengar lagu-lagu yang menenangkan jiwa. Aku mempunyai masalah dalam komunikasi dengan wanita beberapa minggu ini juga. Sungguh kompleks.

Aku hanya menulis ikut hati. Jika korang inginkan lebih, ini bukan entry yang korang harapkan, bukan? Aku mahu menulis berkenaan muzik minggu ini. Jadi, tunggu sajalah kemunculannya. Korang dialu-alukan untuk memberi cadangan penulisan aku.



*Catatan pengarang : Sila beri cadangan apa aku nak tulis ni!!!

Tuesday, December 1, 2009

Hitler memaki Nazi.


"I hope all of your family get cancer..."


Aku jumpa kata makian ini dalam buku pelajar Germany di MMU pagi tadi. Nampak gaya, beliau sedang marah kawannya sebab selalu kenakan dia. Aku terus tergelak sorang-sorang. Kawan aku yang tak tahu berbahasa Inggeris terus ingat aku hilang pedoman.

MAR 5738- Kisah manusia dan mesin.

Motosikal cabuk kesayangan aku telah melalui proses overhaul beberapa hari yang lepas. Jadi, nak tak nak, terpaksa juga ikat perut sementara tunggu gaji bulan akan datang untuk sambar ekzos buatan Taiwan.

Kasihan juga tokey kedai motor kat kampung aku tu aku tengok dia barai motor aku. Aku bukan reti sangat jaga motor. Dapat awek pun manjang lari. Ni kan pula motor yang ada roda tu. Lagi la beliau kuat lari.

Dalam proses overhaul motor aku tu, pada petang aku hantar motor ke kedai, sekurang-kurangnya 32 orang anggota Pasukan Khas Laut (5 daripadanya perisik Interpol, dan 2 orang Terminator) untuk menjaga motor aku di halaman kedai tokey kedai motor tersebut. 7 orang cedera parah dalam proses tersebut, dan 12 orang lagi mendapatkan rawatan pesakit luar.


Ahad lepas, tokey kedai motor telefon aku, " Lu punya motor sudah siap maa...boleh angkat. "

Aku terus menuju ke kedai motor untuk lihat keadaan motor aku.

Tokey tu cakap, "Jagalah motor lu macam lu jaga bini, jangan main laju-laju maa...nanti dia boring."

Aku menung sekejap. Apa maksud bini tak boleh main laju-laju? Aku belum kawin lagi. Mana aku tau.

Sampai sekarang aku masih tak faham dia cakap apa. 3 hari dah aku bawak motor slow. Harap motor aku tak bosan.


"Jangan main laju-laju maa..." kata tokey kepadaku.

Monday, November 30, 2009

I dont have anything. Tapi, aku peduli apa. Janji handset aku ada WiFi.

4 hari lalu, aku bekerja secara marathon. Walaupun cuti, aku tolong macam-macam di kampung. Memasak, berkemas, tidur, bergelak-ketawa, makan banyak, dan beberapa lagi aktiviti wajib di kala musim raya korban. Secara jujurnya, memang seronok dan bermakna.

Malah, aku juga tak berahsia, aku sudah dapat resipi istimewa yang aku belajar sendiri dari pakcik aku. Sos Steak. Terbaik dari ladang. Tak menyesal aku belajar.

Sekurang-kurangnya, aku boleh la masakkan untuk bakal mak mentua aku kelak. Entah bila~ Harap aku ingat lagi bahan-bahannya kelak. Buat masa ni, aku masih ingat lagi cara membuatnya. Harap, esok aku bangun tidur, aku tak hilang ingatan.

Aku mahu menegaskan di sini, aku masih sedang lupakan seseorang. Aku tahu, dia maksudkan itu. Mahu aku jauhinya. Harap kau faham, Sani. Jadi, aku kena buat-buat happy. Jika betul-betul happy, itu satu bonus.

Cakap pasal bonus, semalam, aku dapat bonus panggilan percuma pada talian handset aku. Itu saja. Banyak-banyak kredit handset pun tak guna, jika aku tak pakai. Tapi, handset aku ada fungsi lain sekarang. Online melalui WiFi. Pergi kedai mamak hari-hari semata untuk WiFi. Bila mamak itu tak sediakan talian WiFi, aku amuk. Nasiblah siapa jadi mamak. Aku tak kira, yang penting, mamak itu hanya satu jenis. Tiada mamak Eropah, tiada mamak Russia, tiada mamak Philadelphia, tiada mamak Alcatrez.

Kau jangan salahkan aku. Salahkan omputeh, sape suruh reka binatang WiFi tu. Kan dah terjebak. Aku rasa bersalah, kerana Wifi lah aku kurang baca suratkhabar. Huh.... Parah sungguh.

Wednesday, November 25, 2009

Lupakan kamu.

Sekarang, aku sedang berusaha untuk melupakan seseorang.

Jadi, aku selalu nyanyi sorang-sorang.

Monday, November 23, 2009

Bekalan di masa depan. Kensel!

Sungguh sejuk petang ini. Mulut aku ringan je menyanyi lagu Love Me For Reason. Kelakar juga aku layan lagu Boyzone. Ikut musim okay!!!

***

Mahu mandi. Sejuk sungguh. Setahu aku, masa belajar kat University of Mentakab dulu tak la sesejuk ini. Masuk bilik air, baru aku sedar. Aku bawak berus gigi, deodorant, dan sebotol minyak angin.

Maknanya, aku tak boleh belajar oversea.

Binatang DiGi.

Hari ini hari gaji aku. Mengejut sungguh. Tak sangka gaji masuk hari ini. Tapi masih tak sempat nak pergi haji. Orang dah nak wukuf dah.

Aku sedar, aku dah buat kesilapan. Gaji masuk. On CIMBClicks. Log-in. Prepaid Reload. Digi RM50. Submit. Reload Successful.

Buat apa aku topup sampai RM50. Siapa aku nak call?

Patut duit tu bawak marathon wayang kat Alamanda!!!

***

Hello, Yellow Pages, boleh cancel tak topup Digi saya??

Sorry, wrong number inche'~

Kenapa aku telefon Yellow Pages pulak? Bukan binatang DiGi tu dari Yellow Pages ke?

Dah lambat. Tak payah.

***

Kamu jangan terkejut jika tiba-tiba handset kamu ada misscall. Mungkin itu aku.

Sunday, November 22, 2009

Tak semestinya bulu sama hitam, hati pun hitam juga...

Din : Sani, macam mana nak kerinting kan rambut eh, selain pegi salun?

Aku : Apsal? Kau terpengaruh mamat nigger plak?

Din : Ala, saja je nak kasi kelainan kat bini aku. Bulan depan birthday dia.

Aku : Apa susah. Tu pun nak ajar. Bulu kaki kau lurus ke, keriting?

Din : Aha. Bulu kaki aku keriting la plak. (Sambil selak seluar dia paras keting.)

Aku : Tau tak sebab apa?

Din : Apa pasal eh?

Aku : Sebab bulu kaki kau dilindungi seluar kau. Jadi, mulai hari ni, kau pegi mana-mana, kau pakai la seluar kat kepala kau. Pegi kerja, pegi Alamanda, memancing ke, kau pakai la seluar kat kepala. Insyaallah, keriting.

Din : Kau bangang!

***

Dari segi logik, aku betul. Nasib baik aku buat perbandingan dengan bulu kaki. Kalau bulu lain??

WTF 9091

Hari ini, lebih kurang pukul 8 malam. Cyberjaya baru lepas hujan reda. Aku capai motor, start dan terus menuju kafe berdekatan. Lapar seharian tidak makan. Sekarang kan hujung bulan. Tak perlu aku nak terangkan. Buat panas darah je.

Sampai di sebuah simpang yang menghubungkan jalan besar, aku terus keluar sebab tiada kereta, atau sekurang-kurangnya orang lumba kuda di jalan itu. Aku yakin, orang takkan lumba kuda di jalan tar tu. Tak mahu ladam kuda habis cepat barangkali. Setahu aku, ladam kuda lebih mahal daripada seekor ikan cencaru. Okay, aku tak merepek lagi.

Kembali kepada masa aku keluar simpang, tiba-tiba, ada sebuah kereta Proton Saga model baru keluar mengejut dari simpang bertentangan. Aku panik. Sempat juga aku terbayang wajah mak tika itu. Mujur, tuhan masih sayangkan aku. Aku sempat mengelak sambil buat aksi brek emergency, aku ingat lagi, masa ambil lesen motor dulu, akulah juara brek emergency, di kalangan orang-orang tua yang sama ambil lesen dengan ku. Aku brek emergency sejauh 10 meter time tu. Rekod sampai sekarang aku pegang di Pusat Latihan Memandu area Seremban. Aku bangga. Tapi, aku kecewa kerena tiada royalty. Mungkin orang atasan sudah makan duit aku dulu. Huh! Politikus.

Kembali ke cerita aku, aku lihat pemandu kereta Proton Saga itu. Perempuan. Cantik. Tapi, peduli apa aku. Bila kau nak langgar aku, aku tak peduli muka kau cantik. Tu semua make-up saja. Pengaruh Anita Sarawak barangkali. Awek yang nak langgar aku tadi buat tak tahu saja. Hangin bai!

Mujur aku tak apa-apa. Aku sempat lihat buntut kereta awek tadi. Baru aku perasan. Nombor plat keretanya WTF 9091. Ah... Celaka. Aku boleh ingat nombor plat keretanya sampai bila-bila. Atau, kalau aku alami nightmare malam ni, mungkin aku lupa nombor plat itu keesokan harinya.
Kau ingat, nombor plat kau WTF, kau boleh langgar sesuka hati?

Macam mana nak masuk syurga.

What the F**k!!!

Friday, November 20, 2009

Masihkah kau ingat?

Kawan SMS tadi.

"Sani, jom kuar makan. Lapar siot!"

Aku balas.

"Kau dah gila?? Malam ni kan ke cerita Nur Kasih??"

Sampai sekarang dia tak reply mesej aku. Mungkin baru dia sedar kot malam ni ada Nur Kasih. Haih...tu pun nak aku bagitahu.

Monday, November 16, 2009

Kau hiasi malam-malam sesakku...

Hari ini, hari Isnin.
Kau masih jauh dariku.
Aku perlukan kau.
Kau janji, kau datang Khamis selang seminggu kemudian.
Itu sangat lama.
Sungguh lama perlu ku tunggu kau.
Aku tak suka menunggu.
Aku benci menunggu.
Aku sungguh perlukan kau.
Tapi,
jiwaku tak sekuat yang kau sangka.
Aku tewas.
Aku tak mampu menunggu kau.
Aku minta maaf.
Aku sudah berteman.
Aku perlukannya sekarang.
Aku terdesak.
Harap kau maafkanku.
Aku akhirnya makan Maggi juga.
Setelah lambat sangat tunggu kau,
OH, GAJI!!!

Aku mengucapkan tahniah, dan aku sangat menghargai kehadiran Maggi dalam malam-malamku sekarang. Kerana Maggi lah buat aku ada idea mahu menulis. Aku sangat terharu sekarang. Terima kasih Maggi. Kau selamatkan hidup aku hari ini!
Ini bukan kisah tipikal bujang hujung bulan.

Gaji aku masuk Khamis minggu depan. Sebelum Hari Raya Haji. Kalaulah gaji masuk awal aritu, teringin juga mahu pergi Mekah dan Madinah. Ah, belum rezeki.

Tuesday, November 10, 2009

migrasi yang dikompelin oleh ketua kampung sebelah sehingga menimbulkan kontroversi terhadap majlis akikah anak beliau.(kemain panjang lagi kau tulis)

Ada beberapa orang rakan menghantar mesej .
Bertanyakan, sudah lama aku tak update blog,
Aku senyum saja.
Tapi bila sudah 5 orang bertanyakan benda yang sama,
takkan aku perlu berdiam.
Superhero pun bekerja hari-hari untuk dapat elaun penyiaran televisyen.
Jadi, aku pun menjawab kepada mereka dengan mesej sama.


" Sory, saya sambung belajar dekat oversea...Sabak Bernam.
Tempat tu takde line internet sebab kat situ pemerintahan komunis.
Jadi, benda-benda teknologi ni mereka anggap khurafat. "


Sebenarnya,
aku menulis ikut mood.
Sekarang kan musim tengkujuh.
Jadi, aku adalah spesies yang bermigrasi dan bermutasi.
Semenjak mula musim tengkujuh,
aku transform diri aku jadi seekor ikan keli.
Jadi, aku tiada tangan nak taip keyboard.

Okay, aku tipu. Aku malas nak tulis.
(Musim hujan aku tak biasa berterus-terang.Sebab bila hujan, kan awan gelap.Mana ada terang!)

Friday, November 6, 2009

Terkesima.

Sekarang, aku sedang kecewa. Bila aku kecewa, dah tentu aku bersedih. Tapi, orang kampung aku selalu cakap, life must go on baby! Yang baby tu aku tambah je demi ekspresi semangat.

Aku frust. Aku jalan-jalan lepas jumaat tadi. Pergi Alamanda. Aku tidak boleh duduk-duduk saja di rumah. Jadi, aku keluar bersama seorang rakan. Aku rahsiakan jantinanya.

Duduk lepas ambil order di Chicken Rice Shop, aku berbual-bual. Sedang rancak berbual. Kami didatangi seorang wanita. Berumur lewat 20-an. Mukanya tidak begitu menarik, tapi layak juga diberikan kredit.

"Abang, jom kahwin dengan saya!"

Aik. Aku pelik. Kenal dengan dia pun tak pernah, tiba-tiba ajak aku kahwin. Gila kentang ke apa?

Kawan aku mula pandang slack.

"Just Kidding!" dia menyambung.

Beberapa saat lepas itu, dia berlalu sambil menangis.

Aku dan rakanku diam seribu bahasa. Hanya lihat dia berlalu. Baru aku tahu, orang gila bukan saja berada di Ipoh, Alor Gajah dan Kuala Lipis, malah ada juga orang gila di Putrajaya.

Kami pun diam saja. Dia pandang aku, aku pandang dia. Tak tahu mahu mula dari mana.

Thursday, November 5, 2009

Bersendirian Menerima Hukuman.

Sesak nafas.

Masalah aku, tak perlu aku publickan.
Memang aku ada masalah sekarang.
Cukuplah,
Orang yang sepatutnya mendengar tidak boleh menerima.

Apa saja dia pinta,
Tak penah aku abaikan.
Walaupun hanya mendengar dan sekelumit kata semangat.
Sehingga,
Tanpa kami sedari telah wujudnya harapan yang maha besar.

Aku dibelai tika aku gembira.
Aku ditinggal tika aku kecewa.
Perlukah aku menganggapnya adil?
Adilkah?

Sekarang aku kecewa.
Kerana aku sendiri.
Aku sendiri menerima hukuman.
Terima kasih alam.
Beri pengajaran.

Tuesday, November 3, 2009

Pangkal testeron aku hampir sembuh akibat terjahan ombak di Pantai Senandung Semalam.

Cerita ini berlaku seminggu yang lepas :

Aku baru tamat sesi bekerja. Esok adalah off day aku. Seorang kawan bernama Syam( nama sebenar dirahsiakan demi mengelakkan santau angin), mengajak aku pergi karaoke. Aku tak minat langsung. Syam memang terkenal dengan sifat karaoke tanpa had. Beliau memang yakin dengan lontaran suaranya. Tapi tak pernah aku rasa suaranya sedap. Tiap kali beliau nyanyi lagu nada tinggi, khususnya lagu dari Jamal Abdillah dan Jalil Hamid, aku terpaksa tahan kencing dan kemut buntut. Ke laut.

Syam : Sani, jom pegi karaoke. KL. Aku belanja!

Aku sudah mula panik. Mahu mengelak. Beliau mengulangi ajakannya.

Syam : Weh, jom la, aku belanja.

Aku fikir ayat singkat, tapi hampir tak sempat cari alasan.

Aku : Err...aku tak boleh pergi la. Aku tak sihat. Sakit pangkal testeron.

Syam : Owh...yeke. Camtu takpe la. Aku ajak orang lain.

Beliau berlalu. Aku terselamat. Sebenarnya, aku pakai sebut je pangkal testeron tu. Aku sendiri tak tahu celah mana pangkal testeron tu berada dalam sistem tubuh badan manusia. Mujurlah dia tak tanya lebih-lebih. Mulut aku pulak, asal sedap je sebut pangkal testeron.

Mujur juga Syam seorang yang kantoi SPM. Tak pernah ambil tahu pasal bidang Sains, Fizik mahupun Matematik Tambahan. Setahu aku, Syam pernah dapat B dalam Kajian Tempatan Tahun 4. Itu pencapaian terbaik yang aku rasa. Dua hari lepas tu, beliau kantoi tulis nota kat pembaris kayu masa Ujian Pendidikan Seni Kertas 2. Aku tak tahu apa motif. Okay, tu aku tipu.

Hampir saja aku jadi mangsa layan beliau karaoke. Aku ada tugas baru lepas tu. Aku kena search google untuk cari apa maksud pangkal testeron. Aku berharap ia bukan organ dalaman wanita.

Tapi, sampai hari ini aku tak search. Mujur dia sudah lupa. Mungkin juga lidah dia terkucil nak sebut TESTERON!

Habis tamat riwayat kesan degil aku kerjakan.

Balik kerja, pukul 5.00 petang. Aku sudah penat. Penat melayan karenah student.(Belagak macam lecturer) Aku ON komputer. Perdengarkan lagu-lagu slow kendalian Winamp untuk melayan mata aku yang sudah mula macam mata Mohamed Rahmat masa kemuncaknya memotong rambut panjang Search dan Wings di RTM satu masa dulu. Aku perlu tidur. Tepat jam 5.15 petang, aku terlelap dengan baju kemeja ropol-ropol di dada. Aku tahu baju itu kedengaran lucah bagi aku bawak pegi kerja, tapi, peduli apa aku! Bukan ropol-ropol bunga tanjong atau bunga krisantemum ke ape. Cuma ropol-ropol teknik jahitan tangan keras bagi budak-budak muda yang baru belajar jahit je. Tak la suck sangat aku rasa. Cool apa. Reject Shop tau!

Tidur.
.
.
.
.
.
.

Kletok!!! Kletok!!! Kletok!!!


Aku terjaga.

Pukul 6.05 petang.

Ada orang ketuk pintu rumah aku barangkali. Aku cuba bangun. Kacau betul la. Aku jalan ke pintu depan dengan longlai.

Pintu aku buka.

Tak ada orang. Tapi bunyi ketukan pintu tu masih kedengaran.

Kletok!!! Kletok!!! Kletok!!!

Aku tengok rumah bawah. Rumah awek kerani tu. Betul-betul di bawah rumah aku. Dia tengah tumbuk cili rupanya. Hampeh betul la. Nasib baik dia perempuan. Kalau tak, pasti aku amuk.

Sekarang, aku mula memikirkan untuk collect kotak simpanan telur ayam. Nak susun dan tampal di dinding rumah aku. Macam panggung wayang dan tempat gigs dulu-dulu. Itu saja aku terfikir sebagai silencer (selenser bak kata budak moto kampung aku). Sekurang-kurangnya, aku boleh lukis mural atas kotak telur tu.

Jam 6.25 petang.

Aku tak boleh tidur dah.

Aku sungguh geram.

Jadi, aku basuh kain.

Monday, November 2, 2009

Akhirnya....aku mula mengacau orang tatkala jiwa tengah tak tenteram...

Hari ini aku pulak nak mengacau orang....
Ambil handset, cari kawan yang muka macam penyanyi rock metal zaman 90-an...
Mahu hantar sms.

Aku : Bro, nak tanya sikit soalan leh?

Kawan : Aha... ada apa?

Aku : Drama Nur Kasih jumaat lepas mcm mana cite dia? aku tak tgk la,keja...

Kawan : Kau bodoh!

Terus aku happy hari ini. Ironi bukan?

Sunday, November 1, 2009

Cintamu muzik dihatiku...
Aku tak tahu kenapa bait-bait lagu itu bermain kat kepala aku.
Aku emo ini malam.
Malam yang bercampur baur.
Kejap ke kiri-kejap ke kanan.
Aku tak sanggup menanggung.
Masih ada lagikah semangat 2 tahun lepas?
Hanya Dia yang tahu.

Pergilah, hilangkan dirimu.
Aku dah hilang dari catatanmu sejak awal lagi.
Kamu mulakanlah semula.
Maafkan aku.

Saturday, October 31, 2009

Pembahagian sedikit masa terluang untuk diketengahkan di tempat awam yang terpilih.

Hari ini aku rasa macam nak gegar pekan Dengkil. Nak melawat pasar malam yang penuh warga Nepal dan Myanmar. Aku tak tahu apa motif mereka sangat ramai di kawasan itu. Adakah mereka menyahut laungan 1Malaysia oleh PM? Aku cukup tak suka pendatang asing. Bau diorang macam ikan tapah pun ada. Kadang-kadang kalau bernasib baik, ada yang bau macam daun ketumbar. Aku tak tahu apa habitat diorang ni.

Rasa mahu buat perkara keji seperti dulu. Beli ayam goreng, bukak plastik, makan sorang-sorang kat tepi tembok. Sambil tangan pegang air tebu dan cendawan goreng tepung. Rindunya pasar malam Tampin! (aku bukan orang Brunei, okay!)

***

Esok aku mahu turun Mid Valley. Mahu naik komuter saja. Barulah cool. Mahu jalan-jalan. Lama sudah tak bersosial. Aku teringin jugak nak tengok cerita Inglorious Basterds. Itu pun tengok kondisi masa beratur besok. Kalau kena beratur sampai kena rapat badan dengan awek depan, baik tak payah. Aku suci, okay.

Cik kak. Mahu ikut? Tanye boyfriend kamu dulu. Aku tak mahu bila aku tengah sedap-sedap makan McD, tiba-tiba ada seorang lelaki amuk tak tentu pasal carik girlfriend dia. Bantut selera aku. Nasib baik McD makan tak pakai pisau. Kalau tak, sia-sia je aku kena upah Karpal Singh sebab nak settle kes bunuh.

Thursday, October 29, 2009

Super Sapien tak reti masak Maggi.

Hari ini aku kerja sampai pukul 12 malam. Kawan-kawan aku yang start kerja syif malam mula datang pada jam 10.30 malam. Muka masing-masing macam biasa. Ada yang suci macam Haji Hasbullah Awang, ada yang ketat macam Kuswadinata, ada yang hampir kacak macam Nassier Wahab, ada yang mata kuyu macam Rowan Atkinson dan ada juga muka merah macam Super Sapien. Huh. Pengaruh TV sungguh diorang ni. Macam mana anak-anak nak lulus lesen motor.

Bila dah masuk ofis, aku tengok masing-masing *mengagau dalam beg. Apa diorang nak buat? Lepas seorang-seorang keluar sebungkus Maggi. Tanpa banyak cakap, masing-masing pakat masak air 1 jag untuk dikongsi bersama. Sudah berpakat ke diorang ni bawak Maggi sorang sebungkus?

Aku pelik. Masing-masing semua sudah berumahtangga. Malah, bini nak masuk 2-3 pun ada. Tapi masih kena makan Maggi.



Sebab tu la aku belum berumahtangga lagi.


Alasan.





*mengagau - meraba-raba

Wednesday, October 28, 2009

Helo untuk dia, I Love U untuk aku...

Semalam terjadi lagi kejadian tersalah bagi sms ke handset aku.

From : 01221072** "Askum, awk kat ner? meeting dah nk start ni awk,tu la msti bangun lmbat. saya dah pesan smlm, balik dinner trus la tido! tu la."

Aku senyum kecil melihat mesej yang datang dari celah mana tu. Aku kan pantang orang salah hantar sms, jadi aku try la reply.

"Ala awk ni, saya tak boleh tido la kenangkan apa awk buat kat sy smalam."

Dia tak puas hati. Dia reply.

From : 01221072** "Ape sy dah buat kat awk? "

Aku dah mula senyum tutup mulut. Best jugak reka cerita ni. Aku reply lagi.

"Awk say I Love U kat sy. Saya tak tenteram~"

Dia balas.

From : 01221072** "Eh orang tua ni. Dah 20 tahun kita kawin, hari2 sebut I love U pun x boleh? Buang tebiat ape? Mentang2 saya out station kt Mentakab semalam, sehari tgl pn dah mcm org ilang akal? Mcm pompuan!"

Terus aku diam. Tak reply dah.

Aku mula risau sebab dia dah main misscall-misscall.

Monday, October 26, 2009

Penawar rindu dalam bahasa sanskrit. Bulu roma pun pasti menunjukkan belangnya.

Aku tengah duduk-duduk di depan ofis pada malam Jumaat lepas. Penat barangkali mengurat awek Iran. Tiba-tiba, aku dengar bunyi sayup-sayup. Sangat halus bunyi itu. Aku pandang kiri kanan. Hanya kawan sekerja duduk di hujung kerusi panjang yang sama dengan aku. Baca surat khabar. Makin lama makin menyeramkan bunyi itu. Bulu roma aku pantas naik (walaupun bulu roma aku kecik kenit). Aku seram-seram-seram dan seram (ulangan perkataan untuk mengekspresikan memang betul-betul seram).

Aku mengengsot sikit ke arah kawan yang sedang baca surat khabar. Kusyuk sungguh baca bab Pakar Sakit Puan. Aku dah mula curiga dengan status jantina beliau. Kawan perasan aku lain macam. Aku senyum tawar. Takut la katakan. Makin aku rapat ke kawan, makin jelas bunyi itu. Bunyi itu kalau dieja berbunyi, "Eeekk...Eeekk...~"

Bila berlaga saja punggung kami, kawan aku terkejut. "Apa hal kau ni?", dia bertanya.

Aku cakap, "Tak dengar ke bunyi tu?" Aku ulang bunyi itu dengan mulutku.

Yang aku pelik, sekarang bunyi tu sudah tiada. Ahh...benda tu saja mahu sakat aku barangkali.

Kawan pun berkata. " Apa la kau ni. Tu bunyi aku menyanyi tadi!!"

"Lagu Penawar Rindu."

Ahh... Sial betul beliau. Menyanyi pun macam bunyi iblis.

Aku terus senyum simpul. Sambil cover malu.

Saturday, October 17, 2009

Anti klimaks kadang-kadang aku suka, kadang-kadang aku benci.

Kredit kedua-dua handset aku masih berpuluh-puluh ringgit. Aku bosan. Cari nombor telefon kawan, dan tangan gatal mahu bertanya khabar dan layan berbual.

Aku : salam bro! tengah watpe? lama tak dengar khabar. ape cer??

Kawan : tongah bersetubuh poik!!

Sampai sekarang aku tak reply lagi. Anti klimaks.

origami beruang? bukan poligami.

Seorang kawan bertanyakan hal peribadi kepada aku.

"Sani, kau ade awek tak?"

"Ada."

"Siapa awek kau, lawa?"

"Boleh la tahan. Takde lah lawa sangat."

"Siapa nama dia?"

"Catherine Zeta Jones!"

Aku berlalu pergi. Aku sangat pasti, mesti dia nak kenenkan aku dengan adik dia yang tak reti sebut huruf 'S' dengan betul tu. Aku belum sedia dituduh mengambil kesempatan terhadap insan kurang upaya. Dan aku merujuk muka adik dia seperti origami beruang.

Aku juga punyai famili yang cool...

Kadang-kadang, aku mengalami masalah menganggar masa yang betul.
Kejadian ini aku lihat sebagai sangat serius...

"Helo, wan, bil Astro dah sampai dah?"

"Apo bondo eh kau nak bil Astro tongah-tongah malam buto ni??"

Aku tengok jam, pukul 3 pagi.
Aku tak perasan. Ingat awal lagi.
Pasti famili aku di kampung risau kejadian yang menimpa aku sejak kebelakangan ini.
Harap mereka tidak fikir aku menjadi kaki mabuk pulak di Cyberjaya ni.

Friday, October 16, 2009

Aku menyambut keriangan dalam kepedihan.

Aku melabelkan diri aku sebagai unsur air. Aku melabelkan kamu sebagai unsur api. Biarpun berlainan unsur, tapi memberi maksud yang berbeza.

Bagi aku buat masa sekarang, aku tak mahu berkongsi apa-apa dengan mereka yang ingin tahu. Aku hanya ingin menyimpan sahaja, memeram misteri itu sehingga di pecahkan sendiri oleh sesiapa yang betul-betul ingin tahu. Biar aku sedikit terseksa, biar aku sedikit terluka, pasti pengakhiran nanti memuaskan hati semua pihak.

I'll never fall in love again.
Aku perlu sesuatu untuk menjadi pemangkin sekaligus menterbalikkan fakta ayat tersebut.

Aku perlu.


Itu saja yang perlu kamu tahu. Godam sendiri.

Selamat hati aku, selamatlah hati kamu.

Thursday, October 15, 2009

Senyum boneka. Masih mencari cahaya dalam kegelapan.

Aku bukan apa. Beberapa minggu ni aku berada dalam situasi bosan dan tertekan. Aku tiada kawan berbual. Aku tiada teman senda gurau. Aku tiada penunggu cerita-cerita emosiku. Pendek kata, aku tiada sesiapa yang paling rapat denganku. Kawan? Seperti biasa. Mungkin mereka sudah bosan denganku. Mungkin mereka sudah ada teman lain. Mungkin juga mereka sibuk. Itu aku tak berani buat telahan sendiri. Pandailah aku jaga diri. Mungkin jika mereka susah nanti, mereka akan cari aku, siapa tahu? Aku tak kisah. Cuma, bila aku bosan, aku memang betul-betul maksudkannya. Aku cuma minta dihargai. Aku bukan meminta-minta. Cukuplah aku memberi reaksi ini. Walaupun ia tidak adil, biarlah. Aku tak kisah berseorangan.

Terima kasih Kak Zai, selalu ajak aku keluar makan dan berbual-bual. Hari-hari dia tanya aku tiada teman istimewa ke? Hari-hari dia tanya bila nak ada teman? Hari-hari dia rekomen aku perempuan-perempuan yang merupakan kenalannya. Dari pangkat Pengarah hingga cikgu taska. Aku cuma balas dengan senyuman. Aku bukan tolak tuah. Cuma, aku masih dalam suasana berkabung. Aku masih lagi mencari cahaya dalam laluan gelap dan berliku. Masih di fikiran aku, ciri-ciri wanita bagaimana kah yang sesuai denganku?

Aku lebih suka mengambil jalan berhati-hati. Aku mahu sendirian tanpa teman istimewa. Tapi, kadang-kadang, aku tertekan. Aku tiada teman untuk meluahkan. Aku tiada teman untuk memujuk. Tiada kawan yang boleh menjadi serapat kekasih. Itulah kenyataannya. Walaupun aku tahu kau tidak setuju, tapi, memang itulah kenyataannya.

Buat masa ini, aku mahu tersenyum sahaja. Senyum boneka. Sembunyikan semua itu. Biar semua tidak tahu apa terjadi kepadaku. Aku perlu terus senyum untuk melupakan semua. Senyum sahaja jadi penemanku. Biarlah aku sendiri. Aku tiada hak. Bye.

Wednesday, October 14, 2009

janji aku tak kacau anak dara jiran....

hari raya tempohari,
aku seperti rasa bosan...
tiap-tiap tahun sama saja...
mintak maaf,perlu nangis dan cium-ciuman...
stereotaip sungguh...

aku berfikir....

fikir lagi....

aku perlu sesuatu yang lebih menarik pada hari raya ini...
aku perlu jadikan hari raya lebih kontemporari...
tidak stereotaip seperti nangis atau sedih-sedih...
kalau aku nak sedih orang kata, tengok saja Bersamamu TV3.
tu orang kata....bukan aku. aku tak pernah tengok.
aku cuma tengok drama Nur Kasih saja. Kelakar cerita tu.
ah...lagi satu aku suka tengok iklan minyak pelincir.

dengan berbaju melayu warna biru,
aku rasa tidak senada dengan niat jahat aku yang berwarna merah barangkali.
aku mula merancang sesuatu.
.
.
.
.
hasil dari mengubah suasana raya itu?
jiran aku langsung tak memaafkan aku...
sebab aku baling mercun bola kat kereta Proton Persona baru dia.
alarm kereta menjerit, ibarat lagu Hail Amir dan Uji Rashid....

petang raya,
aku tak balik rumah.saja-saja lambat balik...
sebab risau buluh lemang singgah kat tengah belakang aku...

Sunday, October 11, 2009

Diari seorang anti sosialis. Akhirnya aku tulis tajuk berkaitan dengan entry (selepas beberapa teguran membina). Aku saja ambil hati.

Kadang-kala, aku perlu meminta maaf untuk meredakan keadaan walaupun jelas ia bukan salah aku. Aku lakukan demi kelangsungan hubungan. Aku tidak kisah jika dia masih marah. Tapi aku cuma takkan terima jika dia tidak menghargainya.

Okay, cukup.

Entah kenapa sekeping not RM50 boleh habis dalam masa dua hari. Aku cuma seorang. Aku bukan bela toyol ataupun hantu raya pun, kena beli dedak kasi dia makan.

Jalan-jalan di Alamanda Putrajaya menunjukkan hari ini amat membosankan. Lepas satu-satu kedai aku singgah. Aku mula memberhentikan tabiat singgah-menyinggah tu bila aku tersalah masuk kedai jual pakaian dalam wanita.

Shit. Alamanda memang membosankan.Aku lebih rela jalan-jalan seharian di dalam kedai susu bayi daripada jalan-jalan sejam di Alamanda. Parit kat kampung aku lagi banyak aktiviti nak buat. Alamanda plak, aku singgah kat Al-Ikhsan nak tengok TV dia bukak lawan bola pun dah kena pandang slek...tak cool betul pekerja Al-Ikhsan. Macam mana nak masuk syurga.

Hari Ahad adalah hari yang membosankan jika anda seorang yang anti-sosial macam aku.

Saturday, October 10, 2009

Akhirnya, baru aku ingat janji itu...

"Still mad at me?" Aku menyoal. "Yes", dia jawab ringkas. "Okay,Why u're still mad? I dah minta maaf kan?" Aku menyoal lagi. "The way you scold me." Dia jawab tersekat-sekat.

Akhirnya aku bermimpi...
Bukan senang nak mimpi seperti drama swasta ni.
Biarpun agak stereotaip, tapi, aku tahu mimpi itu mengingatkan kita.
Yes, mengingatkan kita. 'KITA'. Bukan aku seorang.
Kau dan aku.

Friday, October 9, 2009

hampir saja aku jadi Sleepy Hollow...

Aku teringat zaman aku di Melaka 2-3 tahun lepas. Aku naik motor. Slow saja aku bawak. Aku kan penunggang berhemah. Sambil nyanyi-nyanyi lagu Ziana Zain, err...maksud aku Guns N Roses, aku menikmati tiap nikmat oksigen yang masuk melalui hidung aku.
Sedang elok layan perasaan, tiba-tiba...

kletuk-kletuk-kletuk!!!

"Wooooo!!!" aku menjerit.

Sial.

Seekor kuda yang ditunggang oleh pakcik polis Unit Ronda Berkuda selamba je potong aku. Terkejut beruk aku. Awek dalam kereta belakang gelak dengan kawan-kawannya. Nasib baik aku mengelak tak menuju terus ke longkang kat Jalan Bkt St Paul tu.

Kuusss semangat...

Aku berhenti untuk pulihkan semangat aku sambil makan cendol kat bangunan merah tu.(Padahal dah malu.)
.
.
Malam tu aku mengigau Sleepy Hollow datang tuntut kepala dia.




tahu persamaan Sleepy Hollow dengan pakcik Unit Ronda Berkuda?

Mimpi-mimpimu....

Mereka berkata tentang aku muncul dalam mimpi-mimpi mereka.
Mereka berkata tentang kehadiran aku dalam tidur mereka.
Bukan hanya seorang. Tiga empat orang juga berkata benda yang sama.
Mereka menyoal tentang adakah aku melalui perkara yang sama ; mimpi dirinya?
Aku menggeleng. Tidak pernah ku rasa.
Dalam masa terdekat ini, jarang sekali aku mimpi.

Mereka tidak puas hati.
Menyoal aku, adakah aku tidak mengingati mereka?
Aku tersenyum tawar.
Mudah sungguh mereka menjatuhkan hukum.

Aku berkata dalam hati,
Aku bukan mesin mimpi.
Tak tahu bagaimana mahu mendapatkan mimpi yang aku mahu.
Adakah jika aku tak mimpi kalian, layak dikatakan aku tidak mengingati kalian?
Sungguh tak adil. Aku bukan berkawan dengan malaikat mimpi.

Aku terus tersenyum.
Biarlah.
Siapa kata aku tak mengingati mereka?
Memang mereka masih tidak kenal aku lagi.


*Dipetik dari otak aku sendiri.

Thursday, October 8, 2009

You know I've seen a lot of what the world can do
And it's breakin' my heart in two
Because I never wanna see you sad, girl
Don't be a bad girl
But if you wanna leave, take good care
Hope you make a lot of nice friends out there
But just remember there's a lot of bad and beware

Kepada sesiapa yang mahu pergi dalam hidup aku,
teruskan sayang.
aku tidak menghalang.
demi kebahagiaan kamu.
harap hidupmu bahagia.

Monday, October 5, 2009

En. Signage = En. Papan Tanda....itu bukan aku.

Tadi, ada seorang mamat guard dari Sabah. Dia memang lurus bendul orangnya.

"En. Signage, mari sini kejap,"dia panggil aku.

Aku tak tau apa masalah mamat ni sebab selalu panggil nama aku "En. Signage". Adakah bibir dia sudah beku? Nama aku yang paling basic pun dia tak dapat nak panggil dengan betul. Susah sangat ke nak panggil En. Sani? Sebut Sani pun jadi Signage. Macam mana nak masuk syurga?

"Kau nak apa? Cakap je la dari situ," aku separuh menjerit kira-kira jarak 15 meter dari tempat dia berdiri. Mungkin hangin satu badan sebab dia panggil aku dengan nama "Encik Papan Tanda" tadi.

"En. Signage, aku nak mintak bluetooth lagu Ziana Zain tu boleh?"
"Lagu Madah Berhelah!"

Dia berkata dengan nada kuat di khalayak ramai.

Sial.
Jatuh maruah aku. Awek tengah berborak ada dua orang kat tepi tu.

Muka ganas. Tapi...
.
.
.
.
.
.

Aku taubat nak layan dia bercakap lagi.

Musibatul punya mimpi...tercalar rekod kedatangan awal aku ke opis.

Aku bermimpi malam tadi. Watak aku dengan seorang wanita yang aku sendiri tidak cam siapakah gerangannya. Tapi, yang pasti dia cun... Aku agak-agak, mesti awek Assistant Manager kat opis sebelah.(Walaupun main serkap jarang je.)

***

Aku naik motor. Bawak seorang awek. Tiba-tiba hujan lebat. Aku berhenti di perhentian bas yang aku agak, mesti area Sabak Bernam. Maybe, suasana ketika itu berlatar belakangkan petak sawah. Tapi, entah kenapa plot mimpi aku berada di Sabak Bernam pun aku tak tau. Sudah jodoh dengan orang Sabak Bernam agaknya. (Dushhh!!!)

Berhenti.

Tunggu hujan berhenti.

Diam.

Tengok dia kesejukan.

Kesian.

Bosan.


Jadi untuk isi masa lapang, sementara hujan itu reda, aku cerita dan reka semua dongeng-dongeng aku. Kisah macam haram yang selalunya berakhir dengan tragedi kepada aku: hanya untuk melihat kau mengukir senyum, hanya untuk mendengar kau ketawa.

Kemudian aku diam kembali.

Hujan masih lebat.

Kemudian, kau bisik ke telinga aku.

"You ever been in love ?"

.
.
.
.
.



Dan, oleh kerana mimpi itulah, aku lewat bangun tidur untuk masuk kerja pagi tadi.
Korang agak-agak, apa petandanya tu?

Macam musibatul. Kan?

Thursday, October 1, 2009

Kalau nak main golf, belilah One Drop Perfume.

semalam,
ada seorang kawan tiba-tiba telefon aku...

"Ei, Sani, jom join One Drop Perfume nak?"

aku jawab,

"Laa...malas lah. aku mandi pakai sabun Fab pun wangi jugak."

dia balas,

"Alaa...best dowh.aku tengok iklan dia gempak tu.ada Rozita Che Wan."

aku jawab,

"So? kalau kau join One Drop Perfume, kau dapat bau spender dia la?

dia balas,

"Lantak kau lah."

***

aku tak tahu, tang mana yang gempak iklan One Drop Perfume tu.
setahu aku, iklannya tentang sorang mamat nak pegi sembahyang raya kot.

"erm,bang jangan lupe pakai perfume ni."

"emmm~wanginya perfume~"

pastu kawan-kawan dia datang nak tayang kereta.
sembahyang raya tah kemana, perfume tah ke mana.
dia tetap gak ngan rumah papan.
korang perasan tak?

***

bagi aku,
minyak petrol RON95 lebih penting dari minyak wangi.

***

dah lama aku tak menulis sejak pulang bercuti raya tempohari...
aku tiada mood...atau tiada pick-up barangkali...
bila satu kejadian terjadi petang tadi,
membuatkan aku tergerak mahu menulis sesuatu...

***

aku duduk di sebuah kerusi taman sambil menyanyi kecil lagu Elvis Presley-It's Now Or Never.
aku sudah lama tidak duduk sambil kepala ligat memikirkan sesuatu...
mak aku cakap, jangan duduk berangan sorang-sorang, nanti rambut cepat botak.
peduli apa aku...rambut aku ada lagi berjuta-juta.
melainkan kalau rambut aku membuat mogok besar-besaran...
okay, tak kelakar...

ada dua orang awek tengah berbual sebelah kerusi aku.

"Ei Nah, semalam aku tengok cerita The Sixth Sense,comel kan budak tu?"

kawan dia jawab,

"Owh, aku tak tengok la cerita tu.Tapi,aku penah tengok dulu.Memang cute giler budak tu."

awek tadi berkata,

"Aku rasa, kalau budak tu dah besar,mesti hensem kan...macam...erm..macam,alaaa...yang main bola sepak Selangor tu...sape eh?"

kawan dia balas,

"Amri Yahyah?"

awek tu cakap,

"Ahaaa...tu la...Amri Yahyah!"

aku senyum kecil...
aku cakap dengan nada halus, sambil bangun untuk berlalu pergi,

"Kanggaru pakai baju polka dot lagi hensem..."

"Haaa...?"

kedua-dua awek tu terkejut sambil melihatku pergi.
(Berbisik. Berbisik. Berbisik)

lantak engkau orang la.
ada ke muka budak Haley Joel Osment tu dia samakan dengan mamat main bola tu?
muka mamat tu dah la macam muka posmen kat kampung aku je.
cuma posmen tu pakai cermin mata kanta tebal je...

kelakar.

dan macam gampang.

***


Haley Joel Osment



Amri Yahyah


adakah muka mereka seiras? aku rasa awek tu sudah ketandusan cecair otak pemikiran.

Friday, September 18, 2009

orang cakap, muka aku macam Jepun...salah ke aku mata sepet? macam Harrison Ford kan?

aku tiada kad raya konvensional tahun ini...
aku malas mahu buat...
jadi,kepada kawan-kawan sekalian umat, aku mahu ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
maaf zahir dan batin...
tahun ini, adalah tahun istimewa aku berlainan dengan tahun 2008...
tahun ini aku belajar banyak benda dan kenal ramai kawan...
kamu semua sedikit sebanyak mengubah aku...
aku dalam proses melupakan tahun 2008 yang lalu...
sesiapa yang rapat denganku pasti tahu, apa yang berlaku masa itu....

***

aku juga ingin mengingatkan abang-abang yang bermisai tebal, muka berparut askar, naik kereta lama buatan jepun dan bila berbual dengan suara yang tinggi, peringatan aku.
"Jangan beratur di kedai nombor ekor dengan pakai baju melayu sambil buat muka Serani."

tu saja.

SELAMAT HARI RAYA BABY!!!

(aku belum dalam mood raya lagi, sebab aku belum balik kampung.esok baru balik)

Thursday, September 17, 2009

orang asli belajar oversea, balik-balik jual petai jugak...

hari ini, aku malas mahu menulis...
mood aku sudah sampai di kampung melewati jasad aku yang kudus di tengah hutan batu...
cewahh...ayat macam nak makan penampar...

aku hanya copy beberapa perbualan Yahoo Messenger aku dengan kawan aku yang serumpun(maksud aku satu negeri,beliau bukan Indon okay!!)
seperti yang sedia maklum, aku adalah anak Negeri Sembilan...
yang faham apa aku bualkan ini, sekalung tahniah...
yang tidak faham, bukalah ensiklopedia anda sekarang...

shah: kau tongah makan ko?
en.sani: tongah minum2 yo ha,sementaro tunggu waktu berbuko kang
en.sani: tu yg nyosa balik awal tu
shah: samo la
shah: lmbat na buko
shah: budak2 ni open kuaci
shah: jam opis den lambek
en.sani: dio sekadar kudap-kudapan xpo
en.sani: x batal
shah: boto tu
shah: dio jgn besetubuh yo
shah: tu batal
en.sani: tu la
en.sani: lagi 1 korek idung,tu tak bleh
shah: ha'ah,
en.sani: nnti rayo dtg umah
shah: k la poik
shah: den nak komeh ghemah nasik mkn tgh hari td jap
en.sani: yo la
en.sani: ok2
shah: kau pun dtg ghumah
en.sani: yola
en.sani: insyaallah
shah: bwk kerel tu skali
shah: den nak cubo santau busung dio tu
en.sani: yolah,siapkn kain kuning
en.sani: boli awal2
en.sani: takut abih stok yo kain kuning org buek baju kebaya
shah: den biaso pakai satin perancis bersulam tangan
en.sani: lagi serasi la ngan bomoh org asli tu
shah: tu la tu
en.sani: org asli skang demand
shah: dio dah byk blaja ober sea
en.sani: tu la tu
shah: k poik
en.sani: ok2
shah: sadakallahulazim
en.sani: aminnn~
en.sani: <----5 harakat

sekarang, siapa yang menafikan loghat Negeri Sembilan tu seksi?
Seksi bukan?



gambar menunjukkan aku bersama manusia bernama Shah...kami memang suka bermain wayar...

***

Wednesday, September 16, 2009

dia mengaku dia ganas...tapi, terpijak semut pun nangis...

petang tadi, ada seorang wanita menghubungi aku melalui telefon...
aku kenal sangat dengan dia...
kami selalu berbual...

aku jawab saja telefon aku,
tapi,
aku dengar tangisan di hujung talian...

ahh...sudah...

aku panik...

aku memang panik apabila dengar wanita menangis...

aku mula fikir bukan-bukan...

adakah keluarganya memaksanya kahwin dengan aku secepat mungkin?? (gurau je, ini hanya sedutan drama swasta, okay!)



aku tanya...

"nape awak nangis ni? cube story sikit~" <---nada penuh kebapaan...

dia jawab dengan tersekat-sekat...


"saya... saya..."

"saya..."

"saya potong bawang...nak masak~"
.
.
.
.
.
.
aku rasa hari ini puasa aku paling mencabar...

Monday, September 14, 2009

seekor kucing menjaga kaunter pembayaran bil...aku risau...

tadi, semasa keluar rumah untuk membeli juadah berbuka,
aku ternampak seorang kakak ni, sibuk bercakap dengan kucing warna kelabunya...

"Comot, lapar ye?alalala~ cian dia...mama tak sempat nak bagi makan untuk Comot~mari ikut mama masuk, mama beli ikan untuk Comot~"

tapi aku rasa, apa yang kucing bernama Comot tu dengar adalah...

"Comot, blah blah blah blah blah blah...blah blah blah blah blah blah Comot~blah blah blah blah blah...blah blah blah blah blah Comot~"

manusia sekarang hebat...

***
patut aku gelak bila kejadian tu, tapi, hari ini aku berfikir...
dan aku risau...
aku risau jika binatang faham cakap manusia...

apa akan jadi kalau lipas rumah aku tahu aku selalu mengumpat dia, cakap bau lipas macam longkang?

aku risau...

Sunday, September 13, 2009

patung lilin tidak pernah sakit...jadi,aku bercita-cita mahu jadikan patung lilin sebagai profesion aku bila sudah dewasa kelak...

semalam, aku sakit perut...
seorang umat pun tak tahu aku sakit perut...
sebab, bila sakit, muka aku agak normal dan tiada watak...
kawan-kawan aku cakap, aku layak menyamar jadi patung lilin Madame Tussauds...

okay, tak kelakar...

aku alah dengan lilin...

**

masih sakit perut...minyak angin cap kapak, cap kuda belang, cap cengkerik, cap jiran sebelah janda, dan tak ketinggalan minyak petrol bersubsidi RON 95, semua aku cuba sapu di perutku...
tapi masih tidak elok...

aku pujuk diri aku sendiri dengan satu baris ayat yang amat mendalam maksudnya...
ayat yang diucapkan oleh Rasulullah S.A.W terhadap isteri baginda yang ketika itu merungut akibat sakit yang dialaminya...

"Janganlah marah pada sakit, sebab ia sedang menjalankan tugasnya..."

sekarang, baru aku tahu, punca aku sakit semalam adalah kerana kombinasi makanan yang salah...

mana ada orang berbuka minum yogurt dengan goreng kangkung...

**

aku mahu cakap 1 ayat yang pendek hari ini...

"mestikah ada yang lain?"

huraikan sendiri...raya ke-10 baru aku bagitahu maksud sebenar ayat itu...
aku tak sanggup lagi menanggung tapak tangan,kayu hoki,pisau potong buah dan senjata kalashnikov...
perut dan kepala aku tak mampu menahan benda-benda di atas...

***

harap maaf...aku terfikir lagi...
aku terfikir saat-saat ketika 2-3 bulan yang lepas...
aku perlu luahkan ini...
minta maaf kepada 'dia'...

aku perlu teman...

Wednesday, September 9, 2009

Doraemon pun kadang-kala lalai dan kurang mahir berbicara seperti melayu alihbahasa....

pagi-pagi.pukul 8.30 pagi,aku jalan-jalan di Tun Siti Hasmah Digital Library, MMU Cyberjaya.
aku terpandang sebuah beg sandang kecil warna coklat di tepi dinding.
aku belek...aku buka beg itu, dan....

kembali selepas iklan....

okay,tak kelakar...

ada 2 buah wallet kepunyaan seorang lecturer dari Jepun...
ya~ini serius...berserta passport Jepun, dan beberapa barangan peribadi miliknya...

aku buka wallet...
WOW!!
RM 350 + Japan Yen 25000 + kad kredit Gold + kad kredit Silver + bla...bla..bla...
ini serius!!! jangan gelak okay!!

aku bawa beg itu ke pejabat aku...
aku check kad nama tuan punya beg...

Kozo Kobayasyi
macam pelakon lagak ngeri jepun namanya...

okay, tipu. aku tak pernah tengok cerita Jepun....(kecuali Doraemon,Shin Chan,Ultraman,Detective Conan,Upin-Ipin,Kerana Air Mata Ain...eh....)

aku hubungi nombor yang tertera pada kad nama.

(..................................)
malas aku mahu taip butir percakapan aku dengan dia. sebab dia tak mahir berbahasa Inggeris, jadi, aku adjust sikit bahasa Inggeris aku sesuai dengan kondisi di hujung talian.

15 minit kemudian.

En. Kozo Kobayasyi datang ke pejabat aku...
dan, terpancar riak wajah yang sangat-sangat bersyukur hendaknya...
dan, aku tidak sangka, dia melutut depan aku sambil mengucapkan terima kasih dalam bahasa Inggeris+Jepun...aku anggap dia ucap begini, "terima kasih banyak-banyak si kacak,awak la yang paling baik di Cyberjaya ni!!"<---ini aku anggap je...sebab aku tak paham apa dia cakap...

walaupun aku tidak faham sangat bahasanya yang menggabungkan Bahasa Inggeris dan Jepun serentak, tapi, aku tahu dia sangat bersyukur...

setelah selesai aksi-aksi lucah itu, En. Kozo Kobayasyi yang hampir menangis sebab terharu telah menunjukkan aku sekeping kad topop RM 50 kepadaku...
dia hadiahkan kad topup yang belum diguna itu kepadaku...
aku tolak lembut...(sebab aku melayu sejati.okay,tipu lagi...aku pan asian)
tapi, sekali je aku tolak, kali kedua dia offer, aku terus rembat...(hahahaha!!!)

sebelum berpisah, dia tepuk bahu aku dan sekali lagi mengucapkan 'Thank You' kepadaku dalam gaya Pearce Brosnan dalam filem Tailor of Panama...
aku jawab...

Sama-sama Nobita!!!

nasib baik dia tak dengar.

***

Tuesday, September 8, 2009

aku masuk office hari ini...
kak zai tegur...

"eh, Sani...ape yang lain kat kau hari ni eh?"

"waaa...rambut baru!! macam kanak-kanak sekolah tuu!!!"

dia sangat jujur...
aku cuma balas kata-katanya dengan kenyitan mata....

***
aku tak tahu,kenapa aku khayal sangat petang ini...

aku mahu mandi petang.
sudah masuk dalam bilik mandi,baru aku perasan...
aku bawa sebotol minyak wangi dan deodorant Rexona....

apa kejadahnya?

**

Wednesday, September 2, 2009

kereta kebal itu perlu aku jual untuk mendapat sagunya...

aku tiada hati untuk online sekarang ni...
aku rasa bosan selepas menghabiskan 2 ketul ayam percik,
minda aku terus menangkap peristiwa-peristiwa lama...
(aku rasa awek kelantan tu taruk 'air baca' dalam ayam percik tu...)

dan yang terbaru...
baru tadi aku tahu,
awek cun opis sebelah aku adalah berpangkat "Assistant Manager"...

Luluh...

Hampa...

Antara 2 Darjat...

***

ahh...persetankan semua itu...
aku mahu rilex saja malam ini...
aku sudah serik, terjajak bangun sahur sudah 2 hari....

sekotak air soya jagung telah aku habiskan sebentar tadi...
adakah itu yang menyebabkan Kak Zai cakap,
"Weh, Sani, kenapa harini awak boroi?"

dia memang jujur...

***

mak aku suruh aku ambik sebijik kereta...
dia suruh trade-in kereta kebal di halaman rumah tu...
aku cakap, insyaallah,tahun depan la...

timbul pula perbalahan berkaitan jenis kereta yang bakal aku ambil...

aku cakap, Saga pun sudah memadai...
emak pula mahu Viva...
sampai ke pengetahuan adik aku,
adik lelaki aku mahu MiVi SE...
wan aku mahu Exora...
makcik aku mahu Persona...
jika begitu,aku mahu beli Mercedes saja...bas sekolah...

kan bagus, kalau geran kereta itu boleh taruk nama lebih dari seorang...
aku akan senaraikan nama-nama di atas seperti pemegang saham...
bila aku mahu mewasiatkan kelak,
seorang dapat side mirror...
seorang dapat ekzos...
seorang dapat antenna radio...
seorang dapat button pancut air...
seorang dapat pedal brek...
seorang dapat emblem 'Proton'...

aku bukan orang senang...
aku tiada bapa untuk berkata,"ayah,along nak kereta sebijik.."
jadi, aku usaha sendiri....

Tuesday, September 1, 2009

hujan emas di negeri orang, hujan ais di bilik mandi...lebih baik mandi milo ais...ape aku merepek ni?

aku harap-harap, negara Malaysia tidak turun salji...
dari segi geografi, memang tak patut Malaysia menerima kedatangan musim salji...
tapi, seperti filem fiksyen sains barat, tidak mustahil seluruh dunia, gurun Sahara sekalipun boleh menerima salji...
masa tu, tiada lagi gelaran cicak gurun, kambing gurun, atau labi-labi gurun...semua sudah ditukar kepada 'salji'...

ape aku merepek petang-petang ni?

aku merepek sebab aku masih menunggu masa yang sesuai untuk mandi...

ahh...sejuk...

tulang sum-sum aku dah jadi Chocolate Shake dah...

tapi, dalam kiraan 25, aku mahu mandi...

sebab dalam kepala otak aku, aku pujuk begini...

"Camne nak belajar oversea kalo takut sejuk ni~"

Saturday, August 29, 2009

Doraemon juga pandai menganyam ketupat...

hari jadi aku jatuh pada hari raya ke-5 tahun ini...
ahh...aku tidak berdebar langsung...
kelakar ada la...
ia mengingatkan aku kepada tahun-tahun yang lepas,
tentang hari jadi aku yang dianggap paling berjaya dalam sejarah Greek...

tahun lepas,2008...
hari jadi aku jatuh pada bulan Ramadhan...
aku tak mengharap langsung,sebab ia men
gingatkan aku tentang aku sudah agak lanjut usia,dan masih tiada teman hidup...(hah...adik2,abang single lagi taw~)
2008,tahun lepas -hari jadi aku yang ke-22.
aku berada di kampung bersama mak,wan dan seluruh famili...
mak mahu buat surprise...
dia beli kek...besar...aku hampir teruja...dan aku buka kek itu,dan tertulis...

" Selamat Hari Jadi Along Ke-23 "


umur aku time tu 22...ahh...mahu kecil hati...
tapi aku tahu,mak aku sayang aku...dia tak ingat sikit je...
aku tak marah...dan,mungkin juga itu isyarat mak aku bahawa dia mahu menimang cucu lebih awal...(adoi~)
melihat aku dengan muka cengkerik, wan aku mengambil hati...
beliau membeli kek mahal di Baker's Cottage dan membetulkan umur aku yang sebenar...22 tahun.
dan berbuka puasa hari itu,famili aku semua makan kek keju...dan masing-masing berlagak seperti berada di Australia, dan adik aku dengan slamba, berdialog begini...

" Hey~ what dai is todai? " (what day is today?)

***

beralih pada tahun 2007...
aku di Melaka, berdua sahaja dengan mak aku...
seperti biasa,aku langsung tak harap apa-apa...
aku balik kerja hari itu, aku tengah syok layan game Football Manager...
mak aku pulang dari kerja, dia berkata kepadaku...

" Along,Selamat Hari Jadi!!! "

Heh~aku tersenyum...tergamam konon.dia hulurkan kek bersaiz mini...
aku tak sangka...
aku buka kotak kek, dan terus terkesima...
kek comel cip coklat, dipakejkan bersama patung Doraemon!
aku menjerit...

" MAKKK~NAPE DORAEMON!! "

(aku mengharapkan Shin Chan,atau sekurang-kurangnya Spongebob)

mak aku berkata...

" Alaa...kau kan suka kartun,jadi,mak beli la Doraemon tu..."



gambaran beberapa ekor Doraemon, dan adakah ia ada kena mengena dengan aku??


Aku tergelak sorang-sorang malam itu...
terharu mungkin...atau kelakar..
aku tahu mak aku sayang aku....
dan kek coklat itu aku rasa sungguh enak...

*Perhatian : ini adalah cerita benar, aku tidak mereka-reka...
serius...

Monday, August 24, 2009

kekurangan gula, mak buat donut salut bijik sawi...

hari ini,aku telah membincangkan 1 perkara yang serius.ini adalah benda paling serius pernah aku bincangkan dengan seorang perempuan, untuk mengekspresikan aku sangat mengambil berat hal orang dapur. ini serius untuk menunjukkan kepada masyarakat, aku sudah sedia untuk mendirikan rumah tangga.(ayat macam sial)

perbincangan ini berlangsung di laman Yahoo Messanger. bersama seorang wanita di pejabat aku, perbincangan ini juga menunjukkan aku sudah bosan untuk bergurau.

Tajuk : Kekurangan Gula di Pasaran.

en.sani: ui,watpe tu...makan nasik ke?
Zai Ariffin: hahaha,otak hang...
Zai Ariffin: sembang ngan en muzaffar
Zai Ariffin: psl isu ank skolah
en.sani: owh
en.sani: hahaha
Zai Ariffin: ngan isu gula
en.sani: sy bujang lg
en.sani: hahahaha
Zai Ariffin: hahahahahaha
en.sani: dia mane?
en.sani: ade tu?
Zai Ariffin: dah kuar dah
en.sani: owh
en.sani: hahaha
en.sani: dia leh lak pakse mamak cyberia bg dia gula byk2
en.sani: hahaha
en.sani: x aci btol
Zai Ariffin: ye ke
en.sani: aha,smlm dia cite
en.sani: hahaha
Zai Ariffin: sapa cite
en.sani: muzafar la
Zai Ariffin: oohh ye ke
en.sani: aha
en.sani: hehehe
Zai Ariffin: dia nak bli gula byk, kedai x kasik
en.sani: aha
en.sani: mmg ar
en.sani: buat la air teh pkai gula anau
Zai Ariffin: kene p kedai kerap nak p bli gula
en.sani: x sedap ke?
en.sani: wakakakakak
Zai Ariffin: hahahahahaha
Zai Ariffin: ko try wat dlu
Zai Ariffin: sedap ke tidak
en.sani: sesudu cukup
en.sani: tanpa pewarna tmbahan
en.sani: merah dia lg kilat
Zai Ariffin: hahahahahahaha
en.sani: xpun
en.sani: trdesak
en.sani: pkai gula hacks
en.sani: masuk 2 bijik
en.sani: xyah masuk daun pudina dah
en.sani: hahahahaha
Zai Ariffin: akai ko
Zai Ariffin: jauhnya sampai guna hacks
en.sani: hahahahah
en.sani: time trdesak
en.sani: leh ar buat scara indipendent
en.sani: wat kuih raya
en.sani: asingkan gula dlm kuih
Zai Ariffin: hahahahaha
en.sani: sape2 nk manis
en.sani: siapkan 1 mangkuk gula
en.sani: masa org dtg raya
en.sani: cicah je
en.sani: jimat sket
Zai Ariffin: hahahahah
Zai Ariffin: bagus tu
Zai Ariffin: idea yg sgt2 bagus
en.sani: haramkan kuih donut<--ada ke hari raya org buat donut?
en.sani: kuih donut tu kalo nk buat
en.sani: xyah ar salut gula
en.sani: salut tepung adabi pun dah sedap
Zai Ariffin: adabi kari yeekk
en.sani: aha
Zai Ariffin: ok gaks tu
en.sani: tak pun adabi cukup rasa
Zai Ariffin: ada ajinomoto
Zai Ariffin: tak leh
en.sani: hahaha
en.sani: kalo xleh
en.sani: pakai lada sulah pn leh
en.sani: janji ade tekstur
Zai Ariffin: ternganga org mkn
en.sani: hahahaha
Zai Ariffin: hahahahaha
en.sani: pasan tak
en.sani: kalo g pasar ramadhan
en.sani: xde org jual donut
en.sani: kalo ade org jual donut
en.sani: pasti kita leh meragui sumber gula dia
en.sani: kan?
Zai Ariffin: ha'ah pasan
en.sani: jadi,elakkan makan donut buat masa ni.
en.sani: makan ubat gigi je,
en.sani: nak tau tak kak,penah rasa ubat gigi tak?
Zai Ariffin: tak penah
en.sani:ubat gigi tu manis
en.sani:saya penah termakan ubat gigi masa sakit gigi dulu
en.sani:hahahaah~
Zai Ariffin: hahahahah,tak senonoh
en.sani: tak pun,nak ganti gula pakai tebu je
en.sani: tebu bukan barang kawalan pun
en.sani: nak buat donut, cincang tebu(kunyah kalau boleh),masukkan sebagai ganti gula...
en.sani: insyaallah, katil spital putrajaya ada banyak yg kosong...

perbualan ini terhenti tiba-tiba.kerana puasa beliau rasa seperti mahu terbatal,kerana air mata beliau sudah hampir masuk ke mulut.
***